Monday 6 April 2015

Punca Puting Luka

Pernah tak anda alami puting luka? Sakitkan...Kesakitan akan hilang setelah bayi dan ibu bayi sudah pandai menyesuaikan diri masing-masing dengan masalah penyusuan.

Faktor-faktor yang Boleh Menyebabkan Berlakunya Puting Luka 


1) Cara pelekapan yang salah menyebabkan bayi hanya menghisap puting sahaja. Lama kelamaan puting akan luka.






2) Payudara yang bengkak menyebabkan kawasan puting menjadi tegang, seterusnya puting mudah luka.

3) Bayi kerap menarik keluar puting payudara untuk menghentikan penyusuan dan bukannya melepaskan puting perlahan-lahan.

4) Mengepam susu dari payudara dengan menggunakan tekanan yang terlalu kuat.



5) Puting dijangkiti Candida albicans, iaitu sejenis jangkitan kulat pada mulut bayi. Kulit ini juga terdapat  pada ruam lampin.

6) Bayi mengalami tounge tie (frenulum yang pendek). Masalah ini menyebabkan lidahnya tidak sampai pada gusi bawah, lalu menyebabkan geseran antara gusi dengan puting.





Sumber: Buku Susu Ibu Titisan Mutiara Bonda


Alhamdulillah berkesempatan berjumpa dengan penulis buku ini pada 2010 ketika menyusukan bayi saya..Thanks akak Nazirah Johar yang memberikan ilmu penyusuan buat ibu-ibu menyusu.

Berminat untuk menyertai Kumpulan Susu Ibu Kelantan
Anda boleh join kumpulan kami...bersama-sama bersama ibu menyusu yang lain...



Semoga Bermanfaat!



Farwizah
0199027834

1 comment:

  1. Hi, thank share info ni sebab baeu saya tahu kalau bayi kerap menarik keluar puting breast punca puting luka, boleh sampai melecet lagi pedih..Alhamdulilah tak pernah kena lagi. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby bila puting luka ni..dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh pulih puting luka. nak tambah susu pun ada. InshaAllah boleh cuba nnti :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design