Friday, 14 November 2014

Cara Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak di Tempat Awam

Sekarang macam-macam perkara berlaku melibatkan kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak hilang ketika ibu bapa membeli belah, bermain di taman permainan, berjalan di sekitar rumah perumahan.
Sebagai ibu bapa kita seharusnya menjaga segala pergerakan dan tingkah laku anak-anak kita di mana jua kita berada.

Di sini ada beberapa panduan untuk menjaga keselamatan anak-anak.


1. Sentiasa di bawah pemerhatian


Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak kerana ibu bapa adalah amanah Allah. Ibu bapa seharusnya memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamnya di pasar malam, pasar raya atau pusat membeli belah.

2. Ajar pengetahuan asas seks


Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks seperti bahagian aurat mereka tidak boleh disentuh orang lain lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak dikenali.

3. Menolak ajakan orang asing


Ibu bapa perlu membimbing anak-anak supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun diberi hadiah kerana bimbang dengan niat di sebalik kebaikan tersebut.

4. Pastikan anak berteman.


Sekiranya anak anda ke mana-mana pastikan anak anda berteman, begitu juga meninggalkan mereka di rumah. Pastikan ada orang dewasa bersama.


5. Peranan Media Massa


Media Massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendidik masyarakat. Media seharusnya menyiarkan rencana yang berkaitan supaya masyarakat akan celik isu ini.


Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya berhati-hati bila membawa anak-anak ke tempat awam. Semoga anak kita sentiasa dalam lindungan kita. InshaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design