Monday 15 December 2014

Set Nutriwhite Shaklee Sangat Puas Hati

Tercari-cari produk apa yang sesuai untuk kecantikan muka & sangat jimat? Tentulah set kecantikan muka Nutriwhite....sangat berbaloi....saya sudah mencuba pencuci muka Nutriwhite...mak oii...setahun pun tak habis lagi guna yer....diulang...setahun....harga pencuci tu takla sampai RM200...hanya RM1** je pun...tapi tahan setahun...tak payah beli yang lain dah untuk setahun tu....begitu juga dengan yang lain...memang tahan lama...


Testimoni Set Nutriwhite Shaklee









Ahmad Najie adalah lelaki pertama yang membeli Vitamin C....beliau sangat obses untuk sentiasa menjaga penampilan wajahnya....Memang jarangla jumpa orang lelaki yang nak jaga kecantikan muka kan....
Selepas beliau cuba Vitamin C...kemudian mencuba pula pencuci muka nutriwhite....memang pengguna tegar set kecantikan kulit




Untuk Order Sila Klik Gambar Esell di Bawah:




Selamat Mencuba!

Kebaikan Shaklee Collagen Powder Menghilangkan Kesan Ketiak Hitam

Ketiak Hitam

Muka cantik? Ketiak Hitam? Hihi...amat memalukan kan? ala bukan tontonan orang pun kan? Tapi sekurang-kurangnya xdela hitam sangat ketiaknya kan....buat malu je....mesti suami kata tak pandai jaga kan...Walaupun kat bawah ketiak tapi kena jaga juga ye....






Biasanya sewaktu hamil pun, akan muncul keadaan hitam di sekitar badan, biasanya di leher, mahupun di kaki. Apabila bersalin seeloknya ambillah sekotak kolagen untuk memutihkan tompokan hitam sewaktu hamil. Barulah cantik di pandang....


UNTUK MEMUTIHKAN LEHER HITAM, KETIAK HITAM & KAKI HITAM 


Untuk memutihkan ketiak hitam, anda boleh makan Kolagen Shaklee...tak sampai sekotak kolagen pun dah boleh putih ketiak...sangat memuaskan hati anda.





Bahan Kolagen adalah semulajadi

Nak Order Kolagen? Sila Klik Link Di Bawah:





Maklumat Lanjut:
farwizah Darwisha
0199027834

Kenapa Darah Tinggi Ketika Hamil

Saya juga pernah mengalami darah tinggi ketika hamil. Itu pun selepas kena masuk wad. Kehamilan telah telah melebihi jangkauan iaitu 40 minggu 2 hari. Disebabkan nak lapor diri kat Kelantan, saya pun pergi ke Klinik Kesihatan Manir sebab masa tu duk kat Terengganu. Memang niat nak bersalin kat Terengganu.


Tapi Doktor tak bagi balik Kelantan, alasannya air ketuban dah berkurangan. Terpaksala menurut perintah. Hajat di hati nak balik la Kelantan dah tak nak bersalin jugak lagi. Bila dengar je kena admit kat hospital, fuhhh apalagi....masa chek up tu memang naik darah la...tinggi jugakla...sampaikan 2,3 kali ambik dalam kedudukan yang berbeza. Apa taknya, saya ni memang penakut ubat. Memang tak makanla ubat-ubat tu...Vitamin yang nurse bagi tu pun kadang makan kadang tak...masa tu tak kenal lagi Shaklee ni...Ruginya tak kenal awal-awal...Memang kat hospital tu darah tinggi saya tak pernah turun...



Ok, kita tengok kenapa ia terjadi, yang mana saya terbaca dalam Mingguan Wanita 2001


Kebiasaannya  penyakit darah tinggi berlaku kepada wanita mengandung anak sulung. Ia berlaku pada dua bulan terakhir sebelum melahirkan. Ianya berpunca dari uri. Uri mungkin menghadapi masalah sehingga ia mengeluarkan racun atau toksin. Oleh itu, penyakit ini dipanggil toxemia of pregnancy.


Racun ini bertindak pada saluran ibu tersebut. Saluran darah pergerakannya kuncup, jadi darah susah hendak mengalir, jantung perlu mengepam lebih kuat. jadi, biasanya kalau hendak menjauhi penyakit darah tinggi boleh dijauhi awal lagi. Berat badan ibu kalau boleh jangan meningkat terlalu tinggi.


Tekanan atau stres fizikal, mental dan rohaniah perlu dikawal. Jika terlalu stres boleh menyebabkan darah tinggi. Jadi, biasanya selepas lahir dan keluar uri, tekanan darah akan kembali normal. Jika tidak turun juga selepas habis pantang, maka siasatan lanjut perlu dilakukan. Ini termasuklah ujian darah dan ujian untuk mengesan penyakit buah pinggang.


Oleh itu, ibu mengandung hendaklah sentiasa berhati-hati agar darah tinggi tidak menjengah anda.








Saturday 13 December 2014

Shaklee Colagen Powder Tawaran Berganda-Ganda dari Shaklee

Wah..sungguh hebat tawaran kali ini...ye la apa tidaknya Beli 3 Percuma 1...Untung tu...Lagipun tahun depan dah tiada produk ini kerana shaklee perlu buat penambahbaikan..Jadi ianya mengambil masa yang lama untuk penambahbaikan semula dan pendaftaran semula kolagen di Malaysia.

.


Saya sangat suka Kolagen ini kerana:

1) Kesan hitam di bawah ketiak pun boleh cerah balik tau....& mana-mana tempat yang gelap tu akan cerah ye!!

2) Liang pori di kulit muka pun mengecil...xdelah nampak berlubang besar bekas jerawat tu kan

3) Strech mark selepas bersalin pun kian pudar tau....garis-garis yang muncul tu dah nampak sekata...sukanya...mula tu tengok cam tak percaya...fikir punya fikir ha tu mesti kesan ambik kolagen....Kolagen yang tinggi dalam badan akan mengurangkan strech mark.

4) Kulit muka pun halus mulus jer...

Testimoni Kolagen 













Untuk order sila klink gambar Esell ye...



Hubungi untuk maklumat lanjut :
Farwizah
0199027834



Thursday 11 December 2014

Senaman Kembalikan Kesegaran Mata yang Letih

Terlalu di hadapan komputer atau televisyen, kurang tidur dan pencemaran alam menyebabkan mata akan berasa letih.



Selain daripada penggunaan krim mata untuk mengembalikan kesegaran, anda juga boleh melakukan senaman mata di bawah.

 1) Letakkan pangkal telapak tangan pada kedua belah mata yang tertutup. Tekankan sedikit dan biarkan seketika. Buka dan rehatkan mata.




2) Buka dan tutup mata dengan kuat. Lakukan 10 kali, 2 kali sehari.

3) Pegang sebatang pensel 10 sentimeter di hadapan mata anda. Fokuskan pandagan pada pensel selama beberapa saat. Kemudian alihkan pandangan ke suatu objek di berada jauh di belakang pensel. Selepas itu, kembali fokuskan penglihatan kepada pensel. Ulang sebanyak lima kali.

4) Tegakkan kepala dan pandang ke langit dan kemudian ke langit. Ulangi sebanyak 10 kali kemudian lirik mata ke arah kiti dan kanan. Lakukan senaman sambil mengambil nafas yang panjang.



Cadangan Untuk Kesegaran / Kesihatan Mata



Carotomax® ialah campuran proprietari alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan manfaat kuasa karotenoid serba lengkap. Makanan harian anda sahaja tidak mencukupi untuk membekalkan kekuatan dan keaslian perlindungan antioksidan sebegini!
Carotomax® mengandungi karotenoid semula jadi daripada buah sawit dan alga dunaliellasalina.
  • Mengekalkan kesihatan yang baik
  • Membantu menggalakkan pertumbuhan, menajamkan penglihatan dan merangsang perkembangan tisu*
  • Memelihara kesihatan kulit dan fungsi membran mukosa
  • Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Testimoni Pengguna Caratomax







Harga Carotomax : 

WM : RM 74.00
EM: RM 77.00

Postage : RM10

Berapa Biji: 30 biji 

Untuk Order Online: Klik Esell di Bawah
Boleh Bayar Secara Kad Kredit / Debit Kad
Carotomax akan terus dihantar ke rumah anda



Untuk Maklumat Lanjut:
Hubungi: Farwizah Darwisha
0199027834

COD : Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah & Kota Bharu

Terima Kasih kerana membeli secara online.

Wednesday 10 December 2014

Ambil Suplemen Jika Tertekan

Sebagai makanan tambahan atau pelengkap gizi, tentunya supplemen makanan mesti diambil dalam keadaan tepat dan sesuai dengan keadaan tubuh seseorang. Bila makanan yang diambil sudah seimbang dan disertai olahraga yang tetap, cukup tidur dan istirehat, hidup teratur, tidak stress dan bebas dari pencemaran (udara, air dan makanan), maka suplemen tidak lagi disarankan kepada mereka.



Namun, kesibukaan menjadikan kita kurang mendapat makanan seimbang, tabiat memakan makanan ringan yang tinggi kandungan pengawet dan sebagainya. Faktor-faktor begini mempengaruhi engambilan gizi yang masuk ke dalam tubuh. Ditambah lagi dengan kurangnya waktu untuk berolahraga, tidur yang tidak menentu, dan faktor stress yang turut mempengaruhi.

Hakikatnya, bila minda dan tubuh berada dalam keadaan stress, tubuh akan menggunakan banyak tenaga. kandungan darah (glukosa) di dalam tubuh semakin berkurangan sehingga tubuh menjadi tidak bertenaga dan tidak bermaya. Kandungan serotonin di dalam otak juga menjadi faktor penyebab kepada berlakunya stres. Cara terbaik untuk meningkatkan serotin yang diperlukan adalah dengan mengambil lebih banyak protein dan Asid amino untuk mendorong tubuh menghasilan serotonin.



Di samping itu, stres juga sebenarnya mendorong ginjal untuk meningkatkan pengeluaran beberapa mineral penting dari tubuh seperti magnesiun, zink dan kalsium. Stres yang berpanjangan yang tidak diatasi dengan baik biasanya menyebabkan selera makan menurun dan akhirnya menyebabkan kekurangan zat seimbang. 



Ini menyebabkan pola makanan seseorang terganggu. Jadi, untuk melengkapinya, penghidap stres memerlukan suplemen bagi membantu melengkapkan kekurangan gizi.


Cadangan Suplemen untuk Tambah Tenaga



Fungsi B Conplex

# Membantu dalam proses metabolik yang mengeluarkan tenaga daripada makanan yang kita ambil
# Membantu proses sitesis sel dan tisu baru
# Pembentukan sel darah merah dan perjalanan oksigen pada tisu
# Membantu mengatasi kelesuan
# Perlu bagi urat saraf

Untuk ORDER B COMPLEX secara ONLINE anda boleh KLIK Link Di Bawah:

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=ddba48fbf653b9fb30d6992ccc821c9d


Manakala Energizing Soy Protein adalah makanan tambahan yang mengandungi lebih banyak protein dan mengandungi 22 jenis asid amino yang mampu menukarkan kepada protein. 

Tiada  perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet


Untuk ORDER ESP Klik Link di bawah:



Untuk order SET TAMBAH TENAGA : ESP + B COMPLEX

ANDA BOLEH BELI SENDIRI MENGGUNAKAN KREDIT KAD ATAU DEBIT KAD

KLIK GAMBAR ESELL DI BAWAH & IKUT ARAHAN SETERUSNYA...



Untuk Pertanyaaan:

Boleh Hubungi Saya:

Farwizah Darwisha
0199027834

COD Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah & Kota Bharu

Tuesday 9 December 2014

Masalah Uri Rendah Semasa Mengandung

Masalah uri rendah berlaku kepada saya semasa di awal kehamilan...takut jugakla..bila tiba-tiba tengok keluar darah sikit-sikit macam baru nak period di hari pertama...Masa tu subuh, selesai solat subuh husband saya pun tanya kenapa....masa tu macam-macam fikir tentang bakal anak...tak bagitau husband terus...bila dia tanya baru bagitau....bila pergi klinik...barulah tahu biasanya kalau muncul tanda-tanda macam tu adalah berlakunya uri kat bawah...Doktor nasihatkan jangan buat kerja-kerja berat...dan 2-3 bulan jugakla takut nak balik kg kat Terengganu..


Di sini, saya akan ceritakan lebih lanjut berkaitan masalah uri rendah...

Pembentukan Uri


Pembentukan uri berlaku sejurus selepas implantasi. Di mana implantasi berlaku, di situlah uri terbentuk. Paxa awal kandung, sel-sel uri akan aktif terbentuk dan membesar berbanding janin.

Fungsi Uri


1) Dari permulaan kandungan sehingga 3 bulan, ovari ibu berfungsi untuk mengeluarkan hormon dan zat yang diperlukan oleh kandungan tetapi selepas itu uri yang berkembang akan nengambil alih tugas itu.
Uri merembeskan hormon penting bagi kesihatan kandungan. Kalau uri tidak kuat, kemungkinan keguguran adalah tinggi. Sekiranya dikesan awal, suntikan diberikan kepada ibu bagi menguatkan kandungan.

2) Sebagai perantara antara ibu dan bayi.


Darah ibu mengalir kepada janin dan bahan kumuh janin disalurkan kepada ibu melalui uri. Bekalan oksigen dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta. Jika ibh mengidap darah tinggi semasa mengandung, uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menyempit. Darah tidak dapat mengalir dengan sempurna dan bayi biasanya lebih kecil saiznya kerana kurang zat penting.

3) Penapis darah sebelum sampai pada janin.


Segala bahan yang toksik pada bayi ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi oleh selaput yang berada pada uri.

KEDUDUKAN YANG BETUL BAGI URI


Semakin besar kandungan, saiz rahim akan meningkat. Bila kandungan berusia 28 minggu, rahim akan mengalani pembahagian kepada 2 iaitu upper segment (segmen atas) dan lower segment ( segmen bawah).
Kedudukan yang betul adalah pada segmen atas. Sekiranya uri terletak pada segmen bawah maka uri dikatakan rendah. Semasa proses bersalin, segmen atas rahim akan mengalami kontraksi manakala segmen bawah akan membuka, kontraksi menolak bayi ke bawah ( kepada pintu rahim).



SIMPTON-SIMPTON URI RENDAH


Uri yang rendah yang sering berdarah. Pendarahan yang banyak membuatkan ibu dan bayi lemah. Uri juga cepat rosak (nakrotik). Hal ini menjejaskan kandungan. Sekiranya sering berdarah dan belum cukup bulan, ibu akan dimasukkan ke hospital bagi membolehkan pengawasan dibuat. Doktor akan meneliti jumlah pendarahan dan ibu diberi vitamin darah dan dilarang berjalan jauh dan bekerja berat.

Sekiranya ultrasound menunjukkan uri terlampau rendah sehingga menutup pintu rahim, bayi terpaksa dilahirkan melalui kaedah ceasarean. Doktor menggredkan uri rendah kepada jenis 1,2,3 dan 4 mengikut dekat atau jauh kedudukan uri dengan pintu rahim.




KENAPA BERLAKUNYA URI RENDAH DAN SIAPA YANG BERISIKO


1) Ibu yang mempunyai parut pada rahim. Implantasi berlaku pada bahagian berparut (akibat pembedahan dan sebagainya)
2) Spontan. Tiada siapa yang tahu puncanya, kejadian berlaku secara spontan.
3) Sekiranya ibu pernah mengalami uri rendah pada kandungan terdahulu maka kandungan baru turut berisiko.


Happy Reading!

Kenapa Rambut Gugur Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin?

Mengalami rambut gugur? Baru bersalin pun dah gugur rambur? Ok..hari ini saya ingin berkongsi berkaitan rambut gugur...Kenapa ianya gugur?


FAKTA TENTANG RAMBUT

1.Tempurung kelapa ditumbuhi 100,00 helai rambut (untuk rambut hitam)
2.100 helai rambut gugur dianggap biasa
3. Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan keguguran rambut
4. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut
5. Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkaitan dengan nutrisi.




7 SEBAB RAMBUT GUGUR


1. SYAMPU


Tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Anda memerlukan syampu yang ringan, dan TIDAK  banyak mengandungi BAHAN KIMIA. Menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan rambut akan menjadi punca keguguran rambut.


2. KEHAMILAN


Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan beberapa ketegangan lain yang mempunyai kesan  langsung kepada pertumbuhan rambut seseorang. Ini wujud dan berpanjangan selepas bersalin. Bagaimanapun, dengan  penjagaan yang betul, pertumbuhan rambut dapat dikekalkan.


3. KERING


Oleh kerana rambut dan kulit kepala anda terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari, serta bahan kimia dari syampu secara tetap, adalah penting untuk sekali sekala meletakkan minyak zaitun atau minyak rambut untuk menjaga rambut anda. Apabila anda tidak meminyakkan dengan betul, ia kehilangan khasiat dan akhirnya rosak dan gugur.


4. TEKNIK DANDANAN RAMBUT


Terlalu kerap mendandan rambut, briding atau membuat ikatan yang dangat ketat boleh menyebabkan rambut tegang. ini akhirnya membuatkan rambut lemah dari akar dan penyebab keguguran rambut.






5. TERLALU BANYAK UJI KAJI


Kekerapan mewarnakan rambut setiap beberapa bulan juga mendorong kepada masalah. selain itu, menggunakan alat yang berhaba tinggi juga boleh membuatkan rambut anda rapuh, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang berlebihan. Malah, blow dry rambut setiap hari juga bukanlah tabiat yang sihat, kerana ia menyebabkan rambut menjadi lemah.


6. TRICHOTILLOMANIA


Ini merujuk kepada orang yang mempunyai tabiat menarik atau mencabut rambut. Ia boleh menyebabkan bahagian tertentu kulit kepala menjadi botak. Jika tabiat itu dikawal, rambut boleh tumbuh semula. Walaubagaimanapun, terlalu banyak memetik atau menarik rambut boleh menyebabkan kebotakan secara kekal.


7. GENETIK


Jika ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa mempunyai sejarah keguguran rambut dan botak, kemungkinan besar anak-anak akan mengalami perkara yang sama.






Sumber: Rapi


Untuk entry lain kali saya akan kongsikan Cara Atasi Rambut Gugur...


Happy Reading!!

Saturday 6 December 2014

Awas Pengambilan Garam! Darah Tinggi Menyerang!

GARAM DAPUR @ GARAM NATRIUM KLORIDA


Garam yang digunakan dalam seharian biasanya disebut garam dapur. Namun secara saintifiknya ia dikenali sebagai natrium klorida.


Garam telah digunakan sejak dahulu lagi untuk mengawet makanan. Oleh sebab terbiasa dengan garam, makan yang dimakan akan terasa tawar dan hambar tanpanya. Manfaat garam bagi tubuh manusia adalah kerana adanya unsur natrium. Unsur ini diperlukan untuk menggantikan zat makanan lama dengan zat makanan baru.




Pembuluh darah Mengembang dan Mengecut


Kelancaran penukaran zat makanan tersebut bergantung kepada kadar natrium dalam darah yang beredar dengan cara menumpang pada sel darah merah. Apabila kekurangan natrium, maka sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah itu sendiri. akan tetapi apaila natrium berlebihan maka sel darah merah akan mengecut. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang.




Tubuh manusia hanya memerlukan lebih kurang dua gram atau setengah sudu teh garam sehari. apabila terlebih mengambil garam, ia boleh menyebabkan :-

1) Tekanan darah tinggi,



2) mempercepatkan osteoporosis pada wanita,


3) menimbulkan gangguan pada sel tubuh dan
4) boleh mematikan fungsi sel.

Selalunya kita mengambil garam 5-6 gram sehari dan mungkin bertambah jika memakan lauk seperti telur masin atau ikan masin.



Pengambilan garam perlu dikurangkan. memang pada awalnya tubuh akan berasa lemah dan tidak bertenaga dan makanan terasa langsung tidak enak, namun ia lebih bermakna kerana tubuh akan jadi lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.


sumber: Mingguan wanita 2006


Cadangan untuk sakit darah tinggi adalah VIVIX




Testimoni-Testimoni Pesakit Darah Tinggi






Untuk ORDER VIVIX sila KLIK LINK di BAWAH
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=df8a6aa94e8b9dafafb2761be5c197c5


@ Hubungi :

Farwizah Darwisha
0199027834

COD Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu

Semasa Cuti sekolah COD Kuala Terengganu

Thursday 4 December 2014

Osteoporosis Jangan Hanya Pandang Ringan

Gaya hidup sihat yang selalu diamalkan oleh individu adalah mengelakkan makanan berlemak,
cukup beristirehat, Dan berusaha mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan stress.




Tetapi ada satu aspek dalam tubuh kita yang sebahagian besar tidak diberi perhatian adalah tulang sedangkan anggota ini amat penting dititikberatkan dan perlu kita khuatir tentang kesihatannya.

Kerapuhan tulang atau osteoporosis dipandang serius kerana ia boleh mnyebabkan tulang menjadi lemah dan retak. Dan wanita merupakan golongan yang paling mudah diserang osteoporosis. Dikatakan satu daripada tiga wanita diserang berbanding satu daripada enam lelaki.



Kerapuhan tulang ini menyebabkan rasa ngeri, kehilangan mobiliti dan sebagainya. Jika diiringi dengan komplikasi lain, ia boleh menyebabkan kematian. Biarpun tulang rapuh ini sering dikaitkan dengan orang tua tetapi dalam beberapa kes, ia turut dilaporkan terjadi kepada remaja.

Oleh itu, kalsium amat penting untuk;
1. Membina dan mengekalkan tulang dan gigi kuat
2. Memungkinkan pembekuan dalam darah
3. Mengeluarkan hormon & enzim dalam badan
4. Mengawal ' muscle cotraction'
5. Menstabilkan, membantu dalam proses penyerapan oleh sel
6. Membantu pengeluaran tenaga

Apabila kalsium dapat secukupnya..maka tiada lagi berlaku masalah osteoporosis..




Untuk mencuba,
Hubungi:-
Farwizah Darwisha
0199027834


COD Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design