Tuesday, 9 December 2014

Masalah Uri Rendah Semasa Mengandung

Masalah uri rendah berlaku kepada saya semasa di awal kehamilan...takut jugakla..bila tiba-tiba tengok keluar darah sikit-sikit macam baru nak period di hari pertama...Masa tu subuh, selesai solat subuh husband saya pun tanya kenapa....masa tu macam-macam fikir tentang bakal anak...tak bagitau husband terus...bila dia tanya baru bagitau....bila pergi klinik...barulah tahu biasanya kalau muncul tanda-tanda macam tu adalah berlakunya uri kat bawah...Doktor nasihatkan jangan buat kerja-kerja berat...dan 2-3 bulan jugakla takut nak balik kg kat Terengganu..


Di sini, saya akan ceritakan lebih lanjut berkaitan masalah uri rendah...

Pembentukan Uri


Pembentukan uri berlaku sejurus selepas implantasi. Di mana implantasi berlaku, di situlah uri terbentuk. Paxa awal kandung, sel-sel uri akan aktif terbentuk dan membesar berbanding janin.

Fungsi Uri


1) Dari permulaan kandungan sehingga 3 bulan, ovari ibu berfungsi untuk mengeluarkan hormon dan zat yang diperlukan oleh kandungan tetapi selepas itu uri yang berkembang akan nengambil alih tugas itu.
Uri merembeskan hormon penting bagi kesihatan kandungan. Kalau uri tidak kuat, kemungkinan keguguran adalah tinggi. Sekiranya dikesan awal, suntikan diberikan kepada ibu bagi menguatkan kandungan.

2) Sebagai perantara antara ibu dan bayi.


Darah ibu mengalir kepada janin dan bahan kumuh janin disalurkan kepada ibu melalui uri. Bekalan oksigen dan zat makanan dihantar kepada janin melalui plasenta. Jika ibh mengidap darah tinggi semasa mengandung, uri turut terganggu di mana salur darah dalam uri menyempit. Darah tidak dapat mengalir dengan sempurna dan bayi biasanya lebih kecil saiznya kerana kurang zat penting.

3) Penapis darah sebelum sampai pada janin.


Segala bahan yang toksik pada bayi ditapis terlebih dahulu sebelum sampai pada bayi oleh selaput yang berada pada uri.

KEDUDUKAN YANG BETUL BAGI URI


Semakin besar kandungan, saiz rahim akan meningkat. Bila kandungan berusia 28 minggu, rahim akan mengalani pembahagian kepada 2 iaitu upper segment (segmen atas) dan lower segment ( segmen bawah).
Kedudukan yang betul adalah pada segmen atas. Sekiranya uri terletak pada segmen bawah maka uri dikatakan rendah. Semasa proses bersalin, segmen atas rahim akan mengalami kontraksi manakala segmen bawah akan membuka, kontraksi menolak bayi ke bawah ( kepada pintu rahim).



SIMPTON-SIMPTON URI RENDAH


Uri yang rendah yang sering berdarah. Pendarahan yang banyak membuatkan ibu dan bayi lemah. Uri juga cepat rosak (nakrotik). Hal ini menjejaskan kandungan. Sekiranya sering berdarah dan belum cukup bulan, ibu akan dimasukkan ke hospital bagi membolehkan pengawasan dibuat. Doktor akan meneliti jumlah pendarahan dan ibu diberi vitamin darah dan dilarang berjalan jauh dan bekerja berat.

Sekiranya ultrasound menunjukkan uri terlampau rendah sehingga menutup pintu rahim, bayi terpaksa dilahirkan melalui kaedah ceasarean. Doktor menggredkan uri rendah kepada jenis 1,2,3 dan 4 mengikut dekat atau jauh kedudukan uri dengan pintu rahim.




KENAPA BERLAKUNYA URI RENDAH DAN SIAPA YANG BERISIKO


1) Ibu yang mempunyai parut pada rahim. Implantasi berlaku pada bahagian berparut (akibat pembedahan dan sebagainya)
2) Spontan. Tiada siapa yang tahu puncanya, kejadian berlaku secara spontan.
3) Sekiranya ibu pernah mengalami uri rendah pada kandungan terdahulu maka kandungan baru turut berisiko.


Happy Reading!

1 comment:

  1. bahaya kan, masalah uri kt bawah (rendah) ni..alhamdulillah sy tak pernah alami..tpi mmg kesian kat ibu2 yg ada masalah cenggini. mohon Allah permudahkan bagi sesiapa yang ada mslh uri rendah ni.Amiin!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design