Hari
ini saya ingin berkongsi cara memupuk anak melalui Al-Quran yang dipetik dari
Majalah Ummi 1994..
Apabila
seseorang itu mati, maka terputuslah segala hubungannya dengan dunia, melainkan 3 perkara iaitu 1) SEDEKAH JARIAH,
2) ILMU YANG
DIMANFAATKAN,
3) ANAK SOLEH.
Ini
bermakna anak yang soleh merupakan pelaburan sangat besar kepada ibu bapa. Oleh
itu, setiap ibu bapa muslim yang beriman perlu mempunyai matlamat mendidik
anak-anak mereka kea rah insan yang bertakwa
dan beramal soleh.
Disiplin Menurut Pandangan Islam
Disiplin dikaitkan dengan sistem, latihan, pembentukan dan juga pengadaban. Jelasnya disiplin itu sendiri sebagai latihan atau pengalaman untuk membaiki, membentuk, mengukuh dan menyempurnakan sahsiah.
Hadis Riwayat At-Tirmidzi:
" Seseorang yang mendidik anaknya lebih baik daripada bersedekah satu karung:"
Pemupukan Disiplin Melalui Contoh Teladan
Rasulullah Sebagai Teladan Utama
Anda perlu mendekati dan mengamalkan kaedah mendidik anak berdasarkan sunnah Rasulullah supaya didikan anda itu diberkati dan dirahmati ALLAH. Sesungguhnya Rasullullah sebaik-baik contoh sebagai pendidik, bapa dan datuk yang amat bertanggungjawab dan penyayang.
Kisah Rasulullah yang amat penyayang boleh dijadikan contoh. Pernah berlaku, ketika Rasullulah sedang mengimamkan para sahabat, baginda lambat mengangkat kepala sewaktu bersujud. Kemudian ditanya oleh para sahabat mengapa berlaku demikian? Rasullullah menerangkan bahawa ketika bersujud, Hassan (cucu baginda) telah naik ke tengkuk baginda. Baginda tidak mengangkat kepalanya sehinggalah cucu kesayangannya beralih dari tengkuk baginda. Begitulah kasih sayangnya Rasullullah terhadap cucu baginda.
Oleh itu, ibu bapa adalah sebagai teladan terdekat yang paling dekat dan rapat dengan anak-anak. Mereka mudah terikut-ikut dengan perangai dan tingkahlaku yang ditunjukkan oleh ibu bapa. Jika baik cara ibu bapa, maka kesannya baiklah kepada anak-anak. Begitulah sebaliknya.
Sabda Rasullullah S.A.W
" Ajarlah kebaikan kepada anak-anak kamu dan keluarga dan didiklah mereka."
Semoga bermanfaat dalam mendidik anak-anak.
Semoga bermanfaat dalam mendidik anak-anak.
No comments:
Post a Comment