Tuesday, 9 December 2014

Kenapa Rambut Gugur Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin?

Mengalami rambut gugur? Baru bersalin pun dah gugur rambur? Ok..hari ini saya ingin berkongsi berkaitan rambut gugur...Kenapa ianya gugur?


FAKTA TENTANG RAMBUT

1.Tempurung kelapa ditumbuhi 100,00 helai rambut (untuk rambut hitam)
2.100 helai rambut gugur dianggap biasa
3. Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan keguguran rambut
4. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut
5. Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkaitan dengan nutrisi.




7 SEBAB RAMBUT GUGUR


1. SYAMPU


Tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Anda memerlukan syampu yang ringan, dan TIDAK  banyak mengandungi BAHAN KIMIA. Menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan rambut akan menjadi punca keguguran rambut.


2. KEHAMILAN


Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan beberapa ketegangan lain yang mempunyai kesan  langsung kepada pertumbuhan rambut seseorang. Ini wujud dan berpanjangan selepas bersalin. Bagaimanapun, dengan  penjagaan yang betul, pertumbuhan rambut dapat dikekalkan.


3. KERING


Oleh kerana rambut dan kulit kepala anda terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari, serta bahan kimia dari syampu secara tetap, adalah penting untuk sekali sekala meletakkan minyak zaitun atau minyak rambut untuk menjaga rambut anda. Apabila anda tidak meminyakkan dengan betul, ia kehilangan khasiat dan akhirnya rosak dan gugur.


4. TEKNIK DANDANAN RAMBUT


Terlalu kerap mendandan rambut, briding atau membuat ikatan yang dangat ketat boleh menyebabkan rambut tegang. ini akhirnya membuatkan rambut lemah dari akar dan penyebab keguguran rambut.






5. TERLALU BANYAK UJI KAJI


Kekerapan mewarnakan rambut setiap beberapa bulan juga mendorong kepada masalah. selain itu, menggunakan alat yang berhaba tinggi juga boleh membuatkan rambut anda rapuh, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang berlebihan. Malah, blow dry rambut setiap hari juga bukanlah tabiat yang sihat, kerana ia menyebabkan rambut menjadi lemah.


6. TRICHOTILLOMANIA


Ini merujuk kepada orang yang mempunyai tabiat menarik atau mencabut rambut. Ia boleh menyebabkan bahagian tertentu kulit kepala menjadi botak. Jika tabiat itu dikawal, rambut boleh tumbuh semula. Walaubagaimanapun, terlalu banyak memetik atau menarik rambut boleh menyebabkan kebotakan secara kekal.


7. GENETIK


Jika ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa mempunyai sejarah keguguran rambut dan botak, kemungkinan besar anak-anak akan mengalami perkara yang sama.






Sumber: Rapi


Untuk entry lain kali saya akan kongsikan Cara Atasi Rambut Gugur...


Happy Reading!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design