Saturday 15 August 2015

Demam Campak adakah bahaya kepada Kanak-Kanak

Anak dijangkiti demam campak?sebagai ibu kita akan dilanda kerungsingan apabila anak sudah kena campak ni....sebelum tu sebagai ibu, kita perlu tahu dan mempelajari dulu apa itu demam campak dan seterusnya mrngetahui langkah untuk merawat demam campak.

Apa itu demam campak?

Demam campak (Rubeola) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.



Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (‘droplet”) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Walau bagaimanapun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan. Akan tetapi, kebelakangan ini terdapat pertambahan dalam kes-kes campak di bandar utama dengan kemasukan orang asing. Oleh itu, jika seorang kanak-kanak tidak lagi mendapat vaksin dan terdedah kepada individu yang menghidap penyakit ini, maka kemungkinan besar kanak-kanak ini akan dijangkiti virus ini.

Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

Demam tinggi.Batuk, selesema dan sakit tekak.Mata berair dan sensitif kepada cahaya.Sakit otot.

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.




Ruam demam campak

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?

Tidak. Demam campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan demam campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan kebah. Satu lagi penyakit yang menyerupai campak adalah rubeola.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Walau bagaimanapun kadang-kala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imuu sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

Jangkitan pada telinga.Jangkitan paru-paru (Pneumonia ).Jangkitan pada otak (encephalitis).Cirit-birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala:

Panadol untuk mengurangkan demam.Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata.Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri. Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain (sehingga 4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.



Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan anak mereka mendapat imunisasi.

MMR adalah vaksin yang selamat.

Jika anak anda terdedah kepada individu dijangkiti campak dan belum lagi menerima imunisasi, bawa anak anda segera untuk berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh mengelakkan anak anda daripada dijangkiti virus ini.

sumber; myhealth


PUTRAJAYA: Sebanyak 73 kes disahkan demam campak direkodkan di Kuala Lumpur bagi tempoh Januari hingga 30 Jun lalu membabitkan kalangan bayi berumur sebulan sehingga orang dewasa 43 tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata 79 peratus daripada kes itu didapati tidak mendapatkan suntikan vaksin campak.

"Peratusan tinggi kes tiada suntikan adalah membimbangkan dan sehubungan itu kementerian menggesa ibu bapa membawa anak-anak mereka ke mana-mana klinik terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin campak," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Dr Noor Hisham berkata program eliminasi campak dijalankan sebagai langkah mengawal penyakit itu dan ia diberi sebanyak dua dos kepada kanak-kanak berumur 12 bulan hingga tujuh tahun di bawah Jadual Imunisasi Kanak-Kanak Kebangsaan.

"Liputan imunisasi yang melebihi 95 peratus akan memastikan imuniti kelompok kekal tinggi bagi mengekang penularan jangkitan campak dalam masyarakat," katanya.

Menyentuh penyakit cacar air pula, Dr Noor Hisham berkata sebanyak lima kluster dilaporkan di Kuala Lumpur membabitkan taska, tabika dan depot tahanan iaitu di antara bulan Mac hingga Jun lalu.

Beliau berkata penyakit cacar air tidak termasuk di dalam program eliminasi dan apabila berlaku semua kes akan dirawat.

"Orang ramai dinasihati agar mendapatkan pemeriksaan lanjut serta rawatan sekiranya mengalami gejala demam dan ruam, manakala ibu bapa diminta tidak menghantar anak-anak ke pusat asuhan atau sekolah bagi mengelak penularan," katanya.


Sumber; mstar


Cadangan Set Shaklee bagi Demam Campak




Testimoni Pengguna










Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menyelesaikan masalah demam campak




Untuk maklumat lanjut

Hubungi;

Farwizah Darwisha

0199027834




1 comment:

  1. tak sangka testimoni c/pox anak saya ada dlm entri puan. ..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design