Sunday, 9 August 2015

Tip Penyusuan susu bayi baru lahir / normal / bayi pra matang

Untuk wanita yang baru bergelar ibu, saat mendapat cahaya mata adalah saat yang ditunggu-tunggu...bagi yang baru bergelar ibu, ilmu mengenai penyusuan amat penting...ok, di sini terdapat beberapa tips yang boleh dijadika n panduan sepanjang tempoh menyusukan bayi.


1. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, walaupun masih di dalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting untuk meransang penghasilan susu ibu.


Dulu, saya ibu yang tidak tahu menahu tentang penyusuan ibu, terasa amat rugi sangat apabila bayi saya diletakkan di atas dada, tetapi tidak bayi tidak disegerakan menyusu...alangkah ruginya saat itu...inshaAllah semoga ibu-ibu yang membaca artikel ini dapat mempraktikkan dan dapat menikmati saat terindah itu!


2. Bagi bayi yang dilahirkan normal, teruskan memberikan susu ibu kepadanya.Kolostrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibodi amat diperlukan oleh bayi anda.



3. Bagaimana pun bagi bayi pramatang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah, berilah susu ibu yang baru diperah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi.



4. Hantarlah susu perahan dan lawatlah setiap hari bayi anda kerana selain susu, bayi pramatang memerlukan belaian dan sentuhan ibunya.


5. Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dangan bayi pramatang.


6. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu(biasanya perahan susu ibu selepas 10 minit pertama) untuk bayi anda.


7. Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contohnya jika bayi minum 10ml, maka simpan 10ml.


8. Tukar susu lebihan di dalam peti sejuk wad dengan susu yang baru setiap kali anda melawat bayi menghantar susu. Bayi pra matang memerlukan susu segar untuk membina sistem imun dalam badannya.



9. Selain itu, memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan, lakukan sentuhan, urutan, belaian mesra akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada di dalam inkubator




Happy breastfeeding!



Farwizah
0199027834




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design