Sunday 23 November 2014

5 Info Kebaikan Senaman Hamil

Bersenam Semasa Hamil

Pernah tak ibu-ibu bersenam semasa hamil? Kenapa perlu bersenam? ok hari ini saya nak kongsi kepentingan bersenam semasa hamil.

1. Aliran Darah Lancar

Apabila bersenam, pengaliran darah akan lebih lancar. Maka lebih banyak oksigen dihantar ke otak dan seluruh badan sekaligus membuatkan badan anda lebih segar.

2. Atasi Selera Makan


Tubuh menggunakan banyak tenaga ketika bersenam. Ia secara tidak langsung akan memperbaiki selera makan anda agar dapat mengganti semula tenaga yang digunakan.

3. Menguatkan otot-otot

Apabila otot-otot rahim dan faraj kuat, ia berupaya menampung perkembangan bayi dalam kandungan yang semakin membesar dari bulan ke bulan.


4. Mencegah Kekejangan Kaki


Senaman dapat membantu aliran darah berjalan lancar. Jadi, masalah kekejangan kaki sering dapat dihindari.


5. Mudah Bersalin


Senaman dapat meningkatkan stamina. Kajian menunjukkan senaman membantu memudahkan proses bersalin kerana mempunyai tenaga kuat untuk meneran dan menolak bayi keluar.



Semoga ibu-ibu hamil sentiasa sihat bila mengamalkan senaman. Ibu sihat bayi membesar dengan selamat.

Saturday 15 November 2014

Ibu Hamil Mengalami Praeklampsia

Bilakah bengkak itu petanda sesuatu yang serius?

Semasa hamil, bengkak di pergelangan kaki dan jari-jari kaki adalah normal dan sangat biasa. Ia dikenali sebagai edema yang menunjukkan bahawa anda mempunyai air yang berlebihan dalam badan. Namun begitu, bengkak di bahagian-bahagian lain di badan, terutamanya jika ianya berlaku dengan tiba-tiba, adalah sesuatu yang perlu dibawa kepada perhatian doktor anda. 





Apa itu praeklampsia?

Praeklampsia ialah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh, dan protein dalam air kencing. 

Praeklampsia meliputi yang ringan juga yang paling teruk dan boleh menjejaskan beberapa sistem dalam badan. Walaupun tiada rawatan yang boleh menyembuhkannya sama sekali semasa kehamilan, praeklampsia boleh dikawal. 


Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi sebab oksigen atau nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi. Jika anda mempunyai sebarang sebab untuk mensyakki yang anda menghidap praeklampsia, hubungilah doktor anda dengan segera.


Jika praeklampsia melarat menjadi eklampsia, tekanan darah anda akan menjadi sangat tinggi dan anda beserta bayi anda menghadapi risiko yang serius. Eklampsia boleh menyebabkan sawan atau konvulsi, yang boleh melarat menjadi koma dan meragut nyawa. Sekiranya eklampsia berlaku, ianya lazim terjadi di peringkat akhir kehamilan atau selepas bayi dilahirkan. 

Adakah sesetengah wanita lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia?

Praeklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 wanita yang hamil. Eklampsia pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan praeklampsia akan mendapatnya. Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bayi dilahirkan. 

Penyebab praeklampsia sebenar tidak diketahui tetapi beberapa faktor risiko telah dikenal pasti. Anda lebih cenderung untuk mendapat praeklampsia jika ini merupakan kehamilan pertama anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang sebelumnya. 


Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda: 

  • berumur 40 tahun atau lebih;
  • tersangat gemuk semasa anda menjadi hamil, iaitu dengan BMI 35 atau lebih.
  • mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus, masalah ginjal, atau diabetes;
  • mengandung kembar or berganda;
  • mempunyai sejarah praeklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya;
  • telah mengalaminya sebelum ini – satu dalam lima orang wanita akan mendapatnya kembali.

Bagimana saya boleh mencegahnya?

Tiada cara yang pasti untuk mencegah praeklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi anda tidak terancam ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda. Sebabnya ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal praeklampsia. 

Terdapat bukti bahawa aspirin biasa dos rendah dan suplemen calcium sebelum dan semasa awal kehamilan boleh mencegah praeklampsia dalam sesetengah wanita. Berbincanglah dengan doktor jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan ini. 

Sekiranya saya mendapat praeklampsia, bagaimanakah rawatannya?

Jika tekanan darah anda naik secara sederhana, anda akan dinasihatkan untuk mendapatkan seberapa banyak rehat yang boleh, dan caranya ialah dengan berbaring di sisi kiri anda sebab ini akan membantu aliran darah ke plasenta, atau dengan duduk dalam posisi tegak. Anda mungkin diminta pergi ke pejabat doktor setiap hari untuk memeriksa tekanan darah anda. 

Sekiranya tekanan darah anda naik melambung, anda akan dimasukkan ke hospital supaya keadaan anda boleh dipantau. Imbasan akan digunakan untuk mengesan tumbesaran bayi anda dan alat CTG (cardiotocograph) akan digunakan untuk memeriksa kadar denyutan jantung bayi anda dan kesihatannya secara umum. Tujuannya ialah untuk meneruskan kehamilan anda seberapa lama yang boleh, untuk memberi peluang yang sebaik-baiknya kepada bayi anda. 


Anda juga akan diberikan suntikan magnesium sulfat. Satu kajian penyelidikan yang besar yang diterbitkan pada tahun 2002 mendapati bahawa jika ibu yang mempunyai praeklampsia diberikan magnesium sulfat, risikonya mendapat eklampsia dikurangkan hingga separuh. 


Sekiranya tekanan darah anda tidak dapat dikawal, pakar obstetrik akan mencadangkan supaya anda menjalani cetusan kelahiran atau melahirkan bayi anda melalui pembedahan caesarean. 


Praeklampsia akan pulih dengan sendirinya setelah anda melahirkan bayi. Tetapi, anda masih berisiko praeklampsia sehingga empat minggu selepas bayi anda dilahirkan, terutamanya jika praeklampsia anda itu teruk atau didiagnos apabila kehamilan anda sudah mencapai minggu ke-37 atau lebih. 

Apakah petanda amaran bagi praeklampsia?

Ada kalanya praeklampsia akan maju dengan pantas. Sekiranya anda berada dalam peringkat kedua kehamilan anda atau di minggu-minggu pertama selepas kelahiran, jangan teragak-agak untuk memanggil doktor anda jika anda mempunyai salah satu daripada simptom yang berikut: 
  • muka, tangan atau kaki anda bengkak dengan tiba-tiba;
  • sakit kepala yang akut diikuti dengan penglihatan yang kabur;
  • sakit yang tersangat teruk di bahagian atas abdomen anda;
  • muntah.

Pengesanan dan rawatan awal boleh menentukan secara signifikan bagaimana praeklampsia itu berkembang kelak. 

Bolehkah praeklampsia menyebabkan komplikasi lain?

Kadangkala, tetapi jarang berlaku, ia boleh membawa komplikasi seperti sindrom HELLP, yang merupakan gangguan fungsi hati dan pembekuan darah. HELPP bermaksud seperti berikut - haemolysis (H - pemecahan sel darah merah), enzim hati meningkat (EL - elevated liver enzymes) dan bilangan platelet yang rendah (LP - low platelet). Ia boleh berlaku sebelum praeklampsia dapat dikesan dan didiagnos. Simptom HELLP termasuklah sakit kepala, terasa loya dan sakit di bahagian atas abdomen. 


sumber asal:



babycenter

Friday 14 November 2014

Cara Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak di Tempat Awam

Sekarang macam-macam perkara berlaku melibatkan kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak hilang ketika ibu bapa membeli belah, bermain di taman permainan, berjalan di sekitar rumah perumahan.
Sebagai ibu bapa kita seharusnya menjaga segala pergerakan dan tingkah laku anak-anak kita di mana jua kita berada.

Di sini ada beberapa panduan untuk menjaga keselamatan anak-anak.


1. Sentiasa di bawah pemerhatian


Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak kerana ibu bapa adalah amanah Allah. Ibu bapa seharusnya memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamnya di pasar malam, pasar raya atau pusat membeli belah.

2. Ajar pengetahuan asas seks


Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks seperti bahagian aurat mereka tidak boleh disentuh orang lain lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak dikenali.

3. Menolak ajakan orang asing


Ibu bapa perlu membimbing anak-anak supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun diberi hadiah kerana bimbang dengan niat di sebalik kebaikan tersebut.

4. Pastikan anak berteman.


Sekiranya anak anda ke mana-mana pastikan anak anda berteman, begitu juga meninggalkan mereka di rumah. Pastikan ada orang dewasa bersama.


5. Peranan Media Massa


Media Massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendidik masyarakat. Media seharusnya menyiarkan rencana yang berkaitan supaya masyarakat akan celik isu ini.


Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya berhati-hati bila membawa anak-anak ke tempat awam. Semoga anak kita sentiasa dalam lindungan kita. InshaAllah

Monday 3 November 2014

Omega Promosi November

Omega Beli 6 Percuma 1

Untungla kalau beli 6 dapat lagi 1 PERCUMA. Daftar ahli pun PERCUMA.

Ok kita tengok poster omega dulu ye.



Harga 1 : RM136

Beli 6 : RM816 PERCUMA lagi 1 yang harga nya RM136 jugak.

Berbaloi tau...TARIKH LUPUT lambat lagi ye..





Nak Harga Rendah??

PM or Whatsup 0199027834
FB: Farwizah Darwisha

5 Nutrisi Penting Untuk Anak

Nutrisi Penting untuk Anak-Anak

Terdapat 5 nutrisi yang penting untuk anak. Antaranya ialah:

1. Kalsium


Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan, dan sayur-sayuran.

Susu

2. Magnesium

Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan nutrien yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan imunisasi tubuh, mengingkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3. Serat

Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman kanak-kanak. bukan itu shaaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan jantung, masalah kolestrol, tekanan darah tinggi, dan memastikan berat badan berada dalam lungkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah bijirin sarapan pagi, sayuran-sayuran dan buah-buahan. 

4. Vitamin D

Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin ini juga mudah didapati dengan mudah dari ikan dan susu.

Ikan


5. Vitamin E

Untuk mengelakkan serangan radikal bebas, pastikan vitamin E yang secukupnya. vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. vitamin E terdapat dalam sayuran hijau seperti bayam.


Bayam

Berilah makanan yang cukup zat dan nutrien.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design