Tapi Doktor tak bagi balik Kelantan, alasannya air ketuban dah berkurangan. Terpaksala menurut perintah. Hajat di hati nak balik la Kelantan dah tak nak bersalin jugak lagi. Bila dengar je kena admit kat hospital, fuhhh apalagi....masa chek up tu memang naik darah la...tinggi jugakla...sampaikan 2,3 kali ambik dalam kedudukan yang berbeza. Apa taknya, saya ni memang penakut ubat. Memang tak makanla ubat-ubat tu...Vitamin yang nurse bagi tu pun kadang makan kadang tak...masa tu tak kenal lagi Shaklee ni...Ruginya tak kenal awal-awal...Memang kat hospital tu darah tinggi saya tak pernah turun...
Ok, kita tengok kenapa ia terjadi, yang mana saya terbaca dalam Mingguan Wanita 2001
Kebiasaannya penyakit darah tinggi berlaku kepada wanita mengandung anak sulung. Ia berlaku pada dua bulan terakhir sebelum melahirkan. Ianya berpunca dari uri. Uri mungkin menghadapi masalah sehingga ia mengeluarkan racun atau toksin. Oleh itu, penyakit ini dipanggil toxemia of pregnancy.
Racun ini bertindak pada saluran ibu tersebut. Saluran darah pergerakannya kuncup, jadi darah susah hendak mengalir, jantung perlu mengepam lebih kuat. jadi, biasanya kalau hendak menjauhi penyakit darah tinggi boleh dijauhi awal lagi. Berat badan ibu kalau boleh jangan meningkat terlalu tinggi.
Tekanan atau stres fizikal, mental dan rohaniah perlu dikawal. Jika terlalu stres boleh menyebabkan darah tinggi. Jadi, biasanya selepas lahir dan keluar uri, tekanan darah akan kembali normal. Jika tidak turun juga selepas habis pantang, maka siasatan lanjut perlu dilakukan. Ini termasuklah ujian darah dan ujian untuk mengesan penyakit buah pinggang.
Oleh itu, ibu mengandung hendaklah sentiasa berhati-hati agar darah tinggi tidak menjengah anda.
No comments:
Post a Comment