Asma akan memberi kesan kepada 1 hingga 4 peratus wanita mengandung. Secara umumnya, lebih kurang 1/3 wanita yang ada asma merasakan asma yang dihadapi semakin baik ketika hamil, kira-kira 1/3 yang menjadi teruk manakala 1/3 selebihnya tidak mengalami perubahan.
Maklumat menarik yang anda ketahui ialah asma biasanya menjadi teruk di antara trimester kedua dan ketiga. Kemudian menjadi bertambah baik beberapa minggu sebelum melahirkan.
Oleh kerana itulah, wanita yang sememangnya menghidap asma perlu mengawal asma terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk hamil. ini dikhuatiri akan menimbulkan masalah jika asma menjadi lebih teruk apabila sah mengandung. Masalah ini biasanya berlaku disebabkan oleh sikap wanita itu sendiiri yang takut untuk mengambil sebarang jenis ubat sepanjang kehamilannya. Alasannya, mereka bimbang ia akan memudaratkan bayi dalam kandungan. Tanpa disedari, sikap sebegini sebenarnya menambahkan lagi masalah yang sedia ada.
Perlu diketahui bahawa, asma ialah sejenis penyakit paru-paru yang kronik. Ia akan sentiasa ada. Yang membezakannya cuma tahap teruk, ataupun sebaliknya. Asma akan menjadi kronik jika paru-paru wanita terbabit terlebih dahulu respon terhadap apa-apa jenis perangsang seperti habuk, debunga, bulu binatang, asap hama dan lain-lain lagi. Masalah ini dikenali hyper responsiveness.
No comments:
Post a Comment