Wednesday, 8 April 2015

Masalah Curi Masa untuk Mengepam Susu

Seringkali kita mendengar rakan ibu-ibu yang menghadapi masalah tiada masa untuk mengepam susu...jika kita tidak pandai mencuri masa...susahlah menjayakan penyusuan selama 2 tahun.,oleh itu, ibu sepatutnya sanggup berkorban dan pandai curi masa bagi menyempurnakan Tanggungjawab kita terhadap anak...

Tips Curi Masa untuk Mengepam Susu



1. Jika memandu ke pejabat (kalau hubby yang memandu lagi bagus!), anda boleh juga mengepam dalam kereta semasa dalam perjalanan. Untuk memudahkan anda mengepam semasa memandu, anda mesti memakai “hands free double pumping bra”…atau apa-apa alat (seperti di kellymom.com) yang boleh digunakan supaya boleh mengepam secara hands free dan botol serta breast pump tidak jatuh semasa memandu (dan juga anda boleh memandu dengan selamat!). Pastikan juga pam susu anda adalah “electric double breast pump” yang boleh menggunakan bateri ataupun guna adaptor yang boleh dicucukkan kepada cigarette lighter. Bayangkan semasa dalam kereta, anda dapat selesai satu sesi mengepam susu dengan hasil perahan sekurang-kurangnya 3-4 oz atau lebih. Mengepam susu sambil memandu juga sesuai untuk ibu-ibu bekerja yang kerjanya banyak di luar pejabat.

Hati-hati ye ketika memandu ye...










2. Ada juga di kalangan ibu-ibu ini yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengepam di dalam kenderaan, akan sampai di pejabat lebih awal supaya dapat mengepam susu sebaik sahaja masuk pejabat.



3. Semasa di pejabat, anda juga boleh mengepam di cubicle anda kalau anda dan rakan sekerja di sekeliling “selesa” dengan cara ini. Pakai shawl untuk menutup bahagian dada. Dengan cara ini, masalah “susah mencuri masa” untuk mengepam susu bukan lagi menjadi satu masalah dan anda boleh jadualkan beberapa kali sesi memerah dalam tempoh 8 jam di pejabat. Dengan “hands free pumping bra” serta pam susu yang senyap, anda boleh pam susu sambil bekerja.



4. Waktu lunch hour menjadi satu kemestian untuk pam susu buat ibu-ibu ini yang menghadapi masalah “susah curi masa”. Mereka akan pastikan tidak melepaskan peluang mengepam susu pada lunch hour. Jadi perlu bijak menguruskan lunch hour yang hanya satu jam itu dengan sebaiknya.

5. Apabila berada di rumah, ibu-ibu ini akan melakukan “tandem nursing” atau juga dipanggil “tandem pumping”, iaitu menyusu bayi dan mengepam susu serentak. Lihat 2 gambar di bawah sebagai contoh “tandem nursing” dengan 2 posisi bayi yang berlainan. Cuba berlatih posisi yang berlainan untuk mengenalpastikan posisi yang selesa untuk anda dan bayi anda semasa “tandem nursing”. Melalui cara “tandem nursing”, stok susu dapat dibuat dan disimpan untuk kegunaan bayi anda pada kemudian hari.




Happy Breastfeeding!





Sumber: pamonthejob

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design