1. Untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu, anda boleh gunakan alat bantu seperti pam payu dara untuk memerah susu. Selain itu, anda juga boleh memerah menggunakan tangan atau marmet.
2. Ibu perlu yakin dan mengurangkan punca kesakitan jika ada.
3. Elakkan Stress. Ramai antara ibu yang tertekan kerana kerja atau hasil pam yang semakin merudum. Lupakan seketika segala masalah dan berfikiran positif demi bayi anda.
4. Cuba bayangkan anda sedang menyusukan si manja. Lihat gambar bayi anda, video atau dengar rakaman suara bayi anda.
5. Minum air suam dan elakkan mengambil kopi atau teh sejurus sebelum memerah.
6. Rangsang puting payudara dengan menggetelnya dengan jari.
7. Lebih baik jika anda boleh mendapatkan rakan untuk mengurut belakang selama 2-3 minit sebelum memerah.
8. Teknik pam berganda juga dipercayai meningkatkan jumlah susu yang si pam.
9. Memerah sambil menyusukan bayi anda juga salah satu tindakan yang baik untuk mendapatkan hasil yang optimum.
Happy breastfeeding!
No comments:
Post a Comment