Thursday, 9 April 2015

10 Tips Penyusuan yang Ibu Perlu Lakukan

Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran anak-anak. Ketahuilah bahawa susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat melindungi bayi daripada sebarang jangkitan kuman dan serangan penyakit.

10 Panduan supaya Ibu dapat memberikan Penyusuan dengan Baik


1. Adakala ibu mengalami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak mencukupi. Teruskan memberi susu ibu kepada bayi anda. 


 


2. Amalkan pemakanan seimbang dan berkhasiat dengan diet yang seimbang. Amalkan minum susu setiap hari dan sebelum tidur. Jangan lupa makan sayur-sayuran. Jangan lupa minum air yang banyak. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau susu.



3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus (direct feeding) dengan susu ibu ketika dalam pantang.

4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak susu, perah setiap tiga hingga empat jam.

5. Tuam dengan air panas untuk mengurangkan rasa bengkak pada payudara.

6. Secara tradisional anda boleh gunakan beberapa kelopak kubis yang ditekupkan pada payudara untuk menyejukkannya.



7. Bagi mengelakkan payudara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu secara keseluruhan aerola payu dara. Payu dara luka disebabkan pelekapan yang salah. Bayi menghisap di bahagian puting payu dara yang mana akan menyebabkan sakit dan luka dan kadang-kadang nampak berdarah.



8. Pastikan bayi menghisap payudara 15 minit hingga 20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payu dara bagi memastikan si manja kenyang.

9. Bayi akan terlena dan melepaskan payu dara daripada mulutnya jika ia sudah kenyang.

10. Sebaik sahaja mula berpantang, anda digalakkan mula membuat simpan perahan susu ibu sebagai persediaan awal sebelum kembali bekerja.





Semoga Bermanfaat! Happy Breastfeeding!




Farwizah
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design