Monday, 6 April 2015

Panduan Memberikan Susu Perahan Guna Botol kepada Bayi

Sememangnya pemberian susu perahan kepada bayi memerlukan banyak latihan dan kesabaran. Semua yang dilalui merupakan pengalaman untuk menjadikan ibu lebih mahir. Jika bayi menolak botol sama sekali, usah bimbang! Ada banyak cara anda boleh gunakan, antaranya melatih bayi menyusu melalui sudu, picagari, cawan khas mahupun jari ( finger feeder iaitu meletakkan tiub halus di jari.



Jika ibu memilih unyuk mengajar bayi menggunakan botol, dinasihatkan supaya mengamalkan teknik paced bottle feeding

Panduan Bayi Menyusu Botol


1. Susu ibu selamat dan kukuh. Jangan beranggapan puan perlu mengambil langkah berjaga-jaga kerananya.

2. Susukan bayi apabila dia menunjukkan isyarat lapar dan bukannya mengikut jadual.




3. Pegang bayi dengan selesa. Pastikan bayi berkedudukan agak menegak.

4. Pada permulaan, pegang botol hampir menegak bertentangan bibirnya, apabila bayi menyentuh bibirnya , condongkan botol mendatar ke dalam mulutnya. Biarkan dia menarik botol itu sendiri. Jadi, bibirnya menutupi bahagian puting botol paling besar bukan sekadar hujungnya.



5. Pastikan dia berkedudukan tegak supaya botol hampir mendata apabila ia berada di dalam mulut. Susu tidak akan keluar secara automatik. Jadi, dia mempunyai lebih banyak kawalan ke atasnya. Puan boleh mendengar dia menghisap angin tetapi ia hanya melalui hidung.

6. Jika bayi sukar meneguk, condongkan bayi dan botol sedikit ke hadapan supaya susu dapat dialirkan keluar. Dia akan belajar untuk berhenti seketika dengan sendirinya.

7. Biarkan ia berhenti seketika dan berehat sebentar apabila bayi mahu melakukannya.

8. Apabila ibu fikirkan bayi sudah hampir kenyang, keluarkan botol daripada mulutnya Segera tawarkan botol sekali lagi untuk melihat samada bayi mahu meneruskan penyusuan ataupun tidak. Jika bayi mahu menyusu, birkan dia menghisap 10kali hisapan, kemudian keluarkan botol daripada mulutnya dan tawarkan sekali lagi. Anda akan lihat bayi akhirnya akan "mengunci" mulutnya. Amalan ini dapat mengurangkan risiko erlebih menyusu. Jika anda sering tidak menghabiskan susu di dalam botol, di sesi penyusuan seterusnya kurangkan amaun susu yang mahu diberikan.



9. Jika ada lebihan susu, jangan dibuang. Ia masih elok untuk digunakan dalam sesi penyusuan seterusnya dalam tempoh satu ke dua jam.

10. Jika anda tinggalkan kepada pengasuh, minta pengasuh alihkan perhatian bayi dengan bermain jika anda dalam perjalanan untuk pulang untuk mengambik bayi tersebut. Ini kerana apabila tiba, bayi boleh menyusu secara terus atau berikan sedikit sahaja susu perahan kepada bayi supaya bayi tidak kenyang dan ibu boleh terus berikan secara terus kepada bayi.






Sumber; pama




Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design