Sunday, 5 April 2015

Power Pumping Tips Berkesan Banyakkan Susu Ibu

Untuk tingkatkan pengeluaran susu ibu, ibu digalakkan untuk sentiasa kosongkan payudara.


Power pumping?

Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak. Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda semakin kuat, lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu.




Bagaimanakah teknik ini berkesan?

Power pumping ini tidak akan membantu untuk meningkatkan susu ibu jika penggunaannya terlalu kerap. Sebenarnya, teknik ini sangat sesuai jika digilir-gilirkan ketika menyusukan bayi. Ini kerana apabila payudara ibu dihisap dan bekalan susu ibu semakin berkurang maka tubuh akan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu dengan lebih cepat.





Terdapat 2 jenis pam susu yang terkenal dikalangan ibu kini serta saranan penggunaanya:

Jika anda menggunakan Pam susu tunggal: Pam payudara kanan selama 10 minit kemudian tukar pam payudara sebelah kiri pula selama 10 minit dan bertukar semula ke payudara kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua payudara selama 1jam.

Jika anda menggunakan Pam susu dwi: Pam kedua-dua belah payudara secara serentak selama 10 minit. Kemudian berhenti mengepam selama 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah payudara selama 10 minit dan rehat semula 10 minit. Teruskan sehingga 1 jam.



Anda boleh memilih 1 jam masa senggang anda pagi dan malam untuk mengepam susu berpandukan saranan berikut:

Pam untuk 20 minit; rehat 10 minit

Kemudian pam lagi 10 minit; rehat untuk 10 minit

Terakhir kalinya, pam sekali lagi untuk 10 minit

Cara ini memerlukan lebih kurang 40 minit untuk mengepam susu.

Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Pelbagai cara boleh diikuti tetapi terpulang kepada masa dan keselesaan para ibu.Ada antara kita yang merasakan cukup 2 kali sehari dan ada pula yang berpendapat 3 kali sekali.Untuk mendapatkan kesan peningkatan susu yang baik, bolehlah diamalkan lebih pada 7 hari.


Cadangan Set Menyusu Shaklee






Semoga Bermanfaat untuk ibu-ibu menyusu.





Sumber :my.theasianparent.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design