Susu Berbau tanda kes payudara
-Petikan dari Berita Harian, 14/10/2008-
LONDON: Seorang ibu yang mendapati bayi perempuannya enggan menyusu daripada payu dara kanan pada mulanya menyangka sebagai ragam bayi.
Namun, apabila menghadapi masalah sama dengan anak keduanya, seorang bayi lelaki, Lauren Dixon bimbang ia mungkin bukan satu kebetulan.
Beliau menjalani ujian di hospital swasta yang mendapati dirinya menghidap kanser payu dara sebelah kanan yang bayinya enggan menyusu.
Dixon, 25, kini menjalani kemoterapi lanjutan dan doktor berkata wanita itu bernasib baik kerana penyakit itu dikesan tepat pada masa untuk menyelamatkan nyawanya.
"Bayi saya mungkin memikirkan susu itu merasa atau berbau pelik berikutan kanser payu dara itu. Jika tidak kerana mereka, saya tidak akan berada di sini. Kini, saya bersyukur penyakit itu dikesan tepat pada masanya," katanya yang ditemui di kediamannya di Upminster, Essex.
Dixon, seorang pentadbir pejabat melahirkan anak perempuannya, Ellie pada Februari 2005 dan berdepan masalah penyusuan.
"Apabila anak saya menyusu di sebelah kiri, dia kelihatan baik saja, namun dia enggan menyusu payu dara sebelah kanan. Dia cuba minum susu sebelah kanan, namun selepas itu enggan. Saya tidak memahaminya.
"Bidan berkata sesetengah bayi lebih gemar minum hanya sebelah payu dara berbanding sebelah lagi, justeru saya tidak terlalu memikirkannya," katanya.
Joshua pula dilahirkan Jun tahun lalu dan masalah sama berlaku. April lalu Dixon menjalani pemeriksaan payu dara kanan dan menemui benjolan.
"Saya fikir ia tidak terlalu serius kerana saya terlalu muda," katanya.
Dixon kemudian berjumpa doktornya yang bersetuju dengan pendapat itu. Namun seminggu kemudian, benjolan itu masih ada, justeru doktor bersetuju merujuknya ke hospital untuk menjalani ujian lanjut.
Dua hari kemudian, Dixon menjalani imbasan di Hospital Hartswood di Brentwood dan doktor mengesahkan ia adalah kanser.
"Saya bertanya doktor sekiranya ia ada kaitan dengan keengganan bayi saya menyusu di payu dara itu. Mereka berkata tidak mustahil, namun belum banyak penyelidikan mengenainya," katanya. – Agensi
Sebagai ikhtiar...jom ikhtiar dengan VIVIX SHAKLEE
Nak order VIVIX
Hubungi;
Farwizah
0199027834
COD : Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang & Kota Bharu
Kita hanya berusaha, Dia yang menyembuhkannya...berikhtiarlah...
No comments:
Post a Comment