Monday 13 April 2015

Ibu Menyusu Bimbang Bayi Kembung Perut

Kebanyakan ibu menyusu bimbang bila nak makan...yela...bila nak makan tu...mak & mak mentua cakap makanan tu tak boleh makanlaa....sejukla....nanti kembung perut pulak baby tu...

Anda boleh makan apa sahaja sebenarnya tapi pastikan ia diambil secara sederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Jika bayi mengalami kembung perut selepas menyusu, selidik apa yang anda makan 4-6 jam sebelum itu. Makanan yang biasanya mendatangkan masalah angin kepada bayi adalah seperti kubis, kekacang dan brokoli.


Makanan yang Menimbulkan Masalah kepada Bayi


Antara makanan lain yang menimbulkan masalah kepada bayi adalah :-

kafein, bunga kubis, buah-buahan sitrus (oren, limau), jagung, produk tenusu, (susu, keju, coklat), lada hitam,  ubat-ubatan tertentu, bawang, kacang tanah, makanan berempah, tomato dan gandum.



Biarpun makanan tersebut tersenarai dalam makanan yang boleh menimbulkan masalah, ia tidak bererti anda perlu mengelak semua makanan ini. kajian telah membuktikan ibu yang memakan makanan berangin tidak akan menyebabkan bayinya mengalami masalah angin.

Sehingga kini, tiada sebarang rujukan yang mengaitkan buahan seperti tembikai, mangga atau nenas yang boleh menyebabkan kembung perut. Namun, jika nada dapati bayi mengalami masalah selepas anda mengambil buah-buahan ini, cuba elakkan makanan ini dalam tempoh 1-2 minggu. Selepas tempoh itu, cuba ambil sekali lagi buah-buahan tersebut. jika simpton masih lagi timbul, elakkan dalam tempoh 2-3 bulan. Jangan risau, selepas beberapa bulan, anda boleh makan kembali makanan tersebut...selepas bayi tidak lagi sensitif terhadap buah-buahan itu.

Sejarah Keluarga yang Alahan Terhadap Makanan


Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang alahan, anda boleh mengelakkan makanan berisiko tinggi seperti kekacang, susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus. Walau bagaimanapun, tindakan mengelakkan makanan ini hanya perlu diubah jika bayi menunjukkan simpton alahan.




Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah makan apa sahaja yang diingini tapi dalam kadar yang sederhanya....jangan pulak semua telan, dan semestinya makanan yang berkhasiat dan sihat. Kekalkan dengan pemakanan yang seimbang supaya sihat, cergas dan bertenaga.



Semoga Bermanfaat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design