Sunday, 8 March 2015

Ubat Membuang Najis Sebelum Bersalin

Periksa Bukaan Rahim 


Mengenang kembali semasa kelahiran anak saya...setelah admit kat HSNZ dengan bukaan 4cm....dan terpaksa menunggu untuk bukaan seterusnya sebelum ditolak masuk ke labour room. Namun, di hari kedua juga, setelah diperiksa bukaan ( paling ngeri apabila nak check bukaan jalan rahim ), bukaan masih 4 cm. 
Dan di petangnya pula, misi menyuruh untuk check jalan rahim lagi....tetapi saya tak endahkan....haha...sebab takut....maklumlah...saya memang penakut ubat!! Selepas itu, misi memberikan suatu benda untuk dimasukkan ke dalam dubur....masa tu memang tak tau apa ke benda namanya.....

Enema


Ubat biasanya yang diberi kepada ibu hamil sebaik tiba di bilik bersalin dikenali Enema. Suatu ketika dulu, mereka memang digalakkan menggunakan ubat ini tetapi pada hakikatnya ianya tidak bagus kerana boleh melukakan dubur. Namun. jika tidak diberi pula, dikhuatiri najis akan keluar bersama ketika proses meneran.

Rupa bentuk Enema


Memang masa tu x tau nak guna benda alah ni camna...Untuk itu, doktor akan memberi enema dalam jumlah yang kecil, biasanya glycerine. Ubat ini memberikan keselesaan kepada anda dan paling penting tidak melukakan dubur. Namun, jika anda memaklumkan sudah membuang air besar ataupun mengalami cirit birit, ubat ini tidak akan diberikan.

Menyentuh tentang situasi bersalin di dalam tandas, hal ini biasanya berlaku kepada ibu yang beranak ramai. Ini kerana kontrakksi yang dialami tidak lagi sekuat ibu yang hamil anak sulung. Oleh kerana itulah, masalah ini jarang berlaku kepada ibu yang pertama kali melahirkan.




Sehubungan dengan itu, rasa kontraksi dan gesaan membuang air besar adalah sama. Jadi, berhati-hati jika anda keliru. Untuk kepastian, bersegeralah ke hospital.




Semoga Bermanfaat...



Farwizah
0199027834






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design