Monday, 9 March 2015

3 Tanda Kelahiran Sudah Tiba

Apakah tanda kelahiran sudah tiba?


Seandainya terdapat tanda-tanda seperti di bawah, segeralah ke hospital...


1) Show


Ini merupakan tanda awal bersalin. Kebiasaannya dalam bentuk lendir ataupun darah. Jika anda mengalami tanda ini, anda tidak perlulah tergesa-gesa bergegas ke hospital, ini kerana tanda sebegini mengambil masa hampir beberapa hari sebelum anda melalui proses bersalin.


2) Kontraksi


Dalam keadaan ini, perut anda akan menegang setiap 10 minit. Paling kerap ialah pada kadar 20 saat bagi setiap kontraksi. Bagi kontaksi sebenar, kekerapannya perlulah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa. Apabila anda melalui kontraksi sebegini, seharusnya anda perlu segera ke hospital untuk mendapatkan pemantauan doktor.

Walau bagaimanapun, jika hal yang sebaliknya berlaku (sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45 minit, selanjutnya 5 minit) perlu diingatkan keadaan sebegitu bukanlah kontraksi.

3) Air Ketuban Pecah

Ketuban


Kebiasannya keadaan ini berlaku apabila ada pancutan air yang keluar dalam jumlah yang banyak. Perlu anda perhatikan, air yang seharusnya jernih dan tidak berwarna. Namun, jika air itu berwarna hijau, itu menandakan bayi sudah pun membuang air besar ketika masih berada dalam kandungan. Apabila anda mengalami tanda seperti ini, sebaik-baiknya anda perlu segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana jika dibiarkan berlarutan boleh menyebabkan jangkitan kuman. 



                                       


Kebanyakkan wanita hamil keliru dengan perbezaan air ketuban dan air kencing. Bagi mengetahui air ketuban pecah ataupun tidak, untuk pengetahuan anda, air ketuban keluar tanpa anda mengalami rasa ingin membuang air kecil.



AWAS!


Walaupun ketiga-tiga tanda ini merupakan petanda awal bersalin, namun anda tetap perlu segera ke hospital sekiranya mengsyaki bayi kurang bergerak. Ini kerana dikhuatiri bayi lemas dalam kandungan. Dalam masa 12 jam, bayi perlu sekurang-kurangnya 10 kali bergerak. Jika secara tiba-tiba, anda mendapati bayi kurang bergerak segeralah ke hospital walaupun tidak mengalami tanda awal bersalin.




Semoga Bermanfaat!



Farwizah
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design