Fasa selepas bersalin juga amat penting kerana pada fasa inilah tubuh badan kita perlu rehat secukupnya dan memerlukan nutrisi yang secukupnya supaya kita sihat samada dalaman mahupun luaran.
Ok, di sini saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan ibu supaya kita tidak abaikan penjagaan Ibu selepas bersalin...
1) Bagi mendapatkan kembali kecantikan dalaman mahupun luaran, kita semestinya berusaha ke arah tersebut kerana perkara itu tidak akan datang dengan sendirinya.
2) Kecantikan luaran bermula dengan kecantikan dalaman.....Dan bagi wanita selepas bersalin, kesihatan rahim adalah sangat penting.
3) Jika rahim kita tidak sihat, kulit akan menjadi kusam, badan cepat letih dan sebagainya.
4) Rahim yang kembang dan sakit selepas bersalin perlu dipulihkan kembali. Antara caranya ialah dengan mengambil herba yang terpilih.
5) Kuning telur ayam kampung, madu, kunyit hidup dan halia antara ramuan yang dapat membantu mengecutkan rahim.
6) Meminum ramuan akar periuk juga dipercayai dapat mengembalikan rahim yang sihat.
7) Apabila rahim sihat, sekaligus ia terpancar pada luaran anda. Darah yang mengalir lancar akan menjadikan wajah anda lebih berseri, tubuh lebih bertenaga dan bebas daripada sakit urat dan sendi.
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment