Saturday, 21 March 2015

Cara Mengurangkan Risiko Luka Permukaan Faraj Semasa Bersalin

Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.



Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage".







Apakah 'perineum"?


Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.



Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?


Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.



Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?


 Lakukan "Perineal Massage" Menggunakan 1 atau 2 jari Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum tarikh jangka.

Bolehkah suami mendorong?


Sudah tentu!



Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?


Tidak ada.Senang dilakukan.Tidak menyakitkan.Tidak perlu bayaran.

Tatacara mengurut perineum


Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian atau petroleum jelly.Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan. Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan terasa lebih regangan.





(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama hendaklah dilakukan)



Sumber dipetik:

Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan





Semoga Bermanfaat


Farwizah
0199027834






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design