KHASIAT BAWANG PUTIH
Bawang putih ternyata kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi sulfur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.
Bagi mereka yang demam, ambil hirirsan bawang putih dan campurkan ar panas selama beberapa minit sebelum diminum.
Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat kesannya.
Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.
1) Mengurangkan risiko angin ahmar
Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.
2) Mengurangkan Risiko Kanser
Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu untuk mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.
3) Bertindak sebagai Antibakteria dan antivirus
Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan aktibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.
4) Mengandungi Iodin
Bawang putih mempunyai kandungan iodin tinggi yang baik untuk pesakit hipertiroid.
5) Meningkatkan Sistem Imunisasi
Pengambilan bawang putih dua hingga 3 ulas sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.
6) Antiinflamasi
Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang purih mempunyai bahan antiflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi artritis pada sendi seperti reumatoid ataupun osteoartritis.
7) Membantu Sistem pencernaan
Bawang Putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.
8) Mengurangkan kolestrol dalam tubuh
Kandungan disulfida di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolestrol yang terdapat dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.
9) Mengurangkan Angin dalam Badan
Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba akibat tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh cuba mengubatinya dengan mengambil 2 ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu, buang kulitnya dan makanlah bawang putih itu. InshaAllah selang beberapa minit kemudian, anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.
10) Menyuburkan Rambut
Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi allicin yang tingi merah, dipercayai efektif untuk mengatasi masalah gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala. Boleh juga ditambah dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.
11) Membersihkan jerawat
Bawang putih merupakan cara berkesan semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana iannya mengandungi antioksidan yang membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian, basuh wajah anda.
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment