Monday, 30 March 2015

Anak anda pernah kena Bengkak Tonsil?

Sebut saja tonsil...orang dewasa pun mengaduh kesakitan kan? apatah lagi kanak-kanak...Ok, hari ni saya nak cerita pasal bengkak tonsil ni...

Bengkak Tonsil



Apakah yang dimaksudkan dengan Tonsil?


Tonsil adalah salah satu organ yang bertindak sebagai penapis untuk menghalang jangkitan kuman terutama di bahagian tekak. Disebabkan fungsi sedemikian, ianya sangat mudah dijangkiti kuman.


Jangkitan kuman di tonsil adalah salah satu penyakit yang agak kerap berlaku dan menyerang kanak-kanak. Jika kanak-kanak menghadapi jangkitan tonsil, tonsil mereka akan bengkak, merah dan kadangkala bernanah....bernanah tu memang tahap sakit yang teramatla kan....


Tonsil Mudah Dijangkiti Kuman?


Ya..ini kerana kuman selalunya disebarkan melalui udara apabila batuk atau melalui air liur dan ini dijangkiti secara perkongsian makanan atau alatan seperti sudu atau cawan.

Jika anak yang selalunya ditinggalkan di taska atau di rumah pengasuh, pastikan makanan atau minuman tidak dikongsi dengan kanak-kanak lain yang tidak sihat. Jika terdapat anggota keluarga lain yang sedang mengalami sakit seperti batuk, dan selsema, mereka juga tidak boleh mencium anak yang kecil bagi mengelakkan mereka daripada dijangkiti.


Gejala  Radang Tonsil



Antara gejala radang tonsil ialah :-

1. Sakit tekak yang kadang2 teruk
2. Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
3. Demam yang kadang2 sangat tinggi
4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
5. Suara garau atau hilang suara
6. Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
7. Mulut berbau busuk
8. Berdengkur waktu tidur







Sumber: penjagaan bayi
              : dr azwan





Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design