Saturday, 14 February 2015

Perlukah Mandi Air Rebusan Daun ketika Berpantang?

Jawapannya adalah perlu mandi air rebusan daun ketika berpantang.

Hari kedua selepas balik ke rumah selepas bersalin, mak saya menjemput tukang urut datang ke rumah....jadi pada masa itu memang saya tak larat sangatlah sebab baru sahaja bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Masa tu tak jumpa lagi produk shaklee ni...((Ruginya kan! ) Lepas berurut, tukang urut pun suruhlah mandi dengan air rebusan daun yang sudah siap dibawanya. FUH!! Lepas mandi badan lebih segar dan lebih bertenaga....memang lain sangat...

Ada seorang kawan saya....dia mandi dari hari pertama selepas bersalin sampailah ke habis berpantang dengan air rebusan daun....memang segar bugarla katanya....

Hari ni saya nak menulis entry berkaitan rebusan daun disebabkan sorang anak saya, iaitu anak shaklee saya Rusmaria Muhammad yang baru sahaja habis berpantang.....yang mandi dengan air rebusan daun.

Rusmaria yang baru sahaja selesai berpantang

Dapatkan produk shaklee dengan Rusmaria di Ipoh


Kebaikan Air Rebusan Daun

Kehebatan pokok-pokok herba yang terdapat di negara kita memang diakui banyak khasiat kepada tubuh badan manusia. Tidak ketinggalan untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Air rebusan daun akan dapat mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan yang terdapat di sekeliling anda.

Gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia akan memeberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum.


Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-


· 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
· 10 helai daun limau purut
· 6 batang daun serai bersama serai
· halia muda sebesar 4 kali ibu jari
· 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
· 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
· seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI


Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.


Daun yang digunakan untuk membuat mandian


Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.


Cadangan Set Berpantang Shaklee


Set Berpantang Terbaik Punya!!


 Testimoni Set Berpantang Shaklee





Badan lebih segar dengan pengambilan set berpantang &
 juga ostematrix yang melawaskan pembuangan



Semoga Bermanfaat!


Berminat untuk order secara online? Hanya klik Esell di bawah, anda boleh gunakan samada debit kad mahupun kredit kad. Produk Set Berpantang akan terus dihantar ke rumah anda.






Maklumat Lanjut Hubungi:
Farwizah
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design