Penyakit Tangan, Kaki & Mulut
Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.
Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 danEchovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.
Tanda-Tanda Penyakit
Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasanlampin)
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalamtempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.
Cara-Cara Merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melaluimakanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya.
Rawatan
Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialahseperti:
Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)
Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak
Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.
Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut:
Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh.
Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga
Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.
Langkah-Langkah Pencegahan
Sentiasa menjaga kebersihan diri
Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampinyang kotor dan sebelum makan.
Jangan berkongsi barang-barang persendirian Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.
Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti;
pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.
PERINGATAN:
Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa
Di Bawah ini adalah Testimoni Cucu Shaklee saya Ratifah yang mana anaknya dijangkiti penyakit Tangan, Kaki & Mulut
Beliau berikan anaknya Herbal Blend & juga Mealshake...Alhamdulillah, penyakit anaknya itu kian beransur sembuh.
Harga : RM27.50
Harga : Rm113.75
Anak Anda mengalami masalah yang sama?
Bolehla hubungi : Ratifah
0192710306
No comments:
Post a Comment