Monday, 9 February 2015

Cara Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit Ketika Berpantang?

Biasa rata-rata ibu yang berpantang akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Ini disebabkan banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu, dan juga ubatan herba. 

Sembelit ketika berpantang amat menyeksakan!!


Bagi masyarakat melayu, ibu-ibu baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut menjadi buncit.

Cara untuk Mengatasi Masalah Sembelit

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6-8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu menghasilkan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman, dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. 

2. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamnya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika berpantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mngandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotonomi ataupun luka caesarean.

Sawi adalah makanan kegemaran saya ketika berpantang

Muhammad Irsyad Darwish (M.I.D) ketika ibu masih dalam pantang g cucuk




Untuk Order Set Berpantang Shaklee, Sila Klik Link Di Bawah:-


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design