Thursday 26 February 2015

Aktiviti bersama Anak Kecil Play Dough

Harus cuba ni...


'As entertaining as it is pliable, this jack-of-all-trades medium provides hours of fun while improving hand strength, dexterity, and motor skills. Recent research also shows that using your fingers and hands actually stimulates your brain and increases the number of neural connections it makes. So when your child digs into play dough, he's not only building little figures and shapes, he's building his brain!' Scholastic, By Ellen Booth Church | February , 2008


Bermain play dough memang sangat menyeronokkan anak-anak. Masa saya kecil-kecil tak berkesempatan nak main permainan berjenama play dough.. mahal sangat harganya. Rupa-rupanya play dough ni boleh dibuat sendiri. Malah memang tahan lama. Alhamdulillah boleh juga kita berjimat.

Resepi: [ada dua jenis, pertama yang masak dan yang kedua tidak perlu masak. Tapi yang masak lebih tahan lama sampai berbulan-bulan, InsyaALLAH]

1. Play dough [masak]

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan garam
2 sudu kecil 'cream of tartar'
1 sudu besar minyak
1 cawan air
pewarna

cara-cara:
1. campurkan bahan kering ke dalam periuk, kacau sehingga mesra
2. campurkan pula bahan basah
3. masak di atas api perlahan
4. kacau sentiasa sehingga rasa macam dough [jangan melebihi 5 minit]
5. uli sehingga tidak melekat di tangan
6. simpan dalam bekas kedap udara atau di dalam peti sejuk

2. Play dough [tanpa perlu memasak]

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
1 cawan garam
1 cawan air
pewarna

cara-cara:

1. campurkan tepung dan garam
2. campurkan pula air dan pewarna
3. ulikan (1) dan (2) sehingga tidak melekat di tangan. Jika rasa dough masih lagi tidak membentuk seperti yang sepatutnya, boleh ditambah tepung/air.



Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan: [sumber scholastic]

1. Bentukkan [Shape it]: Minta anak-anak bentukkan playdough kepada bentuk yang diingini. bincangkan hasil ciptaan mereka. untuk anak-anak yang kecil, kita boleh bantu mereka membuat bentuk bola. Minta mereka tekan [press], uli [mould]

2. Boleh juga masukkan esen ke dough seperti [vanilla, almond, orange] untuk meransang deria bau.

3. Membuat tekapan tangan/kaki atau apa sahaja seperti kulit cengkerang, urat daun dan sebagainya.

4. Bagi anak-anak kecil, boleh juga bermain dengan guntung [pastikan gunting itu sesuai dengan umurnya,tidak merbahaya]. Minta anak guntingkan playdough ke bentuk yang lebih kecil. Dia pasti gembira, InsyaALLAH.




Sumber: 10jarikecil


semoga kita dapat mencuba untuk anak kecil kita yer...

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design