Pernah alahan semasa hamil?
Muntah ketika hamil, ia menandakan hormone HCG yang
dihasilkan oleh kandungan anda berada di tahap yang baik. TETAPI jika anda anda
masih muntah selepas usia kandungan melepasi 20 minggu, ini memerlukan pemeriksaan lanjut. Doktor perlu mencari sebab mengapa anda muntah terlalu
lama.
Antara sebab-sebabnya ialah masalah radang di perut dan salur
esophagus, gastric, ulser di perut dan duodenum, batu di pundit hempedu, radang
di bahagian appendiks, organ hati, dan alahan makanan misalnya susu lembu. Jika
doctor mendapati anda tidak mengalami masalah seperti ini, maka anda tidak
berada dalam bahaya.
Perkara yang boleh mengurangkan rasa loya dan muntah ialah:
1) Makan
makanan ringan seperti sekeping dua biskut kering pada waktu pagi.
2) Jangan
baring sejurus makan
3) Makan
makanan dalam jumlah sedikit tetapi kerap kali. Misalnya setiap dua jam.
4) Elakkan
bau yang tidak menyenangkan. Misalnya bau peluh di badan suami, bau anak-anak
baru baliks ekolah ataupun makanan yang dimasak jiran
5) Makanan
daripada sitrus (misalnya air limau nipis) atau makanan ringan seperti kerepek
kentang atau hirisan halia dapat mengurangkan rasa loya.
6) Elakkan
makanan yang berminyak , bercili dan berempah.
Segera berjumpa doktor jika ianya berlarutan.
Segera berjumpa doktor jika ianya berlarutan.
No comments:
Post a Comment