Saturday 10 May 2014

Masalah Kencing Kotor

Masalah kencing kotor sewaktu hamil dianggarkan berlaku di dalam hampir 30 peratus wanita hamil.

Kebanyakkannya mengalami gejala-gejala seperti sakit ketika kencing, sakit di bahagian ari-ari, kerap membuang air kecil, dan air kencing yang keluar sedikit sahaja.

Jika keadaan ini berlaku, doktor akan;

1. Pemeriksaan air kencing di makmal untuk memastikan adanya "jangkitan" dalam sampel air kencing. Ujian ini dikenali sebagai EFEME dan urine C&S.

2. Memberi antibiotik yang sesuai dengan keadaan yang dialami.

3. Memberi ubat seperti utal untuk menukat PH air kencing ke tahap alkali.

Masalah jangkitan air kencing boleh mendatangkan komplikasi jika tidak dirawat sebaiknya. Di antara komplikasinya ialah jangkitan merebak ke ginjal ibu hamil, kuman akan merebak kepada bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang. Segeralah ke hospital jika terdapat gejala seperti di atas.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design