Friday, 9 May 2014

Info buat ibu lepas bersalin

Bagi mendapatkan kembali kecantikan luaran dan dalaman, anda harus berusaha kerana perkara itu tidak akan datang sendiri.

Kecantikan luaran bermula dengan kecantikan dalaman. Dan bagi wanita lepas bersalin, kesihatan rahim sangat penting.

Jika rahim tidak sihat, kulit akan menjadi kusam, badan cepat letih dan sebagainya.

Rahim yang kembang dan sakit selepas bersalin perlu dipulihkan segera. Antara caranya ialah dengan mengambil jamu dan herba terpilih.

Kuning telur ayam kampung, madu, kunyit hidup dan halia antara ramuan yangvdapat membantu mengecutkan rahim.

Meminum ramuan ubat akar periuj juga dipercayai daaat mengembalikkn rahim yang sihat. Apabila rahim sihat, sekaligus terpancar pada luaran anda. Darah yamg mengalir lancar menjadikan wajah anda lebih berseri, tubuh lebih bertenaga dan bebas daripada sakit urat dan sendi.

Jadi..usah pandang remeh penjagaan dalaman selepas bersalin.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design