Monday, 12 May 2014

Latih anak ke tandas

Alhamdulillah anakanda saya telah mencapai umur 3 tahun lebih...sudah dapat belajar menggunakan tandas walaupun agak lewat. Sebelum ini amatlah sukar untuk melatih anakanda namanya irsyad ke tandas kerana saya bekerja dan saya terpaksa menghantar anak ke pengasuh.
Pengasuh irsyad merupakan mak sedara husband dan dia juga mengambil upah menjahit pakaian. Pada cuti sekolah akhir tahun lepas 2013 saya ajarlah anak membuang dalam mangkuk tandas kerana tandas di rumah mak adalah tandas cangkung...jadi senangla dia mencangkung...
Irsyad juga seronok...sesuatu pembelajaran yang baru bagi dirinya.
Bila kembali bersekolah, masalah timbul kembali...saya bagitau la yang irsyad dah pandai membuang dalam tandas dan tidak perlu lagi memakai pampers lagi...ok..pengasuh pun ajar la ke tandas. .tapi hanya seketika sahaja...irsyad kembali berpampers apabila berada di rumahnya.
Bila di rumah jer..memang siang hari dah x bagi irsyad pakai pampers...sekarang alhamdulillah dah tak pakai pampers dah kat rumah pengasuh...tapi kena bagitau supaya pengasuh faham apa yang kita mahukan. 


Tips untuk melatih anak ke tandas...anak bersedia jika:-

# dia boleh memberitahu bila lampinnya kotor atau basah.
# dia menunjukkan minat untuk ke tandas
# dia sendiri memberitahu dia ingin ke tandas
# dia memahami dan mengikut arahan dengan mudah
# dia berasa tidak selesa dengan lampinnya basah atau kotor
# Lampinnya kekal kering selama 2jam atau lebih pada siang hari.
# Lampinnya masih kering ketika bangun dari tidur waktu siang
# Dia boleh menanggalkan dan memakai seluarnya sendiri.

Anak akan bersedia bila kita juga sudah bersedia untuk melatih ke tandas.

Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design