Saturday, 17 May 2014

Kenali Perubahan Kulit Semasa Hamil

Terdapat beberapa perubahan yang dialami semasa hamil antaranya ialah:

1) Topeng kehamilan/chloasma

Pasti ada sebahagian anda sedar terdapat pgmentasi kecoklatan di seluruh wajah terutamanya bahagian pipi dan dahi. bagi mengatasi masalah ini, pastikan anda mengurangkan pendedahan diri kepada cahaya.

2) Kesan regangan

Apabila berat badan bertambah di trimester kedua dan ketiga kehamilan, kulit mula meregang menjadi garisan kecoklatan atau kemerahjambuan bergantung ekpada warna kulit. Bagi mengurangkan masalah ini, anda seharusnya menyapu lebih banyak losyen vitamin E bagi memastikan ia lembap, minum lebih banyak air untuk mengekalkan hidrasi dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan zink bagi mengekalkan kesihatan kulit. Selepas bersalin kelak, kesan regangan akan beransur-ansur menjadi pudar.

3) Linea nigra

Terdapat agrisan lurus kegelapan yang melintasi pusat ke tulang pubik. bagi sesetengah wanita, garisan ini sememangnya wujud sebelum hamil tetapi hadir dalam warna yang samar. walaubagaimanapun, ia akan pudar selepas kelahiran bayi.

4) Jerawat dan bintik-bintik

Diakibatkan oleh perubahan hormon, sesetengah wanita akan mengalami peningkatan jumlah jerawat dan bintik-bintik. untuk itu, pasyikan kulit kekal bersih dengan menggunakan pencuci muka yang lembut dan pelembab bebas minyak.

5) Spider naevi/spider veins

Ada sesetengah yang mengalami salur darah kecil bercabang keluar yang kelihatan seperti labah-labah. ia boleh dilihat di wajah, bahagian atas leher, dada dan lengan. untuk itu, tingkatkan pengambilan vitamin C.

6) Varicose veins

Berkemungkinan ada di kalangan anda yang mengalami masalah urat biru besar terutamya bahagian kaki yang kadangkala menyebabkan pendarahan dan kesakitan.



7) Seri kehamilan

Perubahan inilah yang dinantikan! ketika hamil, aliran darah di bahadian kulit akan meningkat,. jadi lebih banyak minyak dihasilkan lalu menjadikannya semakin berminyak. Hasilnya kulit kelihatan lebih cerah, berseri dan berkilat.

Wednesday, 14 May 2014

Muntah Ketika Hamil

Pernah alahan semasa hamil?


Muntah ketika hamil, ia menandakan hormone HCG yang dihasilkan oleh kandungan anda berada di tahap yang baik. TETAPI jika anda anda masih muntah selepas usia kandungan melepasi 20 minggu, ini memerlukan pemeriksaan lanjut. Doktor perlu mencari sebab mengapa anda muntah terlalu lama.

Antara sebab-sebabnya ialah masalah radang di perut dan salur esophagus, gastric, ulser di perut dan duodenum, batu di pundit hempedu, radang di bahagian appendiks, organ hati, dan alahan makanan misalnya susu lembu. Jika doctor mendapati anda tidak mengalami masalah seperti ini, maka anda tidak berada dalam bahaya.

Perkara yang boleh mengurangkan rasa loya dan muntah ialah:

1)      Makan makanan ringan seperti sekeping dua biskut kering pada waktu pagi.
2)      Jangan baring sejurus makan
3)      Makan makanan dalam jumlah sedikit tetapi kerap kali. Misalnya setiap dua jam.
4)      Elakkan bau yang tidak menyenangkan. Misalnya bau peluh di badan suami, bau anak-anak baru baliks ekolah ataupun makanan yang dimasak jiran
5)      Makanan daripada sitrus (misalnya air limau nipis) atau makanan ringan seperti kerepek kentang atau hirisan halia dapat mengurangkan rasa loya.
6)      Elakkan makanan yang berminyak , bercili dan berempah.

Segera berjumpa doktor jika ianya berlarutan.


Monday, 12 May 2014

Latih anak ke tandas

Alhamdulillah anakanda saya telah mencapai umur 3 tahun lebih...sudah dapat belajar menggunakan tandas walaupun agak lewat. Sebelum ini amatlah sukar untuk melatih anakanda namanya irsyad ke tandas kerana saya bekerja dan saya terpaksa menghantar anak ke pengasuh.
Pengasuh irsyad merupakan mak sedara husband dan dia juga mengambil upah menjahit pakaian. Pada cuti sekolah akhir tahun lepas 2013 saya ajarlah anak membuang dalam mangkuk tandas kerana tandas di rumah mak adalah tandas cangkung...jadi senangla dia mencangkung...
Irsyad juga seronok...sesuatu pembelajaran yang baru bagi dirinya.
Bila kembali bersekolah, masalah timbul kembali...saya bagitau la yang irsyad dah pandai membuang dalam tandas dan tidak perlu lagi memakai pampers lagi...ok..pengasuh pun ajar la ke tandas. .tapi hanya seketika sahaja...irsyad kembali berpampers apabila berada di rumahnya.
Bila di rumah jer..memang siang hari dah x bagi irsyad pakai pampers...sekarang alhamdulillah dah tak pakai pampers dah kat rumah pengasuh...tapi kena bagitau supaya pengasuh faham apa yang kita mahukan. 


Tips untuk melatih anak ke tandas...anak bersedia jika:-

# dia boleh memberitahu bila lampinnya kotor atau basah.
# dia menunjukkan minat untuk ke tandas
# dia sendiri memberitahu dia ingin ke tandas
# dia memahami dan mengikut arahan dengan mudah
# dia berasa tidak selesa dengan lampinnya basah atau kotor
# Lampinnya kekal kering selama 2jam atau lebih pada siang hari.
# Lampinnya masih kering ketika bangun dari tidur waktu siang
# Dia boleh menanggalkan dan memakai seluarnya sendiri.

Anak akan bersedia bila kita juga sudah bersedia untuk melatih ke tandas.

Posted via Blogaway

Saturday, 10 May 2014

Masalah Kencing Kotor

Masalah kencing kotor sewaktu hamil dianggarkan berlaku di dalam hampir 30 peratus wanita hamil.

Kebanyakkannya mengalami gejala-gejala seperti sakit ketika kencing, sakit di bahagian ari-ari, kerap membuang air kecil, dan air kencing yang keluar sedikit sahaja.

Jika keadaan ini berlaku, doktor akan;

1. Pemeriksaan air kencing di makmal untuk memastikan adanya "jangkitan" dalam sampel air kencing. Ujian ini dikenali sebagai EFEME dan urine C&S.

2. Memberi antibiotik yang sesuai dengan keadaan yang dialami.

3. Memberi ubat seperti utal untuk menukat PH air kencing ke tahap alkali.

Masalah jangkitan air kencing boleh mendatangkan komplikasi jika tidak dirawat sebaiknya. Di antara komplikasinya ialah jangkitan merebak ke ginjal ibu hamil, kuman akan merebak kepada bayi dalam kandungan dan boleh menyebabkan masalah kelahiran pramatang. Segeralah ke hospital jika terdapat gejala seperti di atas.


Posted via Blogaway

Friday, 9 May 2014

Info buat ibu lepas bersalin

Bagi mendapatkan kembali kecantikan luaran dan dalaman, anda harus berusaha kerana perkara itu tidak akan datang sendiri.

Kecantikan luaran bermula dengan kecantikan dalaman. Dan bagi wanita lepas bersalin, kesihatan rahim sangat penting.

Jika rahim tidak sihat, kulit akan menjadi kusam, badan cepat letih dan sebagainya.

Rahim yang kembang dan sakit selepas bersalin perlu dipulihkan segera. Antara caranya ialah dengan mengambil jamu dan herba terpilih.

Kuning telur ayam kampung, madu, kunyit hidup dan halia antara ramuan yangvdapat membantu mengecutkan rahim.

Meminum ramuan ubat akar periuj juga dipercayai daaat mengembalikkn rahim yang sihat. Apabila rahim sihat, sekaligus terpancar pada luaran anda. Darah yamg mengalir lancar menjadikan wajah anda lebih berseri, tubuh lebih bertenaga dan bebas daripada sakit urat dan sendi.

Jadi..usah pandang remeh penjagaan dalaman selepas bersalin.


Posted via Blogaway

Thursday, 8 May 2014

HAID TIDAK TERATUR

Adalah sesuatu yang normal untuk anda mengalami keadaan di mana kitaran haid menjadi tidak teratur selepas tamat tempoh berpantang.

Keadaan sebegini Lazimnya berlaku dalam tempoh beberapa bulan pertama. Sekiranya anda mengamalkan penyusuan susu ibu ekslusif, berkemungkinan tempohnya lebih lama.


Posted via Blogaway

Set kesuburan shaklee

ANDA2 WANITA YANG SEDANG SUBUR. -(tips utk wanita2 yang cuba hamil)

Untuk mengetahui wanita yang sedang subur, berikut ciri-cirinya :

1)Terjadinya Peningkatan Suhu Tubuh. -Masa subur wanita dengan utk haid normal adalah hari ke-12 hingga hari ke-16 sejak haid pertama. Selain dengan menghitung secara kalender, masa subur wanita dapat diketahui dengan adanya peningkatan suhu tubuh. Peningkatan ini terjadi bukan kerana wanita sedang sakit, tapi dalam keadaan badan sihat seperti biasa. Peningkatan suhu tubuh yang terjadi adalah sekitar 0.2 darjah Celcius setiap hari selama 10 hari berturut-turut. Anda dapat meletakkan thermometer biasa di bawah ketiak setiap pagi untuk mengetahui peningkatan ini.

2)Cairan Serviks Mengalami Perubahan. -Wanita pada masa subur memiliki cairan serviks yang mirip dengan putih telur, ciri-cirinya yakni cairan serviks cair, kenyal dan lebih jernih dari biasanya. Pada yang sedang tidak subur keadaan cairan serviks terlihat lebih kental. Kadang bahkan tidak keluar sama sekali.

3)Berghairah Tinggi. -Ketika melakukan hubungan intim di masa subur, wanita akan terlihat lebih berghairah dari biasanya. Hal ini akan berakibat pada wanita yang selalu ingin melakukan hubungan di masa suburnya. Wajar lah, ghairah meningkat bererti keinginan untuk melakukan hubungan badan juga meningkat.

4)Adanya Perubahan Posisi Serviks. Ketika sedang ovulasi (masa wanita subur), posisi serviks dapat dijangkau dengan jari. Sedangkan pada saat tidak berovulasi, posisi serviks ini jauh lebih ke atas, sehingga tidak dapat tersentuh. Untuk menguji hal ini, Anda dapat memasukkan jari Anda secara lurus ke dalam Miss V. Jika memang sedang dalam masa subur, maka Anda akan dapat menyentuh bagian ujung serviks, rasanya seperti bagian ujung hidung.

Apakah anda pernah mengalami beberapa ciri di atas? Lakukan temujanji anda bersama pasangan anda yang sah.Kami doakan supaya dikurniakan cahayamata. Insyaallah....!!

VITAMIN UNTUK KESUBURAN

Vitamin E Selain menghaluskan kulit, anti penuaan, melancarkan peredaran pembuluh darah, mencegah pembentukan darah beku, pembentukan sel2 baru (termasuk RNA & DNA) dan lain-lain, ianya amat terkenal mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita.

Zink Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina. Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Alfalfa Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). GLA Complex (isteri sahaja) Membantu mengatasi masalah haid tidak teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti. Cara makan GLA : Kalau nak pregnant, ada 2 situasi:

1. Period dah teratur atau konsisten. Untuk period yg dah konsisten, cthnya 28 hari... bahagikan pada 2...14 hari. So makan dari hari pertama period sampai hari ke-14 (anggaran masa subur). Lepas tu stop dan buatlah apa2 yang patut. Rasionalnya, masa subur ni kita nak naikkan kebarangkalian telur yg disenyawakan tu untuk melekat (yg memerlukan sedikit perubahan pada paras hormon tadi). Kalau period balik..cuba lagi sehingga berjaya..hehe

2. Period belum teratur atau tak konsisten. Untuk period belum stabil, ambil hari2 sampai period stabil. Bila dah stabil, baru ikut cara2 diatas.


Posted via Blogaway
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design