Ramai yang bertanya beza Supplement Shaklee dengan Jenama lain. Untuk yang bertanya, boleh teruskan pembacaan anda. Entry di bawah saya olahkan dari entry asal dari mysuperkids
Ramai yang bertanya
“Boleh ke saya makan vitamin dari farmasi atau yang diberi percuma, lepas tu ambil milk booster Shaklee?”
Ada juga yang bertanya
“Apa beza vitamin Shaklee dengan vitamin lain? Kan sama je vitaminnya”.
Supplement atau makanan tambahan ni secara amnya ada 2 jenis, sintetik dan natural. Apa bezanya?
Penghasilan
Supplement natural dihasilkan dari ekstrak bahan-bahan semulajadi dengan mengambil intipati yang diperlukan dan menyingkirkan fiber. Contohnya pembuatan vitamin C natural diperolehi dari mengambil pati asid askorbik dalam buah limau dan menyingkirkan seratnya.
Supplement sintetik dihasilkan dari manipulasi bahan kimia yang mempunyai ciri-ciri seakan-akan bahan yang terdapat dalam vitamin. Contohnya asid askorbik (vitamin C) mempunyai formula empirik C6H8O6, jadi gabungan dari molekul2 karbon, hidrogen dan oksigen ini boleh dihasilkan dari apa2 bahan bagi menghasilkan asid askorbik.
Keserasian dengan badan
Supplement natural dihasilkan dari bahan-bahan makanan kita, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh. Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, dan memberi kesan yang lebih baik.
Supplement sintetik, walaupun formulanya sama, ia tetap tidak sama dengan supplement natural, apa lagi dengan makanan asli. Ini kerana penghasilannya pun bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau saya katakan tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan vitamin B complex pada vitamin sintetik.
Harga
Vitamin natural tentunya lebih mahal kerana penghasilannya dari bahan-bahan semulajadi memerlukan kos bahan yang lebih tinggi.
Vitamin sintetik biasanya lebih murah dan adakalanya diberi percuma saja.
Kesan kepada tubuh badan
Suplemen natural mengambil intipati dari bahan-bahan semulajadi, dengan tidak meninggalkan bahan-bahan yang perlu, walaupun bukan bahan utama dalam vitamin tersebut. Contohnya kalsium memerlukan magnesium dan vitamin D untuk menjadikan penyerapannya lebih optimum. Jadi Kalsium dari natural supplement didatangkan bersama magnesium dan vitamin D.
Supplement sintetik, oleh kerana pembuatannya adalah untuk menghasilkan sejenis bahan tertentu, maka kebanyakannya datang dalam bentuk ‘solo’, misalnya kalsium tanpa magnesium dan vitamin D, jadi kita kena amik magnesium dan vitamin D dari sumber lain. Padahnya, jika kita gagal menyempurnakan diri kita dengan Magnesium dan Vitamin D, Kalsium yang tidak diserap dengan sempurna akan disimpan dlam ginjal dan boleh menyebabkan batu karang atau batu buah pinggang.
Begitu juga dengan nutrien-nutrien lain, yang memerlukan ‘kawan’ untuk bertindakbalas dengan sempurna, tapi tidak ada dalam supplement sintetik.
Kesan jangka panjang
Suplemen natural tidak mendatangkan kesan sampingan kerana penghasilan dari bahan-bahan seperti yang dinyatakan di atas (bahan semulajadi).
Vitamin sintetik mempunyai banyak kesan jangka panjang, salah satunya akibat ketidakstabilan bahan-bahan yang terkandung dalam vitamin sintetik itu sendiri, dan manipulasi kimia yang dilakukan dalam proses penghasilannya.
Pendek kata, perbandingan antara suplemen natural dengan sintetik adalah umpama bunga hidup dengan bunga plastik. Bunga plastik itu memang lebih mudah, murah, dan tahan lama. Tapi keunggulan bunga hidup tidak dapat ditandingi, walau macamana ‘nampak asli’ bunga plastik tersebut.
Perbandingan yang lain ialah objek sebenar dengan imej dalam cermin. Walaupun kelihatan sama, tp imej dalam cermin tetap bukan objek sebenar.
Jadi, bijaklah dalam membuat penilaian. Anda boleh mengambil vitamin dari mana-mana, farmasi mana-mana, pembekal mana-mana… tapi demi kesihatan berpanjangan, pilihlah yang terbaik, antara vitamin natural dengan sintetik. Pasti tak sama.
No comments:
Post a Comment