Tuesday 13 March 2012

Makanan Tingkatkan Kecerdasan si Kecil

Adakalanya anda berasa bingung apabila tiba waktunya untuk menyediakan menu buat si kecil.   Seboleh-bolehnya, sebagai ibu anda tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk si manja.

Bagaimanapun, anda tidak perlu bingung kerana makanan yang berkhasiat tidak semestinya mahal. Apa yang penting, makanan tersebut mestilah berkhasiat dan kaya dengan pelbagai zat dan nutrisi ynag mencukupi buat si kecil. Antara makanan terbaik untuk si kecil adalah:

CENDAWAN

Selain enak dimakan, cendawan juga amat baik untuk kesihatan tubuh. Ia kaya dengan sumber vitamin D yang penting untuk menguatkan tulang di samping mengawal daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit.



KACANG PANJANG

Kaya dengan asid folat yang diperlukan untuk pertumbuhan dan pembahagian sel-sel pada tubuh, tumbuhan yang dikenali dengan Vigna Sinensis adalah istilah saintifiknya ini juga turut mengandungi vitamin dan mineral yang perlu untuk perkembangan minda si kecil.


KENTANG

Tidak hanya bermanfaat untuk orang dewasa, kentang juga baik untuk kanak-kanak. Mengandungi vitamin B, B1, B2, B3 dan B6. Zat kalsium yang dimiliki kentang juga amat diperlukan untuk mengelakkan tubuh daripada serangan penyakit.


TELUR

Kaya dengan sumber AA,DHA dan pelbagai vitamin serta mineral penting untuk pertumbuhan si kecil. Di samping itu, telur juga turut membekalkan pelbagai nutrisi yang diperlukan untuk tubuh dan otak kanak-kanak.

JAGUNG

Mengandungi protein yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan si kecil. Salah satu zat protein yang dikenali sebagai Tryptophan dikatakan berupaya membantu mencerdaskan buah hati anda.



TOMATO

Tomato mengandungi vitamin C dan E. Biarpun tidak semua kanak-kanak meyukainya, namun hidangan tomato boleh dipelbagaikan untuk menarik minat si kecil untuk menikmatinya.


Kita sebagai ibu hendaklah memainkan peranan yang bijak untuk memberi makanan yang berfaedah bagi meningkatkan kecerdasan anak-anak kita. Semoga ibu-ibu dapat menyediakan pilihan makanan tepat buat anak-anak.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design