Tips emas - ~ TIPS MENYIMPAN EMAS SEKALIGUS WANG ~
Kadang-kadang sesetengah orang berpendapat apabila kita membeli emas kemudian cagarkan di Ar Rahnu kita akan menanggung hutang..Memang benar!!!Tetapi jika kita amati sebenarnya teknik ini boleh menggalakkan kita menyimpan wang dan emas sekaligus..Contoh situasi ini:
👉LANGKAH 1
Saya membeli seutas rantai tangan 916 seberat 12.15g. Harga segram adalah RM 163.02..Harga gelang tersebut RM 1980.70.
👉LANGKAH 2
Saya terus memajaknya ke Ar Rahnu AgroBank pada harga RM 162.00 segram ( harga yang ditawarkan oleh Ar-Rahnu biasanya lebih rendah dari harga pasaran ).Maka nilai marhum adalah 12.15 x RM 162 = RM 1968.30..Nilai pinjaman yang saya perolehi 70% dari nilai marhum = RM 1377.81..
👉LANGKAH 3
Wang sebanyak RM 1377.81 saya laburkan ke dalam ASB atau Tabung Haji..
👉LANGKAH 4
Saya kembali mengumpul wang dan menjelaskan secara beransur-ansur pajakkan saya di Ar-Rahnu untuk mendapatkan kembali emas saya..Saya akan mengganggap bayaran bulanan saya untuk menebus emas itu adalah sebagai komitmen simpanan bulanan. Contoh : pinjaman + upah simpan selama 6 bulan = RM 1377.81 + RM 66 ( anggaran ) = RM 1443.81 / 6 bulan = RM 240.35..Jadi saya memperuntukkan sebanyak RM 240.35 dari gaji saya untuk bayaran bulanan penebusan .
👉LANGKAH 5
Selepas emas sudah berjaya ditebus, saya akan ulangi langkah 2 hingga 4 semula..Atau saya boleh menambah koleksi emas dengan membeli rantai leher pula dan mengikuti langkah 2 hingga 4.
Di sini anda akan dapati anda akan meperolehi emas dan wang ringgit bersama..Bayangkan jika harga emas menaik, anda akan mendapat keuntungan daripada kenaikan tersebut dan juga dividen pelaburan di ASB dan Tabung Haji. (Rasanya lebih elok menyimpan begini berbanding menyimpan dengan loan ASB yang ditawarkan di bank2 )
#jomcelikemas
#simpanemastakrugi
Berminat nak join ahli?
Hubungi saya;
#farwizahrichgold
#stokissahemaspowergold
No comments:
Post a Comment