Thursday, 3 March 2016

Boleh Ke Beli Emas Secara Online?

PEMBELIAN EMAS ONLINE

Soalan:

Ustaz, kalau jual beli emas gold bar/dinar melalui online dengan cara betul macam mana? saya pernah beli 1 gram emas 999.9 (gold bar)dari syarikat (xxx gold) melalui wakil stokis, saya bank in tunai ikut harga yg dipersetujui masa tersebut dan 2 hari selepas hari tu, baru dapat emas tersebut ikut ciri2 dimaklumkan kepada saya. bolehkah jual beli emas cara macam tu ustaz?

Jawapan:

Emas boleh dibeli melalui wakalah. Kita boleh bank in atau transfer duit online kepada wakil stokis. Dalam kes ini, wakil stokis akan bertindak sebagai wakil kita yang akan membeli emas daripada pembekal secara tunai/taqabud/tangan ke tangan. Wakil stokis mungkin sudah ada stok emas bersama dengannya. Emas yang ada bersama dengan wakil stokis boleh dianggap sebagai ‘ariyyah atau wadiah oleh pembekal. Dengan kata lain hubungan kontrak mestilah jelas bahawa wakil stokis bukannya menjual emas kepada kita, tetapi menjadi wakil kita untuk membeli emas yang dimiliki oleh pembekal, tetapi di bawah jagaannya. Turutan transaksi adalah seperti berikut:

1. Pelanggan membuat tempahan dengan memindahkan/transfer duit ke dalam akaun wakil stokis secara online.

2. Wakil stokis sebagai wakil kepada pelanggan, melakukan transaksi pembelian emas daripada pembekal dengan memindahkan /transfer duit secara online ke dalam akaun pembekal emas (emas sudah ada di tangan stokis). Pembekal boleh tinggalkan emas bersama dengan wakil stokis di atas dasar wadiah atau ‘ariyah. Ariyah adalah pinjaman barang dengan mengekalkan kedudukan asalnya, bukan qard, tak boleh dijual dan dipindah milik kepada pihak lain. Kalau emas belum ada atau kehabisan stok, boleh ditempah daripada pembekal, dan transaksi jual beli dibuat apabila emas sudah diterima oleh wakil stokis.

3. Emas yang sudah dibeli oleh wakil, boleh dihantar kepada pelanggan samada secara manual, pelanggan datang sendiri ke premis wakil stokis, wakil stokis menghantar sendiri ke tangan pelanggan, dikirim melalui courier, pos atau lain lain.



Nota;

* Tujuan struktur di atas ialah untuk mengelakkan riba pada jual beli emas samada secara bertangguh serahan atau bayaran yang menjadikannya riba. Wakil bertindak untuk membuat bayaran dan qabad (serah milik emas).

* Pada transaksi No. 1, tidak kira berapa lama penangguhan pemindahan duit, tidak menjadi isu Shariah. Adapun pada transaksi No. 2, ia mesti dilakukan secara segera, semasa transaksi jual beli dilakukan. Transaksi tersebut mesti benar benar berlaku, kalau tidak ia akan menjadi jual beli secara bertangguh, dan ia akan melibatkan riba.

*Perhatikan dalam struktur ini, emas yang dijadikan wadiah atau ariyah, bukannya duit. Ia lebih selamat untuk mengelakkan berlakunya qard.

*Wakil bukannya menjual barangnya sendiri, tetapi membeli daripada pembekal.

*Wakil boleh mengenakan upah/fee kepada transaksi jual beli. Wakil juga boleh mengambil upah daripada perbezaan harga, contohnya pembekal menjualkan emas dengan harga diskaun (keahlian) kepadanya dengan syarat dia pelanggan maklum tentang perbezaan harga, contohnya harga emas yang diiklankan ialah RM130/gram, sekiranya wakil (stokis) dapat beli dengan harga yang lebih murah, maka, perbezaan harga diberikan kepada wakil.(dikira sebagai untung/upah)

**Soal jawab perbincangan jual beli emas bersama Prof Madya Dr. Azman Mohd Nor.


Farwizahrichgold
Stokis sah powergold
1gram1bulan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design