Thursday 31 December 2015

20 Himpunan Teka Teki

Jom main teka-teki...

 1. Dalam banyak-banyak buah, buah apakah yang banyak?
 Jawapan : Buah-buahan

 2. Dalam banyak-banyak barang, barang apakah yang tidak boleh dijual?
 Jawapan : Barang yang lepas, jangan dikenang.

 3. Dalam banyak-banyak cabai, cabai apakah yang boleh terbang?
 Jawapan : Cabai Burung

 4. Kalau jumpa lembu garang, bagaimana nak bagi lembut?
 Jawapan : Lembu jika ditambah huruf T akan menjadi L.E.M.B.U.T…

 5. Kalau jumpa duit RM100 dengan RM50 yang manakah anda akan ambil?
 Jawapan : Ambil dua-dualah..
6. Dalam banyak-banyak burung, burung apakah yang takut pada perempuan?
 Jawapan : Burung Helang kerana dalam Bahasa Inggeris  ‘eagle’. Iaitu sebutannya ‘eee..girl..’

 7. Perjalanan dari Parit Buntar ke Taiping mempunyai berapa belok?
 Jawapan : Dua iaitu kiri dan kanan.

 8. Dalam banyak-banyak kuih, benda apa orang panggil kuih tapi bukan kuih?
 Jawapan : Kuew Tiaw.

 9. Bila kita lupa kita bawa, bila kita teringat kita buang.
Apakah itu? Jawapan : Pokok kemuncup contoh apabila melekat di seluar.

 10. Sepasang kekasih telah ditangkap oleh pihak agama, ia tinggalkan apa? 
Jawapan : Tinggalkan bekas.

 11. Buah apa apabila kita makan, kena pusing?
 Jawapan : Buah jagung kerana kalau tak pusing macam mana nak makan yang sebelah lagi.

 12. Alat apakah yang tak boleh dipegang, tak boleh dilihat tapi boleh didengar ?
 Jawapan : Suara

 13. Apakah perbezaan antara skirt pendek dengan kapal terbang?
 Jawapan : Skirt pendek makin terbang makin nampak manakala kapal terbang makin terbang makin tak nampak.

 14. Kapal terbang kalau sudah terbang dia tinggal apa?
 Jawapan : Tinggal nak mendarat la....

 15. Padi apabila sudah masak nak panggil apa?
 Jawapan : Panggil mesin padi untuk potong.

 16. Tikus apa yang boleh bercakap?
 Jawapan : Mickey Mouse

 17. Itik apa kaki dua?
 Jawapan : Semua itik kaki dua.

 18. Andaikan anda pemandu bas… Stesen 1 : 10 orang naik Stesen 2 : 10 orang naik 15 turun Stesen 3 : 15 orang naik 20 orang turun Stesen 4 : 24 orang naik 20 orang turun Stesen 5 : 6 orang naik 5 orang turun Berapakah umur driver bas itu?
 Jawapan : Umur driver bas itu adalah umur andalah kerana dengan perkataan ‘andaikan anda pemandu bas’.

 19. Benda apa bila kita hendak tangkap, dia tak lari?
 Jawapan : Tangkap gambar 20.

Dalam banyak-banyak burung, burung apakah yang berasal dari Jawa?
 Jawapan : Burung Wak-wak sumber: mutiaraonline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design