Kisah ini diceritakan oleh Khadijah Gani..
48 hari yg lalu.
Kelahiran secara normal & bayi yg tenang.
Proses kelahiran anak keempat ini sangat berbeza malah unik.
Saya catatkan di sini sebagai perkongsian buat sahabat fb yg pernah bertanya tips melahirkan anak secara normal. Extra panduan untuk mendapat bayi yg tenang (tidak menangis).
Saya bukanlah mewakili mana mana kaedah kelahiran atau pemikiran tertentu. Ia hanyalah pengalaman kecil saya yg Allah rezkikan.
Bagi saya, samada normal atau melalui pembedahan, ianya adalah rezki yg Allah jua tetapkan. Tiada satupun yg lebih baik di antara keduanya.
Ia seperti kita mempersoalkan kelahiran anak lelaki dan perempuan. Tiada satupun jantina anak yg lebih baik antara keduanya.
Maka, berbaik sangkalah pada setiap rezki yg sudah Allah tentukan buat kita.
Apabila tiba bab kelahiran, saya berpegang, walau banyak mana ilmu kita, walau tinggi mana usaha kita, yg menjayakan satu satu kelahiran itu bukanlah atas dasar ilmu dan usaha kita sendiri. Sebenarnya, atas kehendak Allah jualah ia semua terjadi.
Kita ini tiada apa tanpa pertolongan Allah yg Maha Besar!
.
.
.
Catatanku bersama Farihin b. Mohd. Kamal.
1. Mengikuti kelas tahsin al quran setiap minggu di masjid. Setiap kali kelas tarannum dan mendengar suara ustaz mengalunkan bacaan, farihin di dalam perut pasti akan berpusing, bergerak dengan gumbira! Momen terindah.
2. Melazimi bacaan al Quran pada setiap subuh dan maghrib bersama terjemahan. Seolah olah bercerita kepada farihin di dalam perut. Di samping mengajar anak orang lain mengaji dan memahami bacaan al quran.
3. Sampai masa terasa hari hari semakin dekat (walaupun kiraan buku masih jauh), amalkan membaca Yasin dalam 7 malam berturut turut dengan niat semoga kelahiran akan berjalan lancar dan mudah.
* Saya tidak memohon agar dikurangkan rasa sakit kerana sakit itu lumrah. Juga tidak memohon untuk bersalin normal kerana berserah 200% kepada Allah apa yg terbaik. Basic line, Allah beri apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu. Kadang kita rasa A terbaik untuk kita, tapi Allah beri kita Z yg tak disangka. Rupa rupanya, itulah yg terbaik.
4. Tanda kelahiran saya kali ini adalah krem. Saya tidak dapat melangkahkan kaki pada usia kandungan 35minggu. Tidak sedap hati, saya ke hospital swasta atas sebab untuk keselesaan diri dan anak keempat serta 3 anak lain yg masih kecil lagi.
5. Contraction yg sering dirasa sejak usia kandungan 33 minggu lagi menjadikan saya sudah lali. Tidak merasa sakit sebenar.
Saya ditahan di wad untuk observation 24jam disebabkan krem. Os 1cm. Mild contraction.
6. Sepanjang malam saya membuka, membaca dan mendengar Qari kegemaran saya, Mishary al fasy. Sambil membuat beberapa gerakan mengikut tarikan graviti.
Banyak masa berbaring kerana saya rasakan contraction lebih kuat = aktif Os semasa tenang mendengar bacaan al quran. Bukan semasa exercise.
(Ini juga antara sebabnya saya pilih untuk bersalin di hospital swasta. Saya perlukan privacy untuk keselesaan diri. Tarik langsir & fokus!)
Subhanallah! Saya tidak berasa sakit sedikitpun.
7. Off semua media sosial. No update status. Off wifi. Hanya online dengan Allah. Berdua duaan. Sungguh, Allah itu lebih dekat dari urat nadi kita. Bercakap cakaplah dengan Allah di saat berbaring atau duduk. Tanpa sebarang perantara atau medium. Sakit yg dikurniakan untuk kita adalah bertujuan Allah mahu kita kembali dan mengadu kepadaNya. Tuhan yg Esa. Tiada tuhan kecil yg lainnya.
**Hanya berfikir jika satu masa nanti tiada lagi media sosial atas muka bumi ini, bagaimana cara sebenar kita berdoa?
Sebelum itu sebelum ditinggalkan keseorangan di dalam wad, mohon maaf dan mohon doa daripada suami, emak abah, ma abah (mertua) & adik beradik kedua dua keluarga. Saya percaya doa ahli keluarga lebih tulus. Jauh lebih penting doa dari orangtua kita lebih telus dan makbul. Tanpa hijab.
Asah skill berdoa kita dengan memahami konsep doa yg sebenar.
8. Keesokan paginya, tanpa rasa sakit langsung dan semangat mahu makan banyak, Os sudah 4cm.
Pecah air ketuban. Terus ke LR.
9. Sepanjang berada dalam LR suami membaca al quran sambil memicit hujung kaki saya yg kesejukan. Sesekali menyuakan air dengan straw.
Dari satu surah ke surah yg lain saya minta dia membacanya. Damai. Tenang.
Walaupun bacaan CTG menunjukkan contraction semakin kuat dan rapat.
Saya tidak merasa terlalu sakit. Biasa saja.
10. Masuk LR jam 10.30 pagi. Rasa benar benar sakit selepas Os mencecah 7cm sekitar jam 1.15 tengahari. Di waktu azan berkumandang. Dengan pantas, Os mencecah 10cm.
Farihin keluar dengan dua kali push tepat jam 1.42 tengahari. 3.05 kg.
11. Semasa uri dikeluarkan, saya mengalami sedikit pendarahan. Maklum sajalah, anak keempat. Hb low.
12. Buat pertama kali suami terharu kerana diberi penghormatan untuk memotong tali pusat anak.
13. Walaupun bukan hospital friendly breastfeeding, misi tercapai untuk menyusukan anak sejurus keluar dari LR. Tiada halangan.
14. Mengikut kiraan buku merah, 35 minggu. Mengikut scan, 40 minggu 2 hari. Akhirnya, paedtrician membuat calculation berdasarkan fizikal semasa bayi dan mengesahkan farihin cukup bulan 37 minggu.
Unik bukan?
Doktor pakar bukan muslim itu mengatakan, "Anak puan nak keluar bila sampai masanya dia keluar.
Dia tahu masanya."
Allahu akbar.
.
.
.
Alhamdulillah. Kali keempat ini sangat straight forward seperti anak pertama dan kedua dulu. Tanpa bantuan ubat sedikitpun. Berbeza semasa kelahiran ketiga.
Alhamdulillah. Saya berjaya mengatasi trauma sebelum ini. Syukur sangat.
Alhamdulillah. Susu sudah banyak sejak hari pertama.
Alhamdulillah. Selepas dua hari farihin lahir, suami disahkan chickenpox. Sangat teruk. Bermulalah satu lagi ujian hidup di spanjang 44hari.
Jika ini berlaku lebih awal, risiko sangat tinggi ke atas kandungan dalam rahim. Dan suami takkan dapat menemani dan menenangkan saya dengan bacaan al Quran di dalam LR. Jika lewat pula, sudah pasti Fathi lambat naik sekolah darjah 1 dan Fatihah juga lambat naik Pra akibat dijangkiti.
Allah beri perfect timing.
Allah beri kita kesenangan bersama setiap kesusahan.
Allah tidak pernah brlaku zalim pada hambaNya.
Allah lebih tahu apa yg kita perlukan bukan apa yg kita rancang dan mahukan.
Laa hawla walaa quwwata illa billah.
Inilah sedikit catatan yg boleh diambil iktibar. Mana yg bersesuaian dengan keadaan dan situasi semasa, bolehlah dipraktikkan. Jika tidak sesuai, ikut sajalah fatwa hati ibu ibu sekalian.
Melahirkan anak secara alami bukanlah bergantung kepada cara dan usaha kita semata. ia adalah mengenai bagaimana kita mengurus sakit dan doa yg sebenar (cara kita kembali) di sebalik kebergantungan kita kepada Allah.
Malah, lebih baik jika kebergantungan itu disertakan dengan hidup yg tawadhu' bukan untuk kebanggaan. Bukan juga untuk mengatakan kita lebih baik daripada yg lain.
Allah kurniakan pahala jihad buat ibu ibu yg mengandung yg menanggung kelemahan demi kelemahan seterusnya melahirkan samada selamat atau tidak, juga tak kira melalui cara apapun.
Ma'assalaamah.
***Inilah sahabat sejati saya ketika susah dan senang. Pastikan logo yg betul.
Tulisan resm uthmaniy sangat jelas dan tepat.
Download android.quran.com
Ada 22 nama Qari dengan lahjah dan bacaan yg berbeza serta terjemahannya.
Terima kasih atas perkongsian ini..
No comments:
Post a Comment