Wednesday, 2 December 2015

Lecithin Lancarkan Pengaliran Susu Ibu

Duktus Tersumbat


Duktus tersumbat adalah masalah dalam golongan ibu menyusu. Ini terjadi apabila si ibu lambat menyusukan anak, ataupun terlalu bengkak susu tapi tidak menyusu atau tidak mengepam dengan mengosongkan payudara sewajarnya. Jom kita tengok apa punca duktus tersumbat?



Duktus Tersumbat

Terdapat 2 jenis duktus tersumbat. 


Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". 


Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah masitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 




Punca Duktus Tersumbat


"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu.

 Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 


Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi masitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). 


Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 



Sumber:babycenter


Cara Atasinya:


Pengambilan Lecithin


Testimoninya:







Semoga Bermanfaat




Farwizah Darwisha
0199027834

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design