Wednesday, 13 May 2015

Omega Guard Shaklee

Product Description

Shaklee OmegaGuard™ contains a concentrated, pharmaceutical grade source of omega-3 polyunsaturated fatty acids derived from fish oil. Three softgels provide a total of 1,000 mg omega-3 fatty acids including 545 mg. of eicosapentaenoic (EPA) acid, 360 mg. of docosa-pentaenoic acid (DHA), and 95 mg other naturally-occurring long chain fatty acids such as alpha linolenic and stearidonic acids.

OmegaGuard™ helps users achieve a more healthful balance of omega-6 and omega-3 fats and provides a full spectrum of seven natural omega 3 fatty acids -- EPA, DHA, ALA and more -- to support healthy vision, brain and joint function* and to help reduce the risk of heart disease.  Supportive but not conclusive research shows that consumption of EPA and DHA omega-3 fatty acids may reduce the risk of heart disease.


1) Memory Loss
2) Joint
3) Heart Disease
4) Cancer Risk


Dosage and Administration

Adults and teen take 3 softgels once or twice daily with meals, or as advised by a physician.

How Supplied

Bottles of 90 softgels (30 servings).

Precautions

Pregnant or lactating women and those with existing medical conditions should check with their physician prior to using this or any dietary supplement product


Doses of omega-3 greater than 3 g may increase the risk of bleeding. It may be prudent to monitor INR or PT in patients taking large doses of fish oil and anti-coagulant or anti-platelet medications. GI disturbances (e.g. repeat or aftertaste) are minimized by taking softgels with meals. Use caution in those with implantable defibrillators.

Scientific Rationale

Both the American Heart Association and the American Diabetes Association recommend consuming at least 2 servings of fish weekly to help support cardiovascular health. Dietary surveys indicate that many Americans eat fish infrequently, often only 1-3 times monthly. Shaklee OmegaGuard™ can help fill the dietary gap for anyone wishing to increase their intake of omega-3 fatty acids above levels available from the diet alone.

The beneficial role of omega-3 fatty acids in supporting coronary health has been documented in several large, well-designed investigations that have been the subject of numerous reviews and meta-analyses.* A substantial body of scientific evidence has also shown the benefits of omega-3 fatty acids on cognitive development.* Large scale investigations involving the role of omega-3 fatty acids in eye health, joint support, skin health and brain health during aging, are currently in various stages of completion.* Preliminary work in these areas suggests a beneficial effect of omega-3 fatty acid supplementation.*

The fish oil in OmegaGuard™ undergoes a proprietary triple molecular distillation process to help remove mercury and other heavy metals such as lead and arsenic, potential marine contaminants such as digoxin and PCBs, and to minimize odor and aftertaste.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any

Anak Lambat Bercakap? 10 Tips Percepatkan anak Bercakap

Setiap anak berbeza perkembangannya....samada cepat bercakap atau cepat berjalan...itu terpulang kepada perkembangannya...itu adalah normal...macam mana nak galakkan anak lebih cepat bercakap....

1.Berkomunikasi sejak awal

Komunikasi pada peringkat awal lagi. Seawal dari dalam kandungan. Walaupun dia tidak tahu apa-apa dan tidak faham apa yang dicakap cuma biasakan bercakap


2. Gunakan ayat yang mudah

Gunakan ayat yang pendek dan mudah. Apabila anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang memberi maklum atau tindak balas.



3. Bercakap dengan mimik muka

Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat

4. Lebih pada penceritaan

Teknik penceritaan melalui buku-buku cerita akan membiasakan kanak-kanak untuk berkomunikasi.

5. Pendedahan dengan orang ramai

Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

6. Menjadi pendengar setia

Anda mesti menjadi pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh anak-anak anda. Jika apa yang disebutnya tidak jelas, anda mesti bantunya dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkan oleh anak anda.

7. Menyanyi bersama

Amalkan selalu menyanyi bersama-sama anak atau bercerita kepadanya.

8.  Pemahaman kanak-kanak berbeza

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal. Perbanyakkan berbual dengan anak-anak, membacakan buku cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, dan cuba minta mereka bercakap.

9. Kerap ulang perkataan yang sama

Andainya anak-anak sudah mula boleh bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Adik nak main bola?”. Jadikan ianya suatu kebiasaan.



10. Jangan terlalu mendesak

Jangan sesekali kali memaksa anak-anak bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.




Sumber:azeniahmad



Sunday, 10 May 2015

Abah Kencing Manis dan Vivix Shaklee

[ABAH DAN KENCING MANIS]
------------------------------------------------------------------------
Abah mengidap kencing manis dah berpuluh tahun dah...seingat Eina sejak Eina still study lagi..pil memang dah beratus-ratus biji dah telan, ulang alik klinik...pernah juga warded kat hospital selama sebulan. Dah macam-macam jenis minuman juga abah minum..semua usaha untuk kawal gula abah.
Tambahan pula, abah seorang yang suka makan..so agak susah untuk control dan jaga pemakanan abah. Bila terlalu lama ambil ubat jenis pil, doktor cakap kesan itu dah sampai merosakkan buah pinggang abah..tapi masih peringkat awal. Doktor kurangkan ubat jenis pil dan doktor sarankan abah ambil insulin. Ya dengan insulin, tahap gula abah agak terkawal. Tapi abah cakap dia tak tahan sakit akibat cucuk insulin. Kesian abah.. Eina sebagai anak, pastinya rasa risau dan sedih tengok keadaan abah.
Eina start bagi abah Vivix sejak 3/4 bulan lepas. Pernah ada satu masa tu, bacaan gula abah tahap maksimum..doktor paksa abah warded tapi abah taknak..dia serik...balik rumah cuba control sendiri..jaga makan..konsisten ambil Vivix, Alhamdulillah gula abah turun. Sejak hari tu, Eina memang cakap kat abah...abah cuba konsisten ambil Vivix sesudu kecil sehari jangan tinggal-tinggal...bulan lepas abah update gula abah dah tinggal 8-9. Itu pun dah cukup happy bila dengar.
Sejak last checkup bulan lepas, abah still ambil Vivix seperti biasa, walaupun tak berapa jaga makan..insulin pun abah selalu skip..lebih kurang sebulan abah tak insulin. Semalam abah call, abah bagi tau...bacaan gula abah dah normal...dengan bacaan 5.8..bacaan darah tinggi pun dah normal dari 140 ke 128...doktor pun terkejut dan macam tak percaya. Abah cakap..ini kali pertama abah dapat bacaan gula normal. Happy jer dengar suara abah semalam.
Ya Allah..syukur Alhamdulilah dengan izinNya..Vivix berjaya menyembuhkan penyakit kencing manis abah yang dah berpuluh tahun ni. Terima kasih Allah..syukur sangat-sangat.
- Kisah Puan Eina
---------------------------------------
Apalah sangat hadiahkan Vivix untuk orang yang kita sayang, terutamanya kedua ibu bapa kita kan. Inilah masa untuk kita buat mereka happy...inilah salah satu cara untuk kita balas jasa mereka...selagi kita boleh cegah sebelum keadaan menjadi serius, jangan fikir panjang. Usahalah selagi terdaya. InsyaAllah..besar ganjarannya...Allah akan bantu kita juga. Wallahualam.
----------------------------------------
Apakah kelebihan Vivix?

# Ada sijil halal yang disahkan oleh badan berwajib yang diiktiraf Jakim.
# Mendapat kelulusan KKM
‪#‎Disokong oleh ribuan kajian santifik 
# Rasa yang sedap
# Praktikal, pengambilan hanya satu sudu kecil sehari.
# Kaya antioksidan
# Kandungan resveratrol yang tinggi menjadi pemangkin kepada sensitiviti insulin dalam tubuh pesakit diabetic type II.

Testimoni Vivix - Kencing Manis atau Diabetes






Bulan ni ada promosi Vivix;

Dengan pembelian 2 VIVIX apa yang anda dapat?

💸 FREE Membership - JIMAT RM 68.90
💸 Enjoy MEMBER Price - JIMAT >> RM 150
💸 Diskaun 5%
💸 FREE POSTAGE - JIMAT RM 10.60
💸 CASH REBATE ~ RM 36


Nak order Vivix;

Farwizah 0199027834


Saturday, 9 May 2015

Kesan Alahan Keterlaluan Hyperemesis Gravidarum Semasa Hamil

Alahan adalah perkara biasa bagi seorang yang bergelar ibu hamil....Loya..mual...dan nak muntah atau dikenali morning sickniss adalah sesuatu yang dianggap normal dalam kalangan wanita hamil.



Dianggarkan lebih kurang 50 hingga 90 peratus wanita hamil yang mengalaminya. Biasanya berlaku di awal kehamilan iaitu di minggu kelima atau keenam....dan paling teruk minggu ke sembilan dan ada juga beransur-ansur pulih apabila usia kandungan mencecah minggu ke 16 hingga ke 18...Saya boleh dikatakan golongan yang bertuah kerana tidak pernah mengalami sebarang alahan ketika hamil....semua makanan boleh makan....

Sebaliknya, alahan yang dialami keterlaluan sekiranya anda kerap muntah tidak kira masa. urin mengandungi ketosis serta tidak berselera makan sehingga berat badan menurun lima peratus daripada berat badan asal. Masalah inilah yang dinamakan Hyperemesis Gravidarum. Antara simpton lain yang mungkin boleh jadi petunjuk kepada masalah ini ialah wajah kelihatan pucat, sakit kepala, pening, mudah letih, dan tidak bermaya serta kekurangan air.

Pada peringkat awal masalah Hyperemesis Gravidarum, anda mengalami muntah antara tiga hingga empat kali sehari. Dalam masa yang sama, anda tidak berselera makan dalam tempoh 24 jam sehingga tubuh menjadi lemah. Lalu berlakulah penurunan berat badan yang ketara sehingga 2 ke 3kg dalam tepoh satu ke dua minggu.

Golongan yang Berisiko Tinggi


Sesiapa sahaja boleh mengalami Hyperemesis Gravidarum. Terdapat segelintir wanita yang mengalaminya yang sememangnya mengalami migrain, tiroid dan kencing manis serta melibatkan faktor keturunan. 

Sebab Sebenar Hyperemesis Gravidarum


Keadaan ini mungkin disebabkan oleh peningkatan dan perubahan metabolik dalam kehamilan, alahan terhadap sesuatu dan faktor psikologikal di mana gaya hidup yang penuh stres. Dan ada juga berkaitan dengan kehamilan kembar.

Punca Lain Hyperemesis Gravidarum


Antaranya adalah seperti tekanan emosi, masalah sistem penghadaman yang tidak dapat berfungsi dengan baik serta pengambilan diet yang mengandungi lemak terlalu tinggi.



CADANGAN SET MORNING SICKNESS





Semoga Bermanfaat!!






Thursday, 7 May 2015

Perkara Penting Yang Perlu dalam Mendidik Seorang Anak

Tips Keibubapaan yang yang petik dari sebuah blog....iaitu Nilai-nilai yang penting yang perlu diterapkan dalam mendidik anak-anak...ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk nilai sahsiah mereka tidak hanya memberikan pendidikan di sekolah...namun perlu diterapkan ilmu dan nilai lain juga untuk menjadikan anak kita sebagai anak yang terbaiik dunia dan akhirat....

1. Agama



Agama adalah landasan pokok hidup manusia, karena itu sangat penting menanamkan ilmu dan pemahaman agama terhadap anak. Agama sebagai penuntun dan pembimbing manusia agar selalu berbuat baik dan benar. Jika nilai agama sudah tertanam pada anak, anak maka akhlak yang baik pun akan tercipta pada diri anak tersebut.



2. Kejujuran

Tanamkan nilai kejujuran, jangan berbohong meskipun terhadap hal-hal yang dianggap sepele atau ringan, ajarkan kepada anak untuk setiap situasi dan kondisi menjujung nilai kejujuran. Berikan pemahaman bahwa kejujuran adalah suatu hal yang sangat penting untuk menjalani hidup dengan orang lain. Berikan pula contoh kecil melalui perilaku hingga anak dapat memahaminya dengan mudah.



3. Kepercayaan diri

Kepercayaan diri perlu ditanamkan agar anak memiliki keyakinan dalam setiap bertindak. Tentu bertindak dengna hal-hal yang positif tanpa ragu, hal ini dilakukan dengan support atau sokongan orang tua dengan memberikan kepercayaan terhadap setiap tindakan yang anak lakukan yang tentunya masih dalam lingkup pengawasan orang tua.

4. Tanggung jawab

Setiap perbuatan tentu ada akibatnya inilah yang harus ditanamkan pada anak, buat dia bertanggung jawab terhadap apa yang telah diperbuatnya. Misalnya,meminta maaf saat melakukan kesalahan merupakan salah satu bukti tanggung jawab anak terhadap perbuatannya.

5. Disiplin

Menanamkan kedisiplinan pada anak merupakan salah satu kunci agar anak sukses dalam hidupnya. Melakukan segala hal sesuai waktu yang tepat, hingga banyak hal yang bisa anak lakukan jika waktu yang digunakan adalah produktif kerana kedisiplinan erat kaitannya dengan waktu.


Sumber: hijapedia.com

Wednesday, 6 May 2015

Kanser Perut Pembunuh ke tujuh Tertinggi

Semalam...saya pergi menziarahi rakan guru yang baru sahaja kematian suami tercinta akibat komplikasi kanser perut...umurnya baru 51 tahun...Ya Allah macam-macam penyakit sekarang ni...jauhilah kami semua dari penyakit....jadi hari ini saya cari info berkitan kanser perut untuk dikongsi bersama rakan pembaca sekalian..




Kanser perut merupakan kanser ketujuh yang paling umum menyerang lelaki dan wanita yang berumur dalam lingkungan 70 hingga 74 tahun. Statistik menunjukkan purata lelaki diserang kanser ini adalah 58 peratus berbanding wanita sebanyak 48 peratus.

Pakar Radioterapi dan Onkologi dari Pusat perubatan Mahkota (MMC), Melaka, Dr. Sanjeev Chandra Joshi berkata, kanser perut adalah tumor malignan yang timbul daripada lapisan perut.

"Kanser perut berlaku lebih kerap dalam lingkungan umur 70 hingga 74 tahun kepada lelaki dan wanita. Kanser perut dikelaskan mengikut jenis tisu di mana mereka berasal.

"Jenis kanser perut yang paling am ialah adenocarcinoma, yang bermula dalam tisu kelenjar perut dan menyebabkan 90-95 peratus daripada semua kanser perut.

"Jenis kanser perut yang lain adalah limfoma, yang melibatkan sistem limfa dan sarcomas, yang melibatkan tisu perantara (seperti otot, lemak atau saluran darah)," katanya.

Dr. Sanjeev berkata, kanser perut boleh diubati jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal iaitu peluang 90 peratus bagi tahap satu, tahap dua (50 peratus), tahap tiga (kurang daripada 10-15 peratus) dan tahap empat (penjagaan paliatif sahaja).

Malangnya, prognosis adalah kurang baik jika kanser dikesan sudah di peringkat akhir, malah dalam kebanyakan kes ia dikesan pada peringkat yang sudah terlambat.

Tambahnya lagi, punca sebenar penyakit tersebut masih tidak diketahui, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser seperti jantina, bangsa, genetik dan jenis kumpulan darah.

"Berdasarkan kajian, lelaki lebih daripada dua kali ganda berisiko mendapat kanser perut berbanding wanita.

"Sementara itu, orang Afrika, Amerika atau Asia mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding rantau lain. Keabnormalan genetik dan beberapa sindrom kanser diwarisi juga boleh meningkatkan risiko. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kumpulan darah A mungkin mempunyai risiko yang lebih tinggi.

"Selain itu, sejarah keluarga juga boleh meningkatkan risiko kanser perut dua atau tiga kali ganda.

" Faktor gaya hidup seperti merokok, minuman beralkohol, dan diet yang rendah buah-buahan dan sayur-sayuran atau sangat gemar makanan masin, salai, atau makanan yang diawet dengan nitrat boleh meningkatkan risiko kanser perut.

"Terdapat juga kajian yang menyatakan pekerja yang terdedah kepada bahan-bahan tertentu seperti pelombong arang batu, nikel, getah dan pemposesan kayu serta pendedahan terhadap bahan asbestos juga berisiko terhadap kanser," katanya.

Dr. Sanjev menambah, kanser perut boleh diubati jika ia dijumpai dan dirawat pada peringkat awal.

Ia boleh dirawat secara kombinasi, atau sendirian melalui pembedahan yang dipanggil gastrectomy.

Pembedahan ini bertujuan membuang semua atau sebahagian daripada perut, dan juga sebahagian daripada tisu di sekeliling perut. Rawatan kemoterapi dan Radioterapi juga diaplikasikan kepada pesakit kanser.

"Kanser perut sukar disembuhkan kecuali dikesan pada peringkat awal sebelum ia merebak. Malangnya, gejala kanser ini sukar dikesan di peringkat awal.

"Seeloknya buat pemeriksaan awal dengan berjumpa doktor apabila mempunyai tanda-tanda awal termasuk ketidakhadaman dan ketidakselesaan perut, perasaan kembung selepas makan, loya sederhana, hilang selera makan dan pedih hulu hati.

"Gejala-gejala ini adalah lebih kurang sama dengan ulser peptik. Jika anda mengalami mana-mana gejala-gejala ini anda perlu berjumpa dengan doktor segera supaya diagnosis boleh dibuat dan rawatan tepat pada masanya boleh diberikan," katanya.

Beliau menambah, kanser perut boleh menjadi lebih serius dengan timbul gejala-gejala lain termasuklah ketidakselesaan di bahagian atas atau tengah abdomen, darah dalam najis (berwarna hitam), muntah atau muntah darah, turun berat badan secara mendadak, sakit atau kembung dalam perut selepas makan, lemah atau letih yang berkaitan dengan anemia yang ringan (kekurangan sel darah merah).

Untuk mendiagnosis kanser, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal untuk melihat jika ada pembesaran nod limfa, pembesaran hati, peningkatan cecair dalam abdomen (ascites), atau ketulan di bahagian abdomen.

Ujian lain termasuk ujian barium iaitu X-ray esofagus, perut, dan bahagian pertama usus yang diambil selepas pesakit diberi minum larutan barium. Ujian gastroskopi dan biopsi pula untuk mengkaji esofagus dan perut, iaitu dengan menggunakan tiub berlampu yang nipis dipanggil teropong perut, yang dimasukkan melalui mulut ke perut.

"Melalui teropong perut ini, doktor boleh melihat secara langsung keadaan bahagian dalam perut.

"Jika suatu kawasan yang tidak normal ditemui, doktor akan mengambil beberapa tisu (biopsi) untuk diperiksa di bawah mikroskop. Biopsi adalah satu-satunya cara yang tepat untuk mendiagnosis kanser. Gastroskopi dan biopsi adalah kaedah terbaik untuk mengenal pasti kanser perut.

"Apabila kanser perut didiagnosis, lebih banyak ujian boleh dilakukan untuk menentukan sama ada kanser telah merebak.

"Ujian-ujian ini mungkin termasuk imbasan CT, imbasan PET, imbasan tulang, laparoskopi dan endoskopik," ujarnya. - Siti Aishah Yusoff



Sumber: utusan.com

Friday, 1 May 2015

Join Ahli Shaklee Dapat PERCUMA vitalea

Untungnya bulan ni, sesiapa yang sebekum ni asyik duk makan sendiri je produk shaklee..apa salahnya masuk ahli...lagipun banyak faedah yang anda akan dapat...tak rugi...hanya RM68.90 SEUMUR HIDUP....lainla kalau ribu ribankan..nak kena buat pinjaman lagi...shaklee hanya RM68.90 selepas itu keahlian adalah seumur hidup.


Berita Baik untuk bulan Mei ni....shakler bagi FREE je untuk mereka yang baru daftar ahlo shaklee...uish.untung manyak tu...vitalea pun harganya RM95...tak ke untung tu..daftar RM68.90 dan BELI 1 lagi produk shaklee..dapat PERCUMA vitalea..







Budak ni bergambar dulu sebelum hantar kepada customer yang baru nak join ahli


Inilah vitalea Rm95...multivitamin pertama dalam shaklee..



Manfaat dari Join Ahli Shaklee

1. Dalam bentuk Cash

2. Car program

3. Boleh menyertai Program/ Conference





HUBUNGI: 

FARWIZAH

FB; FARWIZAH DARWISHA

0199027834




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design