Showing posts with label chewable vitamin c. Show all posts
Showing posts with label chewable vitamin c. Show all posts

Sunday, 22 February 2015

Punca Kanak-Kanak Kurang Nutrisi

Kajian telah dijalankan oleh Pengkaji yang menyatakan punca sebenar kanak-kanak kekurangan nutrisi adalah disebabkan CARA PEMAKANAN YANG TIDAK BAIK.





KALAU bercakap tentang makanan, rakyat Malaysia boleh dikategorikan sebagai amat bertuah kerana mudahnya untuk mendapat makanan.

Walaupun itulah yang dilihat secara kasar, hakikatnya senario itu tidak berlaku di kalangan kanak-kanak.




Satu kajian yang dijalankan oleh Kaji Selidik Nutrisi di Asia Tenggara (SEANUTS) mendapati seorang daripada 10 kanak-kanak di Malaysia menunjukkan simptom tidak cukup zat makanan yang mana ia telah membantutkan tumbesaran mereka.

Bahkan ketinggian yang sepatutnya seiring dengan penambahan usia tidak berlaku pada golongan kanak-kanak yang tidak mendapat zat secukupnya.

Puncanya ialah diet atau cara pemakanan yang tidak baik.

Dapatan ini telah dikongsi oleh ahli panel profesional yang terdiri daripada pakar pemakanan, ahli akademik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kaji selidik itu juga merupakan kerjasama SEANUTS dengan Persatuan Nutrisi Malaysia, UKM dan Friesland Campina bagi mengetengahkan isu kepentingan mengambil makanan berkhasiat.

Kaji selidik tersebut telah berlangsung selama hampir dua tahun melibatkan 3,542 kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun.

Menurut Ketua Program Nutrisi Sains UKM, Prof. Poh Bee Koon, kebanyakan kanak-kanak yang terlibat dalam kajian tersebut mengalami apa yang dikatakan sebagai kelaparan tersembunyi (hidden hunger).

Maksudnya, kanak-kanak tidak mendapat zat yang sepatutnya mereka dapat.

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa satu daripada lima kanak-kanak mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Menyedari hakikat itu presiden Persatuan Nutrisi Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, banyak tindakan segera harus diambil.

Katanya, hasil kajian dan dapatan yang diperolehi daripada SEANUT tersebut akan dikongsi bersama pengamal perubatan profesional dan ibu bapa menerusi pelbagai medium dan kempen kesedaran pendidikan yang akan dianjurkan oleh Friesland Campina.



Happy Reading!!

Farwizah
0199027834

Saturday, 14 February 2015

Shaklee Chewable Vita-C Plus untuk kanak-kanak

Banyak fungsi yang mampu dilakukan oleh tubuh anda, tetapi ia tidak mampu untuk menghasilkan atau menyimpan vitamin C. Oleh yang demikian, Shaklee menawarkan Chewable Vita CPlus yang mampu memberikan 100mg Vitamin C yang ditambah dengan "Rose Hips" dan kompleks bioflavonoid.


PERBEZAAN SHAKLEE

Bioflavonoid dan "Rose Hips" ditambah untuk mempertingkatkan fungsi vitamin C dan menghalang oksidasi vitamin c di dalam tubuh. Oleh kerana vitamin c semulajadi ditemui di dalam makanan bersama-sama faktor lain yang berkaitan, Shaklee meniru Alam Semulajadi dengan menambah Bioflavonoid dan "Rose Hip", antara sebatian-sebatian yang mengandungi vitamin c yang berkait rapat sesama sendiri.



MANFAAT UTAMA

Shaklee Chewable Vita-C Plus meyampaikan 100mg vitamin c dan mempertingkatkan fungsi imun dengan :

# Menyokong sistem pertahanan semulajadi anti-oksidan tubuh
# Membantu menyukung integriti sel-sel
# Menggalakkan kesihatan mata, gigi, tulang-tulang gusi, otot-otot dan salur darah.

Dengan mengunyah Chewable Vitamin C, air liur akan memudahkan pemecahan vitamin c, menyediakannya untuk serapan sebaik saja ianya tiba di usus kecil. 

Kajian yang telah dilakukan menunjukkan, dengan mengunyah amaun kecil vitamin c  setiap hari akan menghasilkan serapan yang lebih tinggi.


Sebotol mengandungi : 90 biji
Harga : RM37.50


Nak Order? Sila Klik Esell di bawah...Anda boleh menggunakan Debit Kad ataupun Kredit Kad




Sebarang Pertanyaan:
Farwizah
0199027834


Friday, 13 February 2015

Tips Jika Anak Demam

Syukur alhamdulillah...anak saya memang jarang demam...dalam setahun boleh bilang berapa kali je dia demam....anak kecil mudah sangat mengalami demam....ini disebabkan keadaan cuaca panas dan juga jangkitan kuman.

Di sini saya akan berkongsi dengan anda untuk membantu anak supaya demamnya reda.



Demam bukanlah suatu penyakit tetapi hanyalah gejala yang sering diserang kepada bayi. Suhu badannya yang normal adalah 36 hingga 37°c menandakan anak anda demam. Bagi anak di bawah usia 6 bulan, suhu badan melebihi 37°c adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencech 40°c, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.

Tindakan Yang Perlu Dibuat

1. Lapkan pada anggota badannya.
2. Galakkan anak minum air banyak
3. Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.

Bayi Demam Boleh Sejukkan Badannya

1. Periksa suhu badannya. Gunakan termometer raksa atau digital untuk mengetahui suhu badan bayi anda. Jika suhu melebihi 37 celcius ini menunjukkan bayi anda demam.

2. Apabila suhu badannya meningkat ini menunjukkan isyarat bayi demam.
Tanggalkan pakaiannya untuk meredakan demamnya. Badannya perlu disejukkan. Udara yang panas dalam bilik atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak.

3. Menggunakan tuala kecil lap bahagian dahi bayi. Lakukan berulang kali sekitar dahi bayi.

4. Lapkan juga bahagian ketiak.
    Lakukan pada kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Lakukan secara berulang.




Selamat Mencuba!



Farwizah
0199027834

Saturday, 26 November 2011

HB 2.3 : Chewable Vitamin c 500mg


Menguatkan Fungsi Imunisasi 

Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
Vitamin C
  • Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan*
  • Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat*
  • Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging*
  • Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan*

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design