Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Keibubapaan. Show all posts

Friday, 15 January 2016

9 Tips Ajar Anak Pandai Membaca

Risaunya bila suruh anak membaca, tapi tak reti nak mengeja lagi...bukan tak reti mengeja...huruf pun tertukar lagi...alahai...camna ni risaunya...sekarang si anak dah umur 6 tahun...tahun depan darjah ...salah aku kah tak mengajar anak sendiri? tahun lepas setahun di PASTI...alhamdulillah dah kenal A,B,C...oklah tu...tapi mengeja belum pandai lagi...mungkin budak-budak perlukan lebih banyak masa untuk mengenal...maklumlah sekarang diorang dalam proses bermain lagi....

 Setelah digoogle jumpa tips ni....dari http://itsmenurul.blogspot.my/..saya kongsi di sini...


 

 1) Bila nak mengajar anak kenal huruf jangan guna huruf besar. Guna huruf kecik. Contoh ABC tu korang guna abc. Dulu aku silap tau. Aku ajar Raina guna huruf besar. Tapi bila dah sedar kesilapan tu, laju-laju ajar Raina guna huruf kecik. Sebab apa kena ajar anak guna huruf kecik, sebab kebanyakkan kat sekeliling kita menggunakan huruf kecik. So ajar anak huruf kecik dulu then baru ajar anak huruf besar.

 2) Ajar anak 5-7 minit je. Pastu rehat sekejap then kalau nak sambung lepas tu boleh sambung. Jangan ajar lama-lama nanti anak stress dan bosan terus dia tak boleh nak tumpukan pada apa yang kita ajar. Dulu masa aku ajar Raina berjam, memang nampak muka Raina stress. Bila aku ajar Raina dalam 5-7 minit memang nampak Raina happy je nak belajar.

 (Anak lelaki susah skit kot?)

 3) Jangan gunakan kekasaran time ajar anak seperti nak marah-marah anak. Perbuatan ni akan menambahkan tahap stress anak. Bukan anak je stress. Kau pun sama stress nanti bila ajar anak. Aku masa mula-mula ajar Raina asyik nak jadi tarzan je. Tapi hasilnya memang tak memuaskan aku. Pastu aku terus tukar cara aku ajar Raina. Aku control tahap kemarahan aku. Aku cool je. Bila Raina tak faham dan tak ingat, kita kena rileks dan betulkan dan bagitahu si anak tu apa yang dia tak faham dan apa yang dia tak ingat. Senyum je. InsyaAllah anak akan happy nak belajar. Percayalah cakap aku.

 (Ni aku punya kesalahan...wajib diperbetulkan....huhu...dok marah anak bila dia tak reti nak sebut..wajib perbetulkan diri sendiri lepas ni)

 4) Cuba guna bunyi-bunyi yang boleh si anak ingat dan kaitkan bunyi-bunyian tu dengan suku kata. Contoh suku kata 'Na'. Raina Na Na Na Na sambil menyanyi. So Raina akan ingat suku kata 'Na' tu macam nama dia Raina Na Na Na Na. Macam aku kan aku ajar Raina siap beralun-alun siap macam menyanyi kadang-kadang tu. Biar Raina senang ingat. 

(Ye..ini aku pernah apply...memang suka sangat..nak..nak bila dia nak sebut...dia suruh bisik kat telinga dia, barulah dia sebut kuat-kuat..hihi..kena ada unsur bermain dengan dia....barulah dia seronok nak belajar)

 5) Cuba kaitkan bunyi suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita. Contoh 'Su' tu kita kaitkan dengan 'botol susu'. Kalau boleh tunjuk botol susu. Selalunya budak akan cepat ingat kalau kita cuba kaitkan suku kata dengan benda yang ada kat sekeliling kita.

 (Ni nak kena apply jugak...tunjuk something yang bergambar atau benda yang terdekat)

 6) Tepuk tangan dan puji si anak bila anak faham dan ingat apa yang kita ajarkan kat dia. Kalau boleh kita ciumlah si anak. Raina paling suka kita puji dia. Kalau aku tepuk tangan, Raina pun tepuk tangan sekali. Bukan Raina je. Raifa pun ikut sekali tepuk tangan.

 (Anak mana tak suka puji kan, even kita kalau orang puji pun senyum simpul, nak-nak kalau suami yang puji...asyik tersengih jela kan..)

 7) Uji si anak bila-bila masa. Macam kalau keluar nampak signboard terus tanya anak : 'Itu huruf apa? Cuba eja dan baca Raina? Raina ingat tak?' So kiranya macam ulang kaji apa yang kita belajar. Sambil-sambil tu nak uji minda anak. Kadang-kadang aku tengah masak kat dapur pun, aku suka uji minda Raina. Sebab Raina rajin teman aku masak kat dapur sambil tolong aku apa yang patut.

 (Selalu uji anak bila nampak kereta, suh si anak baca nombor plat kereta...ok jugakkan..satu pembelajaran jugak )

 8) Bagi reward kat anak supaya anak lebih semangat nak belajar lagi. Baru-baru ni aku bawak Raina tengok wayang dan belikan apa saja yang dia minta. Raina minta cincin, gelang dan macam-macamlah. Aku cakap kalau Raina rajin lagi belajar, nanti mama belanja Raina lagi. Terus lepas tu tak payah nak di suruh lagi, laju je ambil buku baca sendiri. Mana yang dia tak faham, baru dia tanya aku. Memang nampaklah Raina lebih bersemangat.

 (ni ibu selalu janji, kalau dapat No 1, ibu nak bawak pergi LEGOLAND...itulah harapan dia...semoga termakbul suatu hari nanti...)

 9) Terangkan tujuan kita ajar anak membaca. Kenapa dia perlu pandai membaca. Kena terangkan supaya anak lebih jelas dan faham.

 (Ye..ni selalu bagitau anti kalau irsyad cerdik, boleh jadi orang pandai...buleh jadi doktor...hihi...even dia takut nak makan ubat....xpela..ibu doakan irsyad jadi orang cerdik pandai, selalu tolong orang, cemerlang dunia dan akhirat) Semoga kita dapat mengajar anak kita supaya dapat membaca di usia muda lagi..

Tuesday, 21 April 2015

10 Tip Didik Anak Cemerlang

Setiap ibu bapa mahukan anak cemerlang....tapi ada juga ibu bapa yang setiap hari mendoakan keburukan kepada anaknya dengan berkatakan perkataan yang tidak diingini...tak baikla camtu kan...

Antara yang kita boleh buat ialah:

1) Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak

2) Apabila anak bercerita, jadilah pendengar yang setia.

3) Bersikap jujur terhadap anak.

4) Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk bersama anak.



5) Pandanglah anak dengan kasih sayang.

6) Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik samada dengan pujian, pelukan, ciuman mahupun hadiah..tentu anak-anak suka kan?



7) Tenangkan anak setiap kali dia memerlukannya

8)Hargai permainan kesayangan anak anda

9) Berbicaralah dengan anak anda



10) Ajaklah anak anda bersembahyang berjemaah dengan anda..





Semoga Bermanfaat!


Sunday, 19 April 2015

Tandem Nursing untuk Ibu Hamil

Tips Menyusukan Anak Semasa Hamil




1. Ketahui Fakta


Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.



2. Rasa Sakit Pada Puting


Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.
Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.

3. Posisi Yang Selesa


Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!

4. Nikmati Momen Penyusuan


Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!

5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing


Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.

Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.

Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil


Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:

‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda

 yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.

Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!


Sumberlunafamily

Saturday, 18 April 2015

4 Cara Sendawakan Bayi

Sendawakan Bayi adalah perlu selepas penyusuan

Secara umumnya, penyusuan bayi mengikut permintaannya apabila dia kelaparan. Bayi anda mungkin menunjukkan reaksi menangis, memasukkan jari ke dalam mulut atau membuat bising. Bayi baru lahir memerlukan tempoh 2 jam sekali untuk menyusu.

Jika bayi menyusu badan, dia memerlukan 10 hingga 15 minit setiap kali penyusuan. Jika ianya susu formula, bayi menyusu lebih kurang 60 hingga 90 mililiter setiap kali penyusuan. Sebahagian bayi yang baru lahir akan bangun daripada tidurnya setiap beberapa jam untuk menyusu.




Jika lampin bayi anda kerap basah (lebih kurang enamkali sehari) tidur yang nyenyak dan berat yang bertambah, keadaan ini menunjukkan dia dalam keadaan kenyang. Tanya kepada pakar anda, atau kaunselor laktasi jika anda ingin tahu mengenai pertumbuhan dan jadual penyusuan yang betul.

Bayi yang menyusu akan membawa bersama-sama udara ke dalam badannya yang membuatkan dia berada dalam keadaan tidak selesa. Anda boleh mengatasi keadaan itu dengan menyendawakannnya selepasa penyususan.

Cara untuk sendawakan bayi

1) Pegang bayi dan sandarkan kepalanya kepada bahu anda. Sokong kepala dan bahagian belakang ketika anda mengusap lembut belakangnya.ara lembut usap bahagian belakang badannya.



2) Dudukkan bayi di riba anda. Pegang dada dan kepalanya dengan sebelah tangan anda dan secara lembut usap bahagian belakang badannya.

3) Meniarapkan bayi anda ke bawah. Sambil itu pegang kepala bayi dengan lengan anda. Usap lembut belakangnya.

4) Jika bayi anda tidak sendawa selepas beberapa minit minum susu, sendawakan bayi anda dengan pelbagai posisi sehingga 10 hingga 15 minit.



Sendawakan Bayi bagi mengelakkan Kejadian yang tidak diingini







Ajal maut di tangan Nya...kita buat yang terbaik dan cuba yang terbaik supaya bayi tidak tersedak susu.







Farwizah
0199027834
Pengedar Shaklee Pasir Mas
Kelantan





Thursday, 19 March 2015

Dah Overdue? Perlu Serah Diri?

Inilah keadan yang pernah saya alami....sangat takut...dia awal kemasukan kat hospital tekanan darah dah naik....punyalah takut...dah macam-macam cara buat...tapi baby tak nak jugak lagi keluar...baby suka dalam perut ibu lama-lama ye...



DI HUJUNG KEHAMILAN

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin sudah melebihi tujuh hari ataupun  bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebaban;

Saya bersalinkan irsyad  tepat 41 minggu di HSNZ


1) Proses Bersalin menjadi sukar

Bagi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin cenderung akan bersaiz besa. MALAH tulang tengkorak juga turut keras. Iji akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses kelahiran.

Irsyad dilahirkan secara Vacum

2) Uri tidak berfungsi

Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan makanan dan oksigen. Selepas 0 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.


Faktor Sebabkan Overdue


1. Sejarah Keluarga


Sesetengahwanita mempubyai genetik untuk mellui kehamilan yang panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat lain pernah mengalami overdue lebih daripada 2 minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).


2. Saiz Kepala


Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbandubg saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh nada tidak menghasilkan hormon oktosin yang dapat memulakan proses kelahiran.


3. Tiada Kontraksi


Adakalanya kehamilan boleh melebihi jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.






SEMOGA BERMANFAAT


Farwizah
0199027834


Saturday, 14 February 2015

Paps Smear? Sudahkah anda Lakukan?

Saya tak pernah lakukan Paps Smear lagi...Maklumlah saya ni jenis penakut...Penakut ubat! Ubat semestinya saya tak makan....even nak telan panadol pun saya tak boleh nak telan...Oleh sebab itulah, saya bertukar kepada supplement Shaklee...yang mana no 1 di hatiku......

Ok...jom kita tengok Apakah dimaksudkan dengan Paps Smear


Perkongsian dari blog whitevinci


Prosedurnya amatlah sekejap. Tak sampai 10 minit rasanya.Baring atas katil dengan keadaan kaki macam nak cek bukaan masa nak bersalin tu, lepastu ada 1 lampu spotlight suluh dekat "situ".Segan? Mestilah segan woiii. Maluu hokey. Tapi nurse tu sporting..dia kata jangan malu2. Ni kan nak check rahim sehat ke tak.Aku dengan berdebarnya masa nurse nak masukkan speculum tu sempat lagi tanya "Err..nurse, sakit tak?". Nurse senyum2. "Alahh..takde sakit pun. Kalau sakit pun sikit je. Tarik nafas ye kalau terasa sakit". Bagus kan nurse ni. Dan memang betul, masa nurse masukkan speculum tu dan amik sikit sample pangkal rahim memang tak terasa sakit pun. Aku je yang cuak lebih.Nurse cakap lagi "Tengok keadaan pangkal rahim awak ni sihat, merah, takde nampak jangkitan tapi resultnya kena tunggu dari makmal lah ye".Lepastu siap!! Klinik akan call untuk beritahu resultnya nanti. Dalam masa sebulan. Mudahan2 takde pape.Aminn :)

Apa itu pap smear test? Kenapa kita kaum wanita kena buat test ni?


Pap smear test ni ialah pemeriksaan pangkal rahim untuk mengesan sebarang sel abnormal yang ada di serviks,samada jangkitan fungus atau yang penting sekali ialah untuk mengesan sel kanser. Wanita yang sudah berkahwin memang digalakkan untuk buat test ni sekurang kurangnya 3 tahun sekali. Untuk lebih info pasal pap smear test ni, bolehlah baca dekat sini dan sini.Macam yang kita sedia maklum, kanser pangkal rahim ialah kanser kedua pembunuh utama wanita, jadinya..kita mestilah ambil langkah berjaga2 ni.Buat pemeriksaan awal dan amalkan cara hidup sihat. Eceh..dah macam iklan tv pulak. So semua diluar sana, buatlah pap smear test ni ok. Mencegah adalah lebih baik dari merawat :).Tapi pap smear ni untuk yang dah berkahwin je boleh buat tau, yang masih anak dara jangan ngengada pulak nak buat. Pergi klinik mintak suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) lagi baik.



Selamat membuat pemeriksaan Paps Smear ye!



Farwizah
0199027834

10 Tip Didik Anak Cemerlang

Di sini, saya ingin kongsikan dengan ibu-ibu cara untuk mendidik anak cemerlang.

1. Konsisten dengan peraturan yang ditetapkan kepada anak-anak.

2. Apabila anak anda bercerita anda, jadilah pendengar yang setia.




3. Bersikap jujur kepada anak.

4. Memperuntukkan masa yang berkualiti untuk bersama anak
(Ibu bapa sekarang sibuk bekerja jadi hanya dihujung minggu sahaja dapat bersama-sama dengan anak-anak)

5. Pandanglah anak-anak dengan penuh kasih dan sayang.

6. Berikan penghargaan setiap kali anak melakukan perbuatan baik (pujian, pelukan, ciuman, dan hadiah)

7. Tenangkan anak anda setiap kali dia memerlukannya.




8. Hargailah permainan kesayangan anak anda.

9. Sentiasalah berbicara dengan anak.

10. Ajaklah anak bersembahyang berjemaah dengan anak anda.




Semoga kita dapat mendidik anak kita dengan baik dan mengikut landasan yang betul.,,kerana anak adalah amanat Allah s.w.t kepada kita.




Semoga dapat dijadikan panduan!




Farwizah
0199027834
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design