Rupanya ada cara tersendiri untuk memperkenalkan telur kepada bayi usia 10 bulan....dipetik dari blog Qasehnya Rania...
Saya kongsikan caranya di sini
PASTIKAN
telur betul-betul masak
telur direbus kendian dicampur dalam puri atau bubur nasi/ nasi
CARA-CARANYA:
Minggu pertama – 1 SUDU BESAR kuning telur sahaja
Minggu kedua – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 SUDU BESAR kuning telur sahaja)
Minggu ketiga – 1 BIJI telur kuning sahaja
Minggu keempat – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI kuning telur sahaja)
Minggu kelima – 1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur
Minggu keenam – 2 kali seminggu jumlah yang sama (1 BIJI telur kuning sahaja + 1 SUDU Putih Telur)
Minggu ketujuh – 1 BIJI telur sepenuhnya
Minggu kelapan – 2 kali seminggu jumlah yang sama ( 1 BIJI TELUR sepenuhnya)
Minggu ke sembilan dan seterusnya boleh bagi (1 BIJI TELUR ) tidak lebih dari 3x seminggu
Semoga simanja membesar dengan jayanya...
Farwizah Darwisha
0199027834
Shaklee Pasir Mas
Showing posts with label Tip Keibupaan. Show all posts
Showing posts with label Tip Keibupaan. Show all posts
Friday, 27 November 2015
Wednesday, 18 February 2015
Cara Merancang Pengeluaran Susu
Mereka yang bergelar ibu akan lebih panik jika pengeluaran susu tidak seperti yang dijangkakan selepas kelahiran....Bagi yang baru bergelar ibu, ianya adalah suatu pengalaman baru yang perlu dipelajari dan akan mengalaminya dari semasa ke semasa.
Di sini saya ingin konsgsikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk ibu-ibu mengatasi masalah pengeluaran susu yang terganggu.
Semoga Bermanfaat!
Farwizah
0199027834
Di sini saya ingin konsgsikan beberapa cara yang boleh dilakukan untuk ibu-ibu mengatasi masalah pengeluaran susu yang terganggu.
Antara cara yang boleh digunakan untuk meransang dan melancarkan pengaliran susu termasuklah:-
1) Melakukan teknik relaktasi dengan menarik nafas sedalamnya, kemudian hembuskan.
Ibu perlu melakukannya beberapa kali sehingga berasa lega dan tenang. Perhatikan wajah anak anda dengan penuh kasih sayang. Perasaan ini akan menghasilkan hormon oksitosin.
2) Memilih tempat yang sunyi dan tiada gangguan.
4). Meletakkan tuala di atas payudara sejurus sebelum mula menyusu.
Ia bertujuan untuk menggalakkan pengaliran darah yang berkesan di kawasan areola, seterusnya mampu meningkatkan pengaliran susu.5). Menggalakkan pengaliran darah yang baik di kawasan puting dengan cara mandi dengan air suam sebelum mula menyusu.
6) Mengurut di bahagian tulang belakang ibu untuk mencetuskan rasa relaks dan seterusnya meransang pengeluaran susu. Pada masa yang sama ini, bantuan ahli keluarga amat diperlukan.
Semoga Bermanfaat!
Farwizah
0199027834
Friday, 13 February 2015
Tips Jika Anak Demam
Syukur alhamdulillah...anak saya memang jarang demam...dalam setahun boleh bilang berapa kali je dia demam....anak kecil mudah sangat mengalami demam....ini disebabkan keadaan cuaca panas dan juga jangkitan kuman.
Di sini saya akan berkongsi dengan anda untuk membantu anak supaya demamnya reda.
Demam bukanlah suatu penyakit tetapi hanyalah gejala yang sering diserang kepada bayi. Suhu badannya yang normal adalah 36 hingga 37°c menandakan anak anda demam. Bagi anak di bawah usia 6 bulan, suhu badan melebihi 37°c adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencech 40°c, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.
Tindakan Yang Perlu Dibuat
1. Lapkan pada anggota badannya.
2. Galakkan anak minum air banyak
3. Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam.
Bayi Demam Boleh Sejukkan Badannya
1. Periksa suhu badannya. Gunakan termometer raksa atau digital untuk mengetahui suhu badan bayi anda. Jika suhu melebihi 37 celcius ini menunjukkan bayi anda demam.
2. Apabila suhu badannya meningkat ini menunjukkan isyarat bayi demam.
Tanggalkan pakaiannya untuk meredakan demamnya. Badannya perlu disejukkan. Udara yang panas dalam bilik atau pakaian yang tebal boleh menyebabkan suhu badan bayi naik mendadak.
3. Menggunakan tuala kecil lap bahagian dahi bayi. Lakukan berulang kali sekitar dahi bayi.
4. Lapkan juga bahagian ketiak.
Lakukan pada kedua-dua bahagian kanan dan kiri. Lakukan secara berulang.
Selamat Mencuba!

Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Selepas Kelahiran
Tahukah anda penjagaan tali pusat bayi yang betul?
Untuk pengetahuan ibu-ibu, terutamanya yang baru bergelar ibu, sebaik sahaja bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi. Yang ditinggalkan pada tubuh bayi hanyalah tali pusat sepanjang kira-kira 2 hingga 3sm yang siap diclamp. Proses ini tidak menyakitkan sama sekali. Saya masih lagi menyimpan tali pusat bayi yang gugur itu, sebab orang tua pesan suruh simpan...taktau apa rasionalnya....
Tali pusat sebenarnya tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi sebelum menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah tali pusat tersebut dibiarkan bersih dan kering sepanjang masa.
Anda boleh mencuci tali pusat bayi menggunakan pencuci spirit tetapi kajian menunjukkan tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci hanya apabila kelihatan atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari sebarang kekotoran sebelum mengendalikannya. Pegang tali pusat dengan hujung jari dan lap sekelilingnnya sehingga kering mengunakan tuala kecil atau putik kapas yang bersih.
Dedahkan dan anginkan tali pusat untuk memastikannya kering. Sekiranya tali pusat basah, lap dengan segera.
Biarkan tali pusat kering dan gugur dengan sendirinya. Jangan sesekali menariknya dengan tangan walaupun sudah genting dan terjuntai.
- Kelihatan kemerahan
- Berdarah tanpa henti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
2. Untuk menghalang pusat bayi dari tertonjol, ambil bawang putih, satu sudu jintan putih dan sedikit abu dappur kayu arang dan tumbuk sehingga lumut. Kemudian, bungkus dalam kain dan salai atau panaskan di atas tudung periuk. Tuam pada pusat dan perut bayi.
Selamat Membaca! Semoga Bermanfaat!
Farwizah
0199027834
Untuk pengetahuan ibu-ibu, terutamanya yang baru bergelar ibu, sebaik sahaja bayi dilahirkan, doktor akan menyepit dan memotong tali pusat bayi. Yang ditinggalkan pada tubuh bayi hanyalah tali pusat sepanjang kira-kira 2 hingga 3sm yang siap diclamp. Proses ini tidak menyakitkan sama sekali. Saya masih lagi menyimpan tali pusat bayi yang gugur itu, sebab orang tua pesan suruh simpan...taktau apa rasionalnya....
Tali pusat sebenarnya tidak memerlukan penjagaan yang rapi tetapi sebelum menjadi kering dan luruh dengan sendirinya, eloklah tali pusat tersebut dibiarkan bersih dan kering sepanjang masa.
Cara Penjagaan:
1. Pastikan sentiasa bersih
Anda boleh mencuci tali pusat bayi menggunakan pencuci spirit tetapi kajian menunjukkan tali pusat lebih cepat sembuh sekiranya dibiarkan begitu sahaja. Cuci hanya apabila kelihatan atau terkena najis. Pastikan tangan anda bersih dan bebas dari sebarang kekotoran sebelum mengendalikannya. Pegang tali pusat dengan hujung jari dan lap sekelilingnnya sehingga kering mengunakan tuala kecil atau putik kapas yang bersih.
2. Kering
Dedahkan dan anginkan tali pusat untuk memastikannya kering. Sekiranya tali pusat basah, lap dengan segera.
3. Gugur sendiri
Biarkan tali pusat kering dan gugur dengan sendirinya. Jangan sesekali menariknya dengan tangan walaupun sudah genting dan terjuntai.
Jangkitan Kuman Pada Tali Pusat apabila:
- Kelihatan kemerahan
- Berdarah tanpa henti
- Keluar nanah
- Mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan
Petua Penjagaaan Tali Pusat
1. Bagi tali pusat yang masih baru,ambil 2-3 helai pucuk jambu dan diramas dengan sedikit air. sapu air pucuk jambu itu pada pusat bayi untuk mempercepatkan tali pusatnya kering dan tanggal.2. Untuk menghalang pusat bayi dari tertonjol, ambil bawang putih, satu sudu jintan putih dan sedikit abu dappur kayu arang dan tumbuk sehingga lumut. Kemudian, bungkus dalam kain dan salai atau panaskan di atas tudung periuk. Tuam pada pusat dan perut bayi.
Selamat Membaca! Semoga Bermanfaat!
Farwizah
0199027834
Wednesday, 11 February 2015
Cara yang Betul Membedung Bayi
Tak Pandai Nak Bedung Bayi?
Sehari selepas kelahiran Muhammad Irsyad Darwish (M.I.D), saya pergi melawat dia ditingkat 6, yang mana dia dihantar ke atas disebabkan penyakit kuning. Jadi baby perlu dipantau di bawah cahaya foto terapi...ikuti kisah jaundis yang saya ceritakan dalam entry yang lepas.
Sebagai ibu muda dan anak sulong, dan saya pula adalah anak bongsu, semasa saya pergi untuk menyusu baby dalam keadaan berpampers sahaja..maka saya bersama suami untuk membedung bayi....
Rupanya saya langsung tiada ilmu berkaitan membedung bayi...melihat caranya pun saya tak pernah google...suami? Lagila kan...tak tahu jugak...sampaikan kami bertanya kepada nurse kat situ nak pakaikan macam mana...namun nurse yang sibuk melayan bayi-bayi lain hanya menyuruh kami suami isteri buat sendiri...malunya tak tahula...sungguh jahil..Lepas tu, kami balut je..ntah jadi ntah tak...
Cara-cara membedung bayi dengan betul
# Lihat gambar di bawah
Semoga entry ini bermanfaat kepada ibu muda yang bakal bergelar ibu!
Rujukan: pa & ma

![]() |
| Cara-cara membedung bayi |
Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:
*Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.
*Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.
*Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.
*Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.
*Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.
*Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.
Ada dua jenis teknik membedung bayi.
Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.
Teknik moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.
Jadi, buat yang akan bergelar ibu...jangan lupa untuk membuat persediaan dari segi ilmu keibubapaan...ianya sangat penting sebagai panduan untuk menjalani kehidupan sebgai sebuah keluarga yang harmoni.
![]() |
| Cara moden membedung bayi |
Semoga entry ini bermanfaat kepada ibu muda yang bakal bergelar ibu!
Rujukan: pa & ma
Farwizah Darwisha
0199027834
Friday, 14 November 2014
Cara Menjaga Keselamatan Kanak-Kanak di Tempat Awam
Sekarang macam-macam perkara berlaku melibatkan kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak hilang ketika ibu bapa membeli belah, bermain di taman permainan, berjalan di sekitar rumah perumahan.
Sebagai ibu bapa kita seharusnya menjaga segala pergerakan dan tingkah laku anak-anak kita di mana jua kita berada.
Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak kerana ibu bapa adalah amanah Allah. Ibu bapa seharusnya memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamnya di pasar malam, pasar raya atau pusat membeli belah.
Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks seperti bahagian aurat mereka tidak boleh disentuh orang lain lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak dikenali.
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun diberi hadiah kerana bimbang dengan niat di sebalik kebaikan tersebut.
Sekiranya anak anda ke mana-mana pastikan anak anda berteman, begitu juga meninggalkan mereka di rumah. Pastikan ada orang dewasa bersama.
Media Massa terutamanya media elektronik mempunyai pengaruh yang kuat untuk mendidik masyarakat. Media seharusnya menyiarkan rencana yang berkaitan supaya masyarakat akan celik isu ini.
Oleh yang demikian, ibu bapa sewajarnya berhati-hati bila membawa anak-anak ke tempat awam. Semoga anak kita sentiasa dalam lindungan kita. InshaAllah
Sebagai ibu bapa kita seharusnya menjaga segala pergerakan dan tingkah laku anak-anak kita di mana jua kita berada.
Di sini ada beberapa panduan untuk menjaga keselamatan anak-anak.
1. Sentiasa di bawah pemerhatian
Ibu-bapa memainkan peranan penting dalam menyelamatkan anak kerana ibu bapa adalah amanah Allah. Ibu bapa seharusnya memastikan bahawa anak mereka tidak lari daripada perhatian mereka ketika berada di tempat awam, terutamnya di pasar malam, pasar raya atau pusat membeli belah.
2. Ajar pengetahuan asas seks
Ibu bapa perlu mengajar anak mereka serba sedikit tentang pendidikan seks seperti bahagian aurat mereka tidak boleh disentuh orang lain lebih-lebih lagi oleh orang yang tidak dikenali.
3. Menolak ajakan orang asing
Ibu bapa perlu membimbing anak-anak supaya menolak ajakan atau pujukan orang yang tidak dikenali walaupun diberi hadiah kerana bimbang dengan niat di sebalik kebaikan tersebut.
4. Pastikan anak berteman.
Sekiranya anak anda ke mana-mana pastikan anak anda berteman, begitu juga meninggalkan mereka di rumah. Pastikan ada orang dewasa bersama.
5. Peranan Media Massa