Showing posts with label set berpantang shaklee. Show all posts
Showing posts with label set berpantang shaklee. Show all posts

Tuesday, 21 April 2015

Bertungku Semasa Ibu Berpantang

Anda pernah bertungku? ada tu hanya sekali dua sahaja bertungku....Biasanya dalam ibu-ibu bertungku...

Jangan sesekali kita ambil mudah dengan amalan ini. Amalan bertungku mampu membantu untuk proses pengecutan batu merian supaya lemak yang berkumpul di bahagian perut dapat dipecahkan.



Bertungku juga boleh memecahkan darah yang membeku di dalam perut.Dalam islam sendiri pun menggalakkan amalan ini kerana ia menjauhkan perasaan murung atau tekanan jiwa.



Amalkan cara bertungku yang mudah.Gunakan batu sungai atau sekarang terdapat banyak alat bertungku sudah dijual di pasaran. Panaskan batu sungai itu dalam masa 15 minit.

Selepas itu, letakkan ia di atas lapisan daun mengkudu (di sekeliling batu yang ditutupi daun). Balut batu yang berlapik daun mengkudu tadi dengan lapisan kain.

Tuam di sekeliling peranakan, pinggul, payu dara, dan seluruh badan. Badan terasa hangat dan segar.






Bagi yang ingin mendapatkan tukang urut yang bagi saya memang best 
di Rantau Panjang. Hubungi saya 0199027834 untuk mendapatkan khidmatnya..
Memang tukang urut ni akan urut untuk ibu-ibu selepas bersalin...

Thursday, 16 April 2015

Sokongan Suami Selepas Kehamilan

Sokongan suami amat penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu bekerjaya. Ianya bermula seawal kehamilan. Jom kongsi, suami ibu-ibu bantu apa seawal kehamilan dan selepas bersalin.

Sokongan Bermula Seawal Kehamilan


# Suami perlu mengetahui kepentingan dan pengendalian susu ibu

# Menghadiri klinik dan kelas antenatal bersama isteri.

# Menemani isteri di bilik bersalin dan berikan sokongan





Sokongan Suami Selepas Kehamilan


# Berikan sokongan kepada isteri supaya dia berasa lebih tenang



# Lakukan urutan belakang.

# Bantu isteri meletakkan bayi ke payu dara buat kali pertama

# Bantu isteri untuk memberi penjelasan kepada mereka yang menyarankan supaya memberi susu formula kerana kurang faham tentang penyusuan susu ibu. Ini bagi mengelakkan isteri dari merasa tertekan.

# Bantuan lain seperti membantu dalam melakukan kerja rumah termasuk menjaga anak seperti memandikan bayi dan menukar lampin. Ini dapat merapatkan hubungan bapa dengan bayi.









Sumber: Penyusuan ibu bekerjaya


Wednesday, 15 April 2015

Keguguran Mengandung & Set Berpantang Shaklee

Tiada siapa yang mahukan kandungannya bermasalah....iaitu mengalami keguguran...

Keguguran secara umumnya dianggap sebagai kematian janin secara tiba-tiba iaitu tanpa disengajakan. Masalah ini biasanya berlaku dalam tempoh 20 minggu pertama kehamilan (ada pendapat yang menyatakan 24 minggu pertama).



Keguguran juga adalah satu perkara yang terlalu biasa. dalam setiap 4 orang wanita yang disahkan hamil, seorang daripada mereka ada potensi untuk mengalami keguguran.

Dianggarkan antara 15 hingga 20 peratus kehamilan berakhir dengan keguguran yang kebanyakkannya berlaku ketika trimester pertama dan awal trimester kedua. Masalah ini juga sering berlaku kepada wanita yang tidak sedar dirinya hamil.

Hakikatnya, penyebab masalah ini masih belum diketahui secara spesifik. Namun, diakui, ada banyak faktor yang boleh menjadi penyumbang.

Antara Faktor-Faktor Keguguran


1) Peningkatan usia terutamanya setelah berusia 35 tahun dan ke atas
2) Pernah mengalami keguguran lebih daripada 2 kali sebelum ini.
3) Mengambil nonsteroidal anti-inflammatory drug (NSAID) pada peringkat awal kehamilan
4) Merokok semasa hamil




5) Mengambil dadah semasa hamil
6) Terdedah kepada bahan kimia berbahaya seperti aesenic, benzene atau formaldehyde sebelum ataupun semasa hamil
7) Terlalu banyak minum makanan berkafein ketika mengandung
8) Berhadapan dengan penyakit ataupun jangkitan semasa hamil
9) Trauma fizikal
10) Sistem imun badan menolak kehamilan
11) Kandungan asid folik yang terlalu rendah

Tanda-Tanda Keguguran


1) Pendarahan
2) Sakit bahagian abdomen

Kesakitan yang dirasai bermula pada bahagian bawah belakang badan dan kemudiannya bahagian abdomen akan terasa kejang.


Cadangan Set Berpantang bagi Ibu Keguguran




Semoga Bermanfaat buat ibu hamil



Farwizah
Pengedar Shaklee Pasir Mas
0199027834

Wednesday, 25 March 2015

5 Info Elak Anak Cacat

Anak Cacat? Tiada siapa yang mahukan anak cacatkan? Andai ditakdirkan kita memilikinya mungkin itu adalah hikmah yang diberikan kepada kita sebagai ibu bapa.

Namun begitu, untuk sesuatu perkara kita boleh elakkan dengan berusaha untuk ke arah yang lebih baik.

1. Berhenti Merokok


Ha...ni masalah utama orang kita....merokok...walaupun sudah diwar-warkan bahawa merokok membahayakan kesihatan....namun ianya tidak diendahkan sama sekali...Sekiranya berhasrat mendapat bayi yang sihat dan sempurna sebaiknya hentikan amalan ini. Merokok ketika hamil mengakibatkan berat badan bayi kurang.



2. Makan Makanan Sihat


Makanlah menu makanann yang mengandungi 5 jenis makanan utama yang paling diperlukan oleh tubuh iaitu gandum, sayur, buah, susu dan protein.




3. Elakkan Kafein


Masa mengandung dulu pun memang saya tidak ambik kafein...memang rasa sangat pahit
padahal semasa mengandung takdelah pahit sangat...oleh itu, kafein yang terdapat dalam minuman seperti teh, kopi, soda, dan coklat harus dikurangkan.




4. Nasihat Doktor


Jangan mengambil ubatan tanpa cadangan doktor. Mengambilnya tanpa nasihat doktor dengan dos yang tidak tepat akan membahayakan bayi dalam kandungan.


5. Ambik Asid Folik


Ianya sangat penting ubtuk wanita yang baru hamil. KAJIAN yang dilakukan menunjukkan pengambilan asid folik sebelum kehamilan mampu menurunkan risiko melahirkn bayi dengan kecacatan otak dan sum-sum tulang belakang sehingga 80 peratus.


Asid Folik terkandung dalam vitamin B



SET LENGKAP untuk ibu hamil










Nak mencuba set hamil?

Hubungi;

Farwizah
0199027834



Thursday, 19 March 2015

Dah Overdue? Perlu Serah Diri?

Inilah keadan yang pernah saya alami....sangat takut...dia awal kemasukan kat hospital tekanan darah dah naik....punyalah takut...dah macam-macam cara buat...tapi baby tak nak jugak lagi keluar...baby suka dalam perut ibu lama-lama ye...



DI HUJUNG KEHAMILAN

Bagi mengatasi masalah ini, kebanyakan doktor akan mengambil keputusan untuk memberi ubat cetusan (induce) bagi memulakan proses sakit bersalin. Biasanya akan dilakukan jika tarikh jangkaan bersalin sudah melebihi tujuh hari ataupun  bayi anda perlu dikeluarkan segera bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini. Sehubungan itu, bayi yang terlebih hari biasanya akan menyebaban;

Saya bersalinkan irsyad  tepat 41 minggu di HSNZ


1) Proses Bersalin menjadi sukar

Bagi yang melebihi tarikh jangkaan bersalin cenderung akan bersaiz besa. MALAH tulang tengkorak juga turut keras. Iji akan menyebabkan anda mengalami masalah ketika proses kelahiran.

Irsyad dilahirkan secara Vacum

2) Uri tidak berfungsi

Uri amat penting dalam menjamin keselamatan bayi kerana ia membekalkan makanan dan oksigen. Selepas 0 minggu kehamilan, uri kurang menjalankan tugasnya malah kadang kala tidak berfungsi langsung.


Faktor Sebabkan Overdue


1. Sejarah Keluarga


Sesetengahwanita mempubyai genetik untuk mellui kehamilan yang panjang. Jika ibu, nenek ataupun ahli keluarga terdekat lain pernah mengalami overdue lebih daripada 2 minggu tanpa ada apa-apa masalah, maklumkan kepada doktor agar dia dapat melambatkan tempoh anda diberi ubat cetusan (induce).


2. Saiz Kepala


Jika bayi anda mempunyai kepala yang besar berbandubg saiz pelvik, ia mungkin tersekat. Apabila keadaan ini berlaku, ia akan menyebabkan tubuh nada tidak menghasilkan hormon oktosin yang dapat memulakan proses kelahiran.


3. Tiada Kontraksi


Adakalanya kehamilan boleh melebihi jangkaan apabila rahim anda tidak mengecut seperti yang sepatutnya berlaku.






SEMOGA BERMANFAAT


Farwizah
0199027834


Saturday, 14 February 2015

Perlukah Mandi Air Rebusan Daun ketika Berpantang?

Jawapannya adalah perlu mandi air rebusan daun ketika berpantang.

Hari kedua selepas balik ke rumah selepas bersalin, mak saya menjemput tukang urut datang ke rumah....jadi pada masa itu memang saya tak larat sangatlah sebab baru sahaja bertarung nyawa untuk melahirkan anak. Masa tu tak jumpa lagi produk shaklee ni...((Ruginya kan! ) Lepas berurut, tukang urut pun suruhlah mandi dengan air rebusan daun yang sudah siap dibawanya. FUH!! Lepas mandi badan lebih segar dan lebih bertenaga....memang lain sangat...

Ada seorang kawan saya....dia mandi dari hari pertama selepas bersalin sampailah ke habis berpantang dengan air rebusan daun....memang segar bugarla katanya....

Hari ni saya nak menulis entry berkaitan rebusan daun disebabkan sorang anak saya, iaitu anak shaklee saya Rusmaria Muhammad yang baru sahaja habis berpantang.....yang mandi dengan air rebusan daun.

Rusmaria yang baru sahaja selesai berpantang

Dapatkan produk shaklee dengan Rusmaria di Ipoh


Kebaikan Air Rebusan Daun

Kehebatan pokok-pokok herba yang terdapat di negara kita memang diakui banyak khasiat kepada tubuh badan manusia. Tidak ketinggalan untuk ibu-ibu selepas melahirkan anak yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh.

Air rebusan daun akan dapat mengembalikan semula kesegaran urat saraf. Anda boleh gunakan daun herba seperti sintok, daun mengkudu, serai wangi dan daun pandan yang terdapat di sekeliling anda.

Gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia akan memeberikan kesegaran dan meninggalkan bau harum.


Berikut ialah contoh ramuan yang diperlukan untuk menyediakan air rebusan untuk mandi :-


· 1/2 pelepah daun pisang kering atau daun pisang segar
· 10 helai daun limau purut
· 6 batang daun serai bersama serai
· halia muda sebesar 4 kali ibu jari
· 7 helai daun pandan wangi atau pandan biasa
· 2 helai daun kunyit hitam atau temu kunci
· seketul lengkuas atau 3 helai daunnya

CARA MENYEDIAKAN AIR MANDI


Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja.


Daun yang digunakan untuk membuat mandian


Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan.

Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda.


Cadangan Set Berpantang Shaklee


Set Berpantang Terbaik Punya!!


 Testimoni Set Berpantang Shaklee





Badan lebih segar dengan pengambilan set berpantang &
 juga ostematrix yang melawaskan pembuangan



Semoga Bermanfaat!


Berminat untuk order secara online? Hanya klik Esell di bawah, anda boleh gunakan samada debit kad mahupun kredit kad. Produk Set Berpantang akan terus dihantar ke rumah anda.






Maklumat Lanjut Hubungi:
Farwizah
0199027834

Monday, 9 February 2015

Cara Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit Ketika Berpantang?

Biasa rata-rata ibu yang berpantang akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Ini disebabkan banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu, dan juga ubatan herba. 

Sembelit ketika berpantang amat menyeksakan!!


Bagi masyarakat melayu, ibu-ibu baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut menjadi buncit.

Cara untuk Mengatasi Masalah Sembelit

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6-8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu menghasilkan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman, dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. 

2. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamnya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika berpantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mngandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotonomi ataupun luka caesarean.

Sawi adalah makanan kegemaran saya ketika berpantang

Muhammad Irsyad Darwish (M.I.D) ketika ibu masih dalam pantang g cucuk




Untuk Order Set Berpantang Shaklee, Sila Klik Link Di Bawah:-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design