Showing posts with label Rambut Gugur. Show all posts
Showing posts with label Rambut Gugur. Show all posts

Tuesday, 24 March 2015

ProSante Mengurangkan Keguguran Rambut

ProSante untuk Masalah Rambut Gugur


Sebagaimana kita memotong, mewarna dan mendandannya, rambut kita mencerminkan mood kita, aktiviti dan sentiasa berevolusi tentang diri kita. lelaki juga seperti wanita, mengalami kerosakan rambut.

Manakala ;

50% dari lelaki akan mengalami masalah berkaitan penipisan rambut dalam hidup mereka.




40% wanita juga mengalami tanda ketara masalah berkaitan penipisan rambut pada umur 
35 tahun.




Dan rambut setiap orang akan sentiasa mengalami kerosakan disebabkan oleh ;

  # Diet yang tidak baik
  # Kurang nutrisi
  # Proses kimia - mewarna, proses kerinting, dan luruskan rambut
  # Penggayaan - alat panas rambut, pengkerinting
  # Stress - kehidupan yang meningkat dan kekangan masa

Akhirnya, ProSante dari shaklee memberikan penyelesaian kepada 2 masalah biasa rambut;


1) KEROSAKAN
2) PENIPISAN

Untuk jangka masa setengah abad, Shaklee telah menerajui dunia saitifik dalam memahami bagaimana untuk menyuburkan tubuh dan kulit kita. Kini, kepakaran yang tiada bandingannya telah diaplikasikan kepada penjagaan rambut, dengan satu pendekatan yang eklusif dan semulajadi, untuk menangani punca masalah rambut dan kulit kepala.




UJIAN KLINIKAL


Ujian klinikal yang meluas telah menunjukkan sistem penjagaaan rambut ProSante semulajadi ;

# mengurangkan kehilangan rambut sewaktu bersikat,
# meningkatkan ketebalan,
# dan mengurangkan kerosakan untuk semua jenis rambut.

Sistem Prosante tidak menganggalkan dan mengeringkan rambut anda dan sebenarnya membantu rambut mengekalkan kelembapan dan melawan kerosakan. Keputusannya adalah rambut yang menawan, berseri, yang tampak dan rasa sesihat mungkin.

Kajian Klinikal bebas menunjukkan keputusan berikut dengan Sistem Produk ProSante.


                                                                                                        Dalam Masa
                                                                                       

                                                                       30 Hari      60 Hari        90 Hari


Pengurangan kehilangan rambut ketika bersikat                       11                    54                 65
Pengurangan Jumlah Rambut                                                   37                    61                 73
Peratusan subjek yang menyatakan peningkatan
ketebalan rambut mereka                                                        46                    52                 61



Satu sistem mudah, fleksibel yang mampu anda peribadikan untuk memenuhi keperluan rambut anda di dalam semua situasi rambut.


Setiap rambut memerlukan rutin berbeza di dalam mencuci, pemulihan keadaan dan perlindungan dan kerosakan agar rasa dan kelihatan hebat di dalam setiap jenis musim dan di dalam setiap jenis cuaca.

Direka utnuk tidak menanggalkan warna atau kelembapan dari rambut, setiap produk ProSante menampilkan Scalp Health Complex Shaklee yang ekslusif, satu formulasi klinikal , ramuan 10 vitamin, mineral dan herba yang amat derma-tersedia. Digunakan sebagai satu sistem lengkap , ProSante menyokong kulit kepala yang optimum sihat dan rambut yang kelihatan hebat.




Set Prosante : RM 376



Berminat;
Boleh hubungi saya;
Farwizah
0199027834


Nak COD pun boleh ;
Tanah Merah, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kota Bharu
Kelantan





Tuesday, 3 March 2015

11 Keajaiban Bawang Putih

Ada apa dengan bawang putih? Bukannya setakat penambah rasa dalam makanan, tetapi sayuran ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan buat penggemarnya.

KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang putih ternyata kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi sulfur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.

Bagi mereka yang demam, ambil hirirsan bawang putih dan campurkan ar panas selama beberapa minit sebelum diminum.

Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat kesannya.

Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.



1) Mengurangkan risiko angin ahmar


Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2) Mengurangkan Risiko Kanser


Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu untuk mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3) Bertindak sebagai Antibakteria dan antivirus


Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan aktibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4) Mengandungi Iodin


Bawang putih mempunyai kandungan iodin tinggi yang baik untuk pesakit hipertiroid.

5) Meningkatkan Sistem Imunisasi


Pengambilan bawang putih dua hingga 3 ulas sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6) Antiinflamasi


Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang purih mempunyai bahan antiflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi artritis pada sendi seperti reumatoid ataupun osteoartritis.

7) Membantu Sistem pencernaan


Bawang Putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

8) Mengurangkan kolestrol dalam tubuh


Kandungan disulfida di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolestrol yang terdapat dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

9) Mengurangkan Angin dalam Badan


Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba akibat tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh cuba mengubatinya dengan mengambil 2 ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu, buang kulitnya dan makanlah bawang putih itu. InshaAllah selang beberapa minit kemudian, anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

10) Menyuburkan Rambut


Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi allicin yang tingi merah, dipercayai efektif untuk mengatasi masalah gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala. Boleh juga ditambah dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.




11) Membersihkan jerawat


Bawang putih merupakan cara berkesan semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana iannya mengandungi antioksidan yang membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian, basuh wajah anda.





Semoga Bermanfaat!

Tuesday, 9 December 2014

Kenapa Rambut Gugur Semasa Mengandung dan Selepas Bersalin?

Mengalami rambut gugur? Baru bersalin pun dah gugur rambur? Ok..hari ini saya ingin berkongsi berkaitan rambut gugur...Kenapa ianya gugur?


FAKTA TENTANG RAMBUT

1.Tempurung kelapa ditumbuhi 100,00 helai rambut (untuk rambut hitam)
2.100 helai rambut gugur dianggap biasa
3. Penggunaan banyak bahan kimia boleh menyebabkan keguguran rambut
4. Kekurangan zat besi dan ketidakseimbangan tiroid boleh menyebabkan keguguran rambut
5. Kekurangan nutrisi akibat diet rendah lemak atau diet akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkaitan dengan nutrisi.




7 SEBAB RAMBUT GUGUR


1. SYAMPU


Tidak semua syampu sesuai untuk semua jenis rambut. Anda memerlukan syampu yang ringan, dan TIDAK  banyak mengandungi BAHAN KIMIA. Menggunakan syampu yang tidak sesuai dengan rambut akan menjadi punca keguguran rambut.


2. KEHAMILAN


Kehamilan boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan dan beberapa ketegangan lain yang mempunyai kesan  langsung kepada pertumbuhan rambut seseorang. Ini wujud dan berpanjangan selepas bersalin. Bagaimanapun, dengan  penjagaan yang betul, pertumbuhan rambut dapat dikekalkan.


3. KERING


Oleh kerana rambut dan kulit kepala anda terdedah kepada pencemaran dan cahaya matahari, serta bahan kimia dari syampu secara tetap, adalah penting untuk sekali sekala meletakkan minyak zaitun atau minyak rambut untuk menjaga rambut anda. Apabila anda tidak meminyakkan dengan betul, ia kehilangan khasiat dan akhirnya rosak dan gugur.


4. TEKNIK DANDANAN RAMBUT


Terlalu kerap mendandan rambut, briding atau membuat ikatan yang dangat ketat boleh menyebabkan rambut tegang. ini akhirnya membuatkan rambut lemah dari akar dan penyebab keguguran rambut.






5. TERLALU BANYAK UJI KAJI


Kekerapan mewarnakan rambut setiap beberapa bulan juga mendorong kepada masalah. selain itu, menggunakan alat yang berhaba tinggi juga boleh membuatkan rambut anda rapuh, dan akhirnya menyebabkan kehilangan rambut yang berlebihan. Malah, blow dry rambut setiap hari juga bukanlah tabiat yang sihat, kerana ia menyebabkan rambut menjadi lemah.


6. TRICHOTILLOMANIA


Ini merujuk kepada orang yang mempunyai tabiat menarik atau mencabut rambut. Ia boleh menyebabkan bahagian tertentu kulit kepala menjadi botak. Jika tabiat itu dikawal, rambut boleh tumbuh semula. Walaubagaimanapun, terlalu banyak memetik atau menarik rambut boleh menyebabkan kebotakan secara kekal.


7. GENETIK


Jika ahli-ahli keluarga, terutama ibu bapa mempunyai sejarah keguguran rambut dan botak, kemungkinan besar anak-anak akan mengalami perkara yang sama.






Sumber: Rapi


Untuk entry lain kali saya akan kongsikan Cara Atasi Rambut Gugur...


Happy Reading!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design