Showing posts with label Teknik Marmet. Show all posts
Showing posts with label Teknik Marmet. Show all posts

Friday, 4 September 2015

Memerah Susu Ibu Dengan Menggunakan Tangan / Marmet

Cara Memerah Susu Ibu dengan Menggunakan Tangan;


# Basuh tangan dengan air dan sabun
-         
S    # Sediakan bekas plastik bersih dengan penutup
-          
        # Letakkan ibu jari di sebelah atas buah dada berdekatan dengan tepi aerola (bahagian gelap di sekeliling putting) dan jari-jari yang lain di bawah
-        
            #  Dengan ibu jari tekan ke belakang kea rah dada, kemudian tekan ibu jari dan jejari serentak. Ulangi beberapa kali.

-         #  Ulangi langkah-langkah tersebut di sekeliling aerola untuk mengosongkan semua bahagian buah dada.





Menyimpan Susu yang telah diperah


# Dalam bekas plastik bertutup yang ditanda perahan. Pada suhu bilik, susu boleh disimpan selama 4-8 jam. 

# Manakala dalam ruangan biasa peti sejuk, selama 24-48 jam.

Memberi Susu Perahan

# Rendam bekas dalam air panas.

# Berikan kepada anak dengan sudu atau bekas kecil.

# Botol susu tidak digunakan untuk mengelakkan keliru putting




Happy Breastfeeding!

0199027834




Thursday, 9 April 2015

Posisi Menyusu Mengikut Keselesaan Ibu Menyusu

Di sini saya akan kongsikan 3 posisi yang biasanya menjadi kegemaran ibu menyusu.


1.Posisi Mendukung













Semoga Bermanfaat buat ibu-ibu...

Semoga dapat dijadikan panduan buat yang baru bergelar ibu.




Farwizah
0199027834

Tuesday, 7 April 2015

Teknik Marmet untuk Tingkatkan Pengeluaran Susu Ibu



Hari ini saya ingin kongsikan Teknik Marmet...Teknik ini diperah menggunakan tangan dengan menggunakan cara yang betul. Kadang tu, lagi banyak susu dapat jika anda pandai melakukannya...

Jom kita praktikkan cara yang dilakukan oleh seorang ibu dari blog ArissaRaisya

# Tulisan warna merah tu adalah perkara yang tidak sepatutnya ibu Arissa buat....

Teknik Marmet atau Perahan Tangan


1. Basuh tangan dengan bersih.
2. Sediakan bekas yang bersih dan bertutup.
3. Duduk dengan selesa.
4. Urut sekiling payudara untuk merangsang pengeluaran susu.
5. Jika perah payudara kiri, guna tangan kanan. (ku buat,tangan kanan payudara kanan. patut lenguh..hehe)
4. Ampu payudara. (rasanya..tak ampu pun semalam. Ampu kejap-kejap je)
5. Buat pegangan bentuk C. Hanya gunakan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.

Gambar atas posisi betul. Yang dibawah posisi jari salah kerana tidak setentang.


6. Letak ibu jari di atas areola, jari telunjuk dan jari tengah di bawah areola (setentang – imagine posisi jam 12 – 6, 3 – 9). (bila dah lenguh,macam-macam cara ku picit.ish..salah)

Tolak kebelakang

7. Tolak tangan ke dalam dada secara serentak. (Meaning, jari-jari ditolak ke arah dalam tanpa mengalihkan posisi jari-jari tadi).
9. Golekkan jari seolah-olah menekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong (ada rasa biji2 kat kawasan tu) . Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Ada dua gerakan dilakukan. (patutlah sakit. Macam-macam cara dah ku buat.hehehe)

Tolak dan golek

Ulang disekeliling areola mengikut arah jam atau lawan jam sehingga payudara kosong.

10. Ulangi langkah secara rythmic. Ulangi tolak+golek, tolak+golek sehingga kilang susu kosong.
11. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Kedudukan jari sentiasa dalam posisi bertentangan contoh: 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya.
12. Ulang sehingga payudara rasa kosong.

Pastikan korang TIDAK buat perkara-perkara berikut ya.


-Menekan dengan kuat dan mengheret jari. Payudara boleh melecet jika ini dilakukan. 
-Menarik-narik puting payudara. Lapisan-lapisan lemak pada areola boleh rosak. 
-Meramas payudara (squeeze). Payudara boleh bengkak dan kilang susu boleh rosak. 

p/s: Seronok buat teknik marmet sebab susu yang keluar memancut-mancut. hehehe.. Yang tak best,sebab penat sikit la..lenguh tangan nak picit-picit..Apapun ku nasihatkan semua mommies yang bakal menyusukan anak atau yang tak tahu tekinik marmet ni, kena belajar cara ber'marmet yang betul. Sangat2 membantu dalam keadaan terdesak. Just guna tangan sendiri.. 


Happy Breastfeeding mommies! (^_^)






Semoga Bermanfaat!





Farwizah
0199027834
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design