Showing posts with label Garlic. Show all posts
Showing posts with label Garlic. Show all posts

Sunday, 22 May 2016

Petanda Badan Anda Perlu Detox!!

Setiap hari kita makan...makan pulak macam-macam makanan kita makan.....itulah yang kadang-kadang menyebabkan kita mudah diserang penyakit....Jika anda mempunyai tanda-tanda seperti di bawah...itu menunjukkan badan anda perlu detox...

Apa tandanya anda perlu detox?
- Pening kepala yang kerap
- PMS
- Sakit sendi
- Berat bertambah
- Masalah pencernaan - sembelit, pedih ulu hati, ketidakhadaman makanan, nafas berbau)
- Masalah kulit - jerawat, ruam
- Sistem pertahanan tubuh yang lemah.
- Depresi
- Haid yang tidak teratur



Jika simptom ini ada pada anda, maka, ini masa untuk detox ! Bagaimana untuk melakukan detox?

1. Tanamkan di minda bahawa anda sedang menjalani proses detox untuk lebih sihat
2. Bersenam : 20- 45 minit sehari
3. Tidur yang mencukupi dan berkualiti. Tidur yang berkualiti sangat penting untuk meningkatkan aras serotonin antara pukul 10malam hingga 2 pagi. Aras serotonin yang tidak normal akan menyebabkan gangguan tidur, keletihan dan depresi.
4. Patuhi tabiat pemakanan yang sihat
5. Minum air yang cukup.
6. Makanan bijirin penuh dan banyakkan mengambil buah-buahan dan sayuran
Bagaimana Shaklee membantu anda untuk detox?
Saya bawakan jadual detox menggunakan suplemen Shaklee. Ianya mungkin berbeza bagi individu yang berbeza.

Shaklee menawarkan produk hebat yang boleh membantu anda lebih sihat melalui detox :

DTX Complex - Membantu hati yang sihat. Memberikan nutrisi yang diperlukan oleh hati untuk berfungsi dengan baik.



Herblax - Diformulakan untuk menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut. Herblax juga mengandungi daun senna yang telah digunakan lebih 3,000 tahun sebagai julap semulajadi. Julap kimia yang kerap dipromosikan lazimnya menganggu tisu dan menarik cecair ke dalam usus untuk menolak najis.Tindakan ini boleh melemahkan organ, menyebabkan dehidrasi (kehilangan cecair tubuh) dan ketidakseimbangan bendalir tubuh.

Berbezanya Herblax, ia merangsang pengecutan dan pengenduran otot usus untuk mengeluarkan najis. 



Garlic Complex - Kebaikan bawang putih diakui sejak dahulu kala boleh menjadi penyembuh kepada jangkitan saluran pernafasan, masalah kulit dan sebagai antibiotik. Walaubagaimanapun, bawang putih yang di makan atau suplemen bawang putih kerapkali kekurangan elemen Allicin yang merupakan komponen aktif terpenting untuk kebanyakan manfaatnya. Shaklee Garlic Complex menggunakan teknologi yang mengekalkan SEMUA kandungan Allicin dan hanya diaktifkan apabila suplemen dicerna.


Alfafa Complex - Terkenal sebagai "Father of all Foods". Shaklee menawarkan alfafa pada kualiti premium yang ditanam tanpa pesticide, fungiside, bacterioside, hormon sintetik atau bahan kimia



Bagaimana mengatur jadual untuk suplemen ini? Bagaimana ianya boleh membantu anda? Hubungi saya atau pengedar Shaklee kesayangan anda untuk jadual eksklusif :) Oh ya, sebelum stop, jom kita tengok testimoni dulu ya

DTX Shaklee

Herblax

Garlic Complex

Alfalfa

Alfalfa


Jika kita konsisten, hasilnya memang akan baik dan menakjubkan. Dapat cantik, langsing, itu adalah PLUS. Tapi, yang lebih penting, tubuh sihat, bersih dari toksin. Buat apa sayang duit, simpan toksin kan? Berbelanja sedikit untuk tubuh yang lebih sihat. 




Farwizah Darwisha 0199027834
Pengedar Shaklee Pasir Mas

Thursday, 15 October 2015

8 Manfaat Garlic Sebagai Antibodi Yang Selamat dan Semulajadi

Kenapa perlu Garlic Shaklee?

Garlic dibuat dari bawang putih yang jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

Dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif ( tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Alicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic.



 Kajian menunjukkan perisa herbanya terhasil dari kombinasi 2 ekstrak herba (Rosemery dan spearmint). Ianya mengandungi pelbagai vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif garlic dan keberkesanannya di dalam tubuh kita.

Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang menyamai dengan 2 ulas garlic segar.

Manfaat utama Garlic



1. Mengandungi spearmint

Mempertingkatkan sistem penghadaman, fungsi jantung.

2. Antibiotik Yang Selamat dan Semulajadi

Garlic antibiotik semulajadi. Ianya selamat untuk kegunaan jangka masa panjang untuk mempertingkatkan sistem ikun tubuh, menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, julat, kuman, virus dan yis candida.

3. Menghalang Alergi

Mempertingkatkan penyakit berkait sistem imun seperti hidubg yang sensitif, sihus, alergi, asthma, selsema, hepatitis.

4. Mempertingkatkan sistem penghadaman

Formula uniknya mampu mempertingkatkan masalah berkaitan penghadaman seperti kembung perut, gastrik, ketidakhadaman. Garlic juga akan menurunkan darah tinggi dengan 8 point.

5. Detoksifikasi

Garlic mampu mrngeluarkan raksa dari tuhuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium, adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah. Tambahan lagi, garlic mampu melindungi sel-sel darah dari kemusnahan logam dan menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia.

6. Menurunkan Kolestrol

Menurunkan kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang strok dan penyakit koronari.

7. Mencegah Kanser

Membantu mengelak dan merawat kanser dengan mengurangkan bshan pencetusan kejadian kanser- Nitrosamine

8. Menstabilkan Glukos

Menolong menstabilkan glukos di dalam tubuh badan kita





Jagalah kesihatan diri!!


Farwizah Darwisha
0199027834




Wednesday, 25 March 2015

Toksin Penuh Dalam Badan

Rasa-rasa banyak tak toksin dalam tubuh badan kita? Jom kita check...


Racun (toksik) dalam tubuh badan kita dan pembersihannya


Toksik dalam tubuh badan kita terjadi akibat pencemaran. Antaranya ialah pencemaran makanan akibat dari bahan kimia seperti racun perosak, racun serangga dan baja kimia dalam aktiviti pertanian. Kesihatan manusia menjadi teruk apabila menggambil makanan yang menggandungi bahan pengawet, perasa tiruan, bahan tambahan dan sebagainya. Inilah antara sebabnya terjadi pelbagai penyakit seperti barah, migrain dan sebagainya.



Kini tidak ramai terfikir untuk melakukan pembuangan toksik dalam badan. Bayangkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksik sejak lahir sehingga umurnya mencecah 40 tahun, bermakna macam -macam racun yang terkumpul dalam badan akhirnya termendap pada tapak kaki .Jika sistem semulajadi tubuhnya tidak mampu membuang toksik tersebut ia akan membuat seseorang itu akan mengalami sakit gout, kulit menjadi kusam dan sebagainya lagi. Toksik terdapat pada seluruh organ manusia, dimana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pemakanan ubat-ubatan kimia, MEROKOK dan sebagainya. Antara penyingkiran toksik secara semulajadi adalah perkumuhan seperti pembuangan air besar yang berlaku sekali sehari bagi yang normal .Selain itu toksik juga akan dikeluarkan melalui peluh hasil dari aktiviti bersukan. Toksik yang tidak dikeluarkan secara semulajadi itu akan diserap semula oleh badan.



Mengapa kita perlu membuang toksik?



Kehidupan seharian kini sentiasa terdedah dengan beribu jenis toksik dan kimia yang berbahaya. Bahan-bahan ini boleh didapati didalam makanan, udara yang disedut ataupun didalam pil-pil untuk perubatan. Toksik ini semakin lama semakin membesar dan memberi tekanan kepada organ badan kita. Mereka ini menyerap tenaga dalaman dan fokus dan menyebabkan kita jatuh sakit, menghadapi masalah berat, sukar untuk tidur, keguguran rambut dan banyak lagi kesan-kesan buruk. Dengan mengurangkan jumlah toksik di dalam tubuh badan akan menyebabkan tubuh badan semakin sihat dan kuat.



Penyakit yang sering terjadi akibat lebihan toksik di dalam badan!



Apakah simptom yang menunjukkan toksik berlebihan dalam badan? Toksik boleh memberi kesan kepada orang yang berbeza melalui pelbagai cara. Simptom ini adalah terlalu banyak untuk disenaraikan. Antara simptom utama adalah keletihan melampau, kesakitan otot badan, kegagalan sistem imunisasi tubuh. Disini adalah senarai simptom penyakit yang disebabkan oleh toksik berlebihan;

Acid Reflux Disease (GERD) or ( Perut Memulas)

Indigestion - ( Sakit Perut )

Irregularity - Constipation - Hard Stools - ( Buasir )

Irritable Bowel Syndrome (IBS) - Crohn's Disease

Abdominal Pain - Inflammatory Bowel Diseases (IBDs)

Spastic Colon - Colitis - Ileitis

Excess Gas - ( Perut Kembung)

Bad Breath - ( Badan Berbau )

Belching - ( kembung)

Enlarged Abdomen - Protruding Belly

Excess Stored Fat - Excess Weight - ( Kegemukan)

Skin Conditions - ( Penyakit Kulit)

Inflamed Skin - Dermatitis - Eczema - Psoriasis

Allergies and Hay Fever -( Alergik pada Makanan)

Fibromyalgia - Sciatica

Joint Pain - Arthritis - ( Sakit Kepala/ Migrain)

Insomnia - ( Kesukaran untuk tidur)

Low Energy - Loss of Mental Clarity - ( Kekurangan Tenaga/keletihan)

Tidak kira bagaimana kita menjaga kesihatan , kita masih terdedah pelbagai toksik terkumpul didalam kehidupan moden. Sungguhpun kita boleh mengurangkan atau menyahtoksik melalui senaman yang berterusan , makan makanan organik, pembersihan hati, pembersihan ginjal, pembersihan usus besar, kadangkala ia masih tidak mencukupi.

Fakta yang sebenar adalah sesetengah orang boleh mengawal jumlah toksik memasuki tubuh dan sesetengah orang lagi tidak boleh mengawalnya. Semua ini juga dipengaruhi kadar metabolisme tubuh badan seseorang. Ada orang sentiasa sihat tidak kira apa jua makanan dan minuman dan ada juga orang yang sakit walaupun mengamalkan pelbagai jenis diet.


sumber; perjalanantanpahenti




Cadangan Set Detox










Berminat;
Farwizah
0199027834



Tuesday, 3 March 2015

11 Keajaiban Bawang Putih

Ada apa dengan bawang putih? Bukannya setakat penambah rasa dalam makanan, tetapi sayuran ini juga mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan buat penggemarnya.

KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang putih ternyata kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi sulfur yang boleh merangsang sistem imun semulajadi untuk mengurangkan pertumbuhan tumor.

Bagi mereka yang demam, ambil hirirsan bawang putih dan campurkan ar panas selama beberapa minit sebelum diminum.

Untuk rambut subur pula, sapukan hirisan bawang putih di bahagian rambut sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapat kesannya.

Selain itu, sapu hirisan bawang putih ke bahagian berjerawat untuk membersihkannya.



1) Mengurangkan risiko angin ahmar


Bawang putih mampu menghasilkan oksida nitrik pada dinding saluran darah yang membantu untuk mengembang dan mengawal tekanan darah dengan baik bagi mengelakkan risiko darah tinggi dan angin ahmar.

2) Mengurangkan Risiko Kanser


Kaya dengan anti oksidan seperti selenium, bawang putih mampu untuk mengurangkan radikal dalam darah, sekaligus mengurangkan risiko seseorang menghidap kanser.

3) Bertindak sebagai Antibakteria dan antivirus


Sejenis bahan iaitu allicin yang terkandung di dalam bawang putih ini bertindak sebagai antivirus dan aktibakteria dalam memusnahkan beberapa mikrobakteria. Jadi, ianya amat baik untuk jangkitan perut, jangkitan influenza dan sebagainya.

4) Mengandungi Iodin


Bawang putih mempunyai kandungan iodin tinggi yang baik untuk pesakit hipertiroid.

5) Meningkatkan Sistem Imunisasi


Pengambilan bawang putih dua hingga 3 ulas sehari selama 3 minggu akan meningkatkan aktiviti sel darah putih untuk melawan jangkitan dan tumor.

6) Antiinflamasi


Kajian mendapati bahawa pengambilan bawang purih mempunyai bahan antiflamasi yang dapat membantu mengurangkan penyakit asma, mengurangkan inflamasi artritis pada sendi seperti reumatoid ataupun osteoartritis.

7) Membantu Sistem pencernaan


Bawang Putih akan merembeskan asid gastrik pada lapisan perut yang akan membantu proses pencernaan di dalam saluran makanan.

8) Mengurangkan kolestrol dalam tubuh


Kandungan disulfida di dalam bawang putih membantu menurunkan nilai kolestrol yang terdapat dalam saluran darah dan seterusnya mengurangkan risiko penyakit jantung.

9) Mengurangkan Angin dalam Badan


Sekiranya anda mengalami kembung perut secara tiba-tiba akibat tersalah makan atau perut masuk angin, anda boleh cuba mengubatinya dengan mengambil 2 ulas bawang putih dan bakar. Setelah itu, buang kulitnya dan makanlah bawang putih itu. InshaAllah selang beberapa minit kemudian, anda akan dapati angin dalam perut anda akan berkurangan dan anda akan berasa lega.

10) Menyuburkan Rambut


Bawang putih juga boleh mengatasi masalah rambut gugur. Bawang putih mengandungi allicin yang tingi merah, dipercayai efektif untuk mengatasi masalah gugur. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dipotong pada kulit kepala. Boleh juga ditambah dengan minyak kelapa untuk kesan yang maksimum.




11) Membersihkan jerawat


Bawang putih merupakan cara berkesan semulajadi untuk menyingkirkan kuman jerawat kerana iannya mengandungi antioksidan yang membunuh bakteria. Gosokkan bawang putih yang telah dibuang kulit dan dibelah pada jerawat di wajah perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian, basuh wajah anda.





Semoga Bermanfaat!

Saturday, 6 December 2014

Awas Pengambilan Garam! Darah Tinggi Menyerang!

GARAM DAPUR @ GARAM NATRIUM KLORIDA


Garam yang digunakan dalam seharian biasanya disebut garam dapur. Namun secara saintifiknya ia dikenali sebagai natrium klorida.


Garam telah digunakan sejak dahulu lagi untuk mengawet makanan. Oleh sebab terbiasa dengan garam, makan yang dimakan akan terasa tawar dan hambar tanpanya. Manfaat garam bagi tubuh manusia adalah kerana adanya unsur natrium. Unsur ini diperlukan untuk menggantikan zat makanan lama dengan zat makanan baru.




Pembuluh darah Mengembang dan Mengecut


Kelancaran penukaran zat makanan tersebut bergantung kepada kadar natrium dalam darah yang beredar dengan cara menumpang pada sel darah merah. Apabila kekurangan natrium, maka sel darah akan mengembang sehingga boleh melukakan pembuluh darah itu sendiri. akan tetapi apaila natrium berlebihan maka sel darah merah akan mengecut. Jadi kandungan natrium dalam darah haruslah seimbang.




Tubuh manusia hanya memerlukan lebih kurang dua gram atau setengah sudu teh garam sehari. apabila terlebih mengambil garam, ia boleh menyebabkan :-

1) Tekanan darah tinggi,



2) mempercepatkan osteoporosis pada wanita,


3) menimbulkan gangguan pada sel tubuh dan
4) boleh mematikan fungsi sel.

Selalunya kita mengambil garam 5-6 gram sehari dan mungkin bertambah jika memakan lauk seperti telur masin atau ikan masin.



Pengambilan garam perlu dikurangkan. memang pada awalnya tubuh akan berasa lemah dan tidak bertenaga dan makanan terasa langsung tidak enak, namun ia lebih bermakna kerana tubuh akan jadi lebih sihat dan terhindar daripada penyakit.


sumber: Mingguan wanita 2006


Cadangan untuk sakit darah tinggi adalah VIVIX




Testimoni-Testimoni Pesakit Darah Tinggi






Untuk ORDER VIVIX sila KLIK LINK di BAWAH
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=df8a6aa94e8b9dafafb2761be5c197c5


@ Hubungi :

Farwizah Darwisha
0199027834

COD Pasir Mas, Tanah Merah, Rantau Panjang, Kota Bharu

Semasa Cuti sekolah COD Kuala Terengganu

Monday, 16 June 2014

Garlic shaklee

Kenapa Garlic Shaklee berbeza dengan yang lain??

Ini kerana: 

1) Garlic shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium, bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA diwaktu musim panas.

2) Dihasilkan secara ekslusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Alicin aktif (tidak semua tablet garlic yang dijual dipasaran mengandungi Alicin aktif). Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. 


Bawang putih juga mampu mencegah tekanan darah tinggi.................Medik Tv




Manfaat utama bawang putih:-

1) Mengandungi Spearmint

2) Antibodi yang selamat dan semulajadi

3) Menghalang Alergi

4) Mempertingkatkan sistem penghadaman

5) Memoderatkan Tekanan Darah Tinggi

6) Detoksifikasi

6) Menurunkan Kolestrol

7) Mencegah Kanser

8) Menstabilkan glukosa





Testimoni Pengguna yang mengalami gatal-gatal......garlic juga berfungsi sebagai antikulat....alhamdulillah bebas dari penyakit kegatalan...




NAk Cuba? Hubungi 0199027834

Boleh COD area Pasir Mas, Rantau Panjang & Tanah Merah.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design