Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts
Showing posts with label Bengkak Susu. Show all posts

Wednesday, 2 December 2015

Lecithin Lancarkan Pengaliran Susu Ibu

Duktus Tersumbat


Duktus tersumbat adalah masalah dalam golongan ibu menyusu. Ini terjadi apabila si ibu lambat menyusukan anak, ataupun terlalu bengkak susu tapi tidak menyusu atau tidak mengepam dengan mengosongkan payudara sewajarnya. Jom kita tengok apa punca duktus tersumbat?



Duktus Tersumbat

Terdapat 2 jenis duktus tersumbat. 


Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan "duktus susu tersumbat". 


Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah masitis di peringkat awal. 

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah. 

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut. 




Punca Duktus Tersumbat


"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu.

 Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus "mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit. 


Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi masitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). 


Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya. 



Sumber:babycenter


Cara Atasinya:


Pengambilan Lecithin


Testimoninya:







Semoga Bermanfaat




Farwizah Darwisha
0199027834

Peranan Lechitin Buat Ibu Menyusu

Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.






* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.



Bakar Lemak Berlebihan Bagi Ibu Menyusu

* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau "short memory" yang biasa dilalui selepas melahirkan.



Ibu seorang Pelupa selepas Melahirkan Anak

* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.



Anak Lebih Pintar



Semoga Bermanfaat



Farwizah Darwisha
0199027834


Saturday, 11 April 2015

Masitis Masalah semasa Ibu Menyusu

Masalah ini perlu diberi perhatian. Antara simpton yang dialami termasuklah demam selsema, payu dara akan berasa hangat, merah, bengkak dan sakit. Puncanya sama seperti bengkak susu dan juga saluran susu tersumbat.

Cara Mengatasi Masalah Masitis


1. Periksa payu dara untuk melihat simpton tisu rosak dan puting merekah. Perbetulkan pengaliran susu dengan memperbaiki posisi dan juga dakapan.

2. Kerapkan menyusu Sekurang-kurangnya setiap 2 hingga 2 setengah jam.

3. Amalkan pemakanan berkhasiat dan banyakkan minun air.



Sumber; penjagaan ibu & bayi



Bengkak Susu serta Demam


Sekiranya ibu yang mengalami bengkak susu berserta demam, masalah ini dikenali sebagai mastitis. Ia merupakan radang payu dara yang mungkin disebabkan oleh halangan tertentu di saluran susu, jangkitan dan/atau alahan. Mastitis biasa berlaku di minggu kedua hingga ketiga selepas kelahiran tetapi ia juga boleh berlaku pada bila-bila masa sepanjang sesi penyusuan berlangsung. Mastitis boleh menyerang secara tiba-tiba dan biasanya hanya pada sebelah payu dara.



Simptomnya sama seperti saluran tersumbat tetapi kesakitan/ kepanasan/ bengkak yang dialami lazimnya lebih menyakitkan. Berkemungkinan juga jalur-jalur merah di permukaan kulit payu dara yang terlibat akan kelihatan. Simptom mastitis yang lain termasuklah demam (38.5°C) atau lebih, menggigil, sakit seperti selesema dan sering berasa tidak selesa. Ada pelbagai punca mengapa ia berlaku antaranya.



1. Milk stasis (punca utama)

Milk stasis terjadi apabila bengkak susu dialami atau payu dara tidak dikosongkan dengan sebaik-baiknya. Ini berpunca daripada hisapan bayi yang kurang efektif, masalah lekapan, masalah anatomi pada lidah bayi seperti tongue-tie, saluran tersumbat, masalah pada bahagian puting (sakit, saluran tersumbat), penghasilan susu yang terlalu banyak dan lain-lain.

Antara lain penyusuan tidak kerap atau terlepas sesi penyusuan. Hal ini mungkin berpunca daripada puting yang sakit, ibu terlalu sibuk, bayi tidur terlalu lama, penggunaan puting kosong dan sebagainya. Ia juga boleh berlaku kerana bengkak yang berpunca daripada kecederaan, jangkitan atau alahan. Sama juga halnya dengan tekanan pada saluran susu. Hal ini terjadi apabila anda memakai coli atau baju yang terlalu ketat, suka tidur meniarap, kerap menggunakan beg galas yang memberi tekanan pada bahagian dada dan lain-lain.

2. Jangkitan

Puting luka, merekah dan berdarah boleh memberi risiko jangkitan. Masalah mastitis pernah berlaku sebelum ini dan tidak dirawat dengan baik menyebabkannya ia berulang.

3. Tekanan

Keadaan ibu yang tertekan, kepenatan atau mempunyai sistem ketahanan lemah. Apa pun sebabnya, teruskan penyusuan ibu dengan kerap tanpa halangan kerana ini akan mengurangkan risiko masalah saluran tersumbat.


Panduan berikut mungkin dapat membantu anda mengelakkan saluran susu tersumbat :


1. Elakkan memakai coli atau baju yang ketat mahupun korset.
2. Minum dengan lebih banyak. Dehidrasi boleh menyebabkan saluran susu tersumbat yang akhirnya menjadi mastitis.
3. Pastikan anda mendapat rehat mencukupi. Keletihan sering kali dikaitkan dengan permasalahan ini.
4. Jika menggunakan pam payu dara, pastikan anda konsisten dengan kekerapan dan tempoh penggunaannya setiap hari. Jika sesi pengepaman sebelumnya, anda kerap mengepam tetapi di sesi berikut mengurangkannya, ia akan meninggalkan susu lebihan di dalam payu dara dan boleh menyebabkannya tersumbat.

Saiz corong pam yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan masalah saluran duktus tersumbat.

Ingat, susukan bayi dengan kerap di payu dara bermasalah merupakan langkah paling penting dalam mengatasi masalah yang dialami. Kebanyakan saluran susu tersumbat akan hilang dengan sendiri tanpa memerlukan rawatan. Memandangkan saluran susu tersumbat boleh menyebabkan mastitis, dapatkan pemeriksaan daripada doktor jika anda mengalami demam atau tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas mengamalkan panduan yang diberikan.

Sementara itu, jika anda mengalami saluran susu tersumbat lebih daripada sekali, dapatkan pemeriksaan doktor dan pakar laktasi. Kedua-dua pihak ini akan menyelidik sejarah anda dan memberi beberapa cadangan untuk mengelakkan masalah yang sama berulang.

Sumber; pama


Cadangan Lecithin bantu Mengurangkan Bengkak Susu




Testimoni mereka yang berjaya mengurangkan bengkak susu







Nak order Lecithin;
Boleh hubungi saya
Farwizah Darwisha
0199027834










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design