Wednesday, 11 February 2015

Cara yang Betul Membedung Bayi

Tak Pandai Nak Bedung Bayi?

Sehari selepas kelahiran Muhammad Irsyad Darwish (M.I.D), saya pergi melawat dia ditingkat 6, yang mana dia dihantar ke atas disebabkan penyakit kuning. Jadi baby perlu dipantau di bawah cahaya foto terapi...ikuti kisah jaundis yang saya  ceritakan dalam entry yang lepas.





Sebagai ibu muda dan anak sulong, dan saya pula adalah anak bongsu, semasa saya pergi untuk menyusu baby dalam keadaan berpampers sahaja..maka saya bersama suami untuk membedung bayi....

Rupanya saya langsung tiada ilmu berkaitan membedung bayi...melihat caranya pun saya tak pernah google...suami? Lagila kan...tak tahu jugak...sampaikan kami bertanya kepada nurse kat situ nak pakaikan macam mana...namun nurse yang sibuk melayan bayi-bayi lain hanya menyuruh kami suami isteri buat sendiri...malunya tak tahula...sungguh jahil..Lepas tu, kami balut je..ntah jadi ntah tak...


Cara-cara membedung bayi dengan betul

# Lihat gambar di bawah

Cara-cara membedung bayi

Antara kebaikan membedung bayi adalah seperti berikut:

*Bayi yang masih kecil perlu dibedung. Bedung mengelak bayi mudah terkejut dengan bunyi bising di sekelilingnya.

*Kain bedung yang membalut bayi membuatkan bayi tersa seperti di dalam rahim ibunya.

*Ia turut membantu mengelakkan bayi dari menggosok dan mencakar mukanya sendiri terutama jika tidak dipakaikan sarung tangan.

*Ia turut mengelakkan bayi dari menggawangkan tangannya ke atas dan memberikan kehangatan pada tubuh bayi serta mengurangkan risiko Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS) ketika tidur akibat terkejut dan tersentak.

*Sama ada bayi anda telah didiagnosis mengalami kolik atau tidak, bedung dapat membantu meredakan tangisan bayi.

*Membantu penyusuan susu ibu dengan mudah apabila pergerakan bayi terhad kerana dibedung.



Ada dua jenis teknik membedung bayi.


Teknik konvensional cara lipatan atau simpulan. Biasanya ia menggunakan kain lampin bayi atau kain bedung diperbuat daripada kain kapas.
 

Teknik moden iaitu menggunakan kain bedung yang direka khas untuk memudahkan bayi dibedung dengan penggunaan butang atau pelekat.


Jadi, buat yang akan bergelar ibu...jangan lupa untuk membuat persediaan dari segi ilmu keibubapaan...ianya sangat penting sebagai panduan untuk menjalani kehidupan sebgai sebuah keluarga yang harmoni.



Cara moden membedung bayi

Semoga entry ini bermanfaat kepada ibu muda yang bakal bergelar ibu!



Rujukan: pa & ma




Farwizah Darwisha
0199027834

Monday, 9 February 2015

Cara Atasi Sembelit Ketika Berpantang

Sembelit Ketika Berpantang?

Biasa rata-rata ibu yang berpantang akan mengalami kesukaran untuk membuang air besar. Ini disebabkan banyak perkara. Antaranya kurang minum air dan pengambilan ubat-ubatan yang bersifat panas seperti jamu, dan juga ubatan herba. 

Sembelit ketika berpantang amat menyeksakan!!


Bagi masyarakat melayu, ibu-ibu baru lepas bersalin dilarang minum banyak air kerana dikatakan boleh menyebabkan saluran faraj berair dan perut menjadi buncit.

Cara untuk Mengatasi Masalah Sembelit

1. Banyak minum air iaitu kira-kira 6-8 gelas sehari. Jika anda menyusukan bayi, kuantitinya perlulah ditambah. Air akan membantu menghasilkan susu yang banyak, mengurangkan jangkitan kuman, dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit. 

2. Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa terutamnya dalam minggu pertama selepas bersalin. Ketahuilah bahawa lebih lama anda menahan diri daripada membuang air besar, lagi keras najis anda dan pastinya akan memburukkan lagi keadaan.

3. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan walaupun ketika berpantang. Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar. 

4. Makan makanan yang kaya serat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Selain serat, makanan ini juga mngandungi banyak vitamin seperti vitamin C. Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotonomi ataupun luka caesarean.

Sawi adalah makanan kegemaran saya ketika berpantang

Muhammad Irsyad Darwish (M.I.D) ketika ibu masih dalam pantang g cucuk




Untuk Order Set Berpantang Shaklee, Sila Klik Link Di Bawah:-


Friday, 6 February 2015

Panduan Mengelak atau Merawat Penyakit Kuning atau Jaundis

Bayi Jaundis Sejurus Kelahiran

Saya juga pernah mengalami anak jaundis...selepas sehari kelahiran anak sulong, bayi sudah jaundis...maka terpaksalah berkampung ke hospital untuk bayi diambil darah dan dipantau selalu...ikutkan hati mahu je duk bersebelahan ngan baby kan....Masa tu saya bersalin di Hospital Nur Zahirah, Terengganu...baby dibawa naik ke tingkat 6, sedangkan saya di wad selepas bersalin....maka naik turunlah saya menjenguk baby dan menyusui baby ketika itu....Selepas beberapa hari, barulah baby dibenarkan pulang ke rumah.....




Di sini, terdapat beberapa Panduan untuk Mengelak atau Merawat Bayi Jaundis


1. Susukan bayi sejurus kelahiran dan sekerap yang boleh. Kolostrum bertindak sebagai laksatif kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras bilirubin.

2. Elakkan memberi bayi AIR! perlu diingatkan, hanya 2% bilirubin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.

3. Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.

4. Jika bayi kerap lena ketika menyusu trerus daripada payu dara dan membuang najis kurang daripada 3 kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas seisi penyususan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan dan tiub penyusuan.

5. Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan ( hanya menggunakan lampin ) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti di anjung luar rumah.



6. Anda perlu mengelakkan diri daripada ubat-ubatan seperti aspirin dan sulfa. Anda mungkin bokeh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.






Happy Reading!

Farwizah Darwisha
0199027834





Gosok Gigi dengan Cara Yang Betul

Tadi di sekolah anakanda balik bagitau kat sekolah ada misi datang ke sekolah untuk berus gigi....asyik duk tanya je..."putih dok gigi irsyad"


Irsyad bersama rakannya yang sedang memberus gigi

Di sini saya kongsikan cara menggosok gigi untuk kanak-kanak..



sharing dari Dunia Sains



Langkah 1:





Untuk permukaan luar gigi, letakkan berus pada sudut 45 darjah di atas

permukaan gigi.Gunakan gerakan memberus yang lembut dan pendek, dengan menggerakkan berus antara gigi dan gusi.




Langkah 2:


Untuk membersihkan bahagian dalam gigi belakang, tempatkan bulu berus bersebelahan dengan permukaan gusi dan berus secara bulatan.





Langkah 3:





Untuk membersih bahagian dalam gigi hadapan, pegang berus menegak dan gunakan pergerakan lembut ke atas dan ke bawah menggunakan hujung berus.







Langkah 4:


Untuk membersihkan permukaan mengunyah gigi (occlusal surface), berus dengan gerakan mundar-mandir untuk mencapai bahagian belakang gigi.





Langkah 5:




Bersihkan lidah dari belakang ke hujung lidah untuk 10 saat.


Semoga anak kita terus seronok untuk memberus gigi....


Happy Reading!








Advanced Joint Health Tablet AJHT melegakan sakit sendi

Advanced Joint Health Tablet

Apakah AJHT?


Shaklee Advanced Joint Health ialah satu formulasi proprietary yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi, dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat AJHT?


Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk SEMULAJADI dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yang mempunyai gaya hidup yang lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.




Apakah ekstrak  jagung?

Ekstrak secara semulajadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan  gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakn untuk membina tulang rawan dan lender bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligament. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

Apakah Boswellia?


Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.


Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam AJHT istimewa?


Ekstrak Boswellia proprietary yang dihunakan dalam AJHT bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsure-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yang lebih baik berbanding AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutrisinya  dapat meenyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ektrak AKBA yang lebih tinggi.


Bolehkah saya mengambil AJHT & Ostematrix pada masa yang sama?


Boleh. Tiada sebab mengapa nada tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua  produk yang dapat menyokong kesihatan sendi nada. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat AJHT.





Bila dan bagaimanakah saya mahu mengunakan AJHT?



Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.


Mengapa ia bebas daripada kondrotin?


AJHT tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (telan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondrotin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.


Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin c?


AJHT menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrient penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh.


Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink, tembaga dan mangan?


AJHT menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih, tembaga, dan mangan yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang mebina kolagen dan glikosaminoglikan.


Adakah AJHT berasaskan sayur-sayuran?
Ya.




Nak Cuba AJHT?


Boleh Order secara online, hanya klik dan isi butiran..dan barang akan terus dihantar ke alamat puan/tuan.



Temui saya di FB: Farwizah Darwisha
0199027834

Happy Reading!

Terima Kasih kerana sudi singgah...



Herbal Blend & Mealshakes Sembuhkan Penyakit Tangan, Kaki & Mulut

Penyakit Tangan, Kaki & Mulut


Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tetapi ianya sering berlaku di kalangan kanak-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.
 

Penyakit ini disebabkan oleh kumpulan virus Entero seperti virus Coxsackie A, EV71 danEchovirus. Pada lazimnya virus Coxsackie A16 adalah menjadi penyebab penyakit ini.

Tanda-Tanda Penyakit


Demam panas
Sakit tekak
Kurang selera makan
Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
Ruam dan biji-biji berair (blisters) di tapak tangan dan kaki serta punggung (kawasanlampin)
Pada lazimnya penyakit ini tidak membahayakan dan akan sembuh dengan sendirinya dalamtempoh 7 – 10 hari. Akan tetapi kadangkala ia boleh menimbulkan komplikasi yang memerlukan rawatan intensif di hospital.

Cara-Cara Merebak



Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyakit berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan langsung dengan air liur, hingus dan cecair ruam. Ianya juga boleh berjangkit melaluimakanan yang dicemari oleh najis orang yang dijangkiti. Penyakit ini mudah merebak di minggu pertama pesakit menghidapinya. 

Rawatan


Tidak ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan adalah hanya untuk melegakan tanda-tanda yang dihidapi oleh pesakit. Langkah-langkah yang boleh diambil ialahseperti:

Memastikan pesakit banyak minum air untuk mengelakkan dehidrasi (kekurangan cecair badan)

Memakan ubat seperti panadol untuk mengurangkan panas badan dan sakit tekak

Menggunakan ubat sapu untuk mengurangkan rasa pedih bagi ulser dalam mulut Ruam di tapak tangan dan kaki biasanya tidak gatal dan tidak memerlukan sebarang rawatan.

Jika anak anda dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut: 

Pastikan ianya berehat di rumah hingga sembuh. 

Elakkan daripada bersekolah atau ke pusat-pusat penjagaan kanak-kanak hingga sembuh Elakkan berkongsi peralatan makanan dengan ahli keluarga

Dapatkan pemeriksaan doktor di pusat-pusat kesihatan atau hospital yang berdekatan Sejauh ini tidak terdapat vaksin bagi mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut.

Langkah-Langkah Pencegahan



Sentiasa menjaga kebersihan diri 

Mencuci tangan selepas menggunakan tandas, selepas menukar atau memegang lampinyang kotor dan sebelum makan.

Jangan berkongsi barang-barang persendirian Menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.

Bersihkan semua permukaan yang tercemar dan cuci barang-barang yang dipegang oleh kanak-kanak yang dijangkiti; 

pastikan barang-barang permainan kanak-kanak sentiasa bersih Mengelakkan dari membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sesak dan aktiviti-aktiviti berkumpulan.

PERINGATAN:

Segera bawa berjumpa doktor atau ke Bahagian Kemalangan dan Kecemasan jika anak anda mempunyai tanda-tanda komplikasi seperti berikut:
Demam panas yang tidak menurun
Mengantuk dan kelihatan letih lesu
Gelisah
Muntah berulang-ulang dan tiada selera makan Sesak nafas
Degupan jantung laju
Kembung perut Tidak membuang air kecil
Lemah anggota kaki Otot tersentak
Pergerakan mata yang luar biasa


Di Bawah ini adalah Testimoni Cucu Shaklee saya Ratifah yang mana anaknya dijangkiti penyakit Tangan, Kaki & Mulut



Beliau berikan anaknya Herbal Blend & juga Mealshake...Alhamdulillah, penyakit anaknya itu kian beransur sembuh.



Harga : RM27.50 


Harga : Rm113.75


Anak Anda mengalami masalah yang sama?

Bolehla hubungi : Ratifah


0192710306

Thursday, 5 February 2015

vitalea kanak-kanak cergas dan pintar

Promosi Di Bulan Februari......Multivitamin untuk kanak-kanak...iaitu vita-lea chewable children..


Sangat bagus untuk kanak-kanak....terutamanya kanak-kanak yang sudah mula menjejakkan kaki ke alam persekolahan....macam-macam diorang makan kat sekolah....makanan ringan merupakan makanan kegemaran mereka...suka sangat kan?

Daripada makan makanan yang tak berkhasiat adalah lebih baik bagi vitamin yang berperisa anggur atau cam lebih kurang air ribena tu lah....boleh kunyah camtu je...sangat bagus daripada kunyah gula-gula mahupun chewing gum/coklat getah kan....Dapatla jugak khasiatnya...

Kebaikan Vita-Lea Chewable Children

# untuk sistem imun kanak-kanak
# untuk selera makan
# untuk lebih bertenaga
# untuk sistem pencernaan

vitalea kanak-kanak, dewasa pun ada jugak vitalea ye..

Banyaknya khasiat dalam sebiji vitamin vitalea tu ye!!

Anak anda beruntung jika dapat makan semua ni....tak payah susah-susah nak cari semua ni kan?Hanya sebiji vitalea chewable sudah mencukupi......



Belian semasa Promosi


Beli 3 PERCUMA 1

Harga sebotol : RM111

3 botol : RM333 & FREE lagi sebotol Harga Rm111 jugak..

60 biji tahan lebih kurang 2-3 bulan

Lebih jimat.....Nak order 1 pun boleh....sila klik Link di bawah:-





Hubungi :

https://www.facebook.com/farwizahdarwisha.darwisha

0199027834



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
FARWIZAH M.I.D LOVE'S Copyright © 2015 Designed by NH Design